Sunday, January 9, 2011


Pada GWM, agak keras kenyataan Pengerusi FELDA yang baru namun jika melihatkan kepada prinsip, sikap dan propaganda pembangkang, maka dengan 'kerasnya' juga GWM bersetuju.

Apa yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim (mentor kepada Mazlan Aliman) dan PAS cukup memeningkan kepala Isa Samad. Janji tinggi melangit pembahagian tanah sama rata sudah menjadi doktrin baru juak juak pembangkang. Lebih lebih lagi sewaktu PRK Tenang yang sedang berlangsung.


Manakan tidak ... juak juak ini tahu mereka tidak memerintah. Janji 'Anugerah Tuhan' akan diberikan kepada warga FELDA semata mata untuk meraih sokongan dan undi. Dan ini yang kerapkali berlaku di perkampungan FELDA setiap kali 'Tour de Stoopid' yang dilakukan oleh Mazlan Aliman dan pencacainya.


Secara umum, pembahagian tanah yang dilakukan FELDA adalah berdasarkan hukum faraid (mengikut Islam) kepada generasi pertama. Pembahagian ini tidak dipecahkan terlalu banyak agar generasi kedua dan ketiga, bersama menjaga ladang dalam satu konsep 'holding'.

Konsep ini sama seperti sebuah syarikat 'holding' (holding company) yang akan menguruskan anak anak syarikat dibawahnya. Generasi kedua malah ketiga boleh menduduki dalam pengurusan 'holding' sambil menikmati faedah pengurusan tanah dan hasil darinya.


FELDA telah melakukan dasar dan polisi yang tepat melalui pembahagian tanah. Apa yang diterangkan oleh Isa Samad cukup jelas. Faktor ekonomikal dan gabungan sebagai satu kumpulan besar memudahkan usaha FELDA untuk merancang pembangunan tanah.


Yang penting, Isa Samad perlu menggembeling tenaga dari Majlis Belia FELDA (MBF) terutamanya untuk memberi penerangan beserta dengan fakta kepada setiap warga peneroka.

Warga generasi kedua dan ketiga inilah yang menjadi sasaran utama Mazlan Aliman untuk menyebarkan lagi fitnah, dakyah dan janji 'Anugerah Tuhan'nya untuk sokongan dan undi wahid parti PAS.


Benar ... seperti apa yang diperkatakan oleh Isa Samad. Beliau bersama BAPAK, GWGF dan MBF perlu kerap turun padang untuk memberi penerangan dan bantuan yang diperlukan oleh warga FELDA.


Jika berjaya, maka cukup mudah bagi FELDA untuk 'tanam hidup hidup' ANAK yang semakin kurang ajar dan biadab!


GWM : Mazlan Aliman ... you tak nak saman PAS ke pasal isu Ladang Rakyat Ladang Limau di Kelantan yang ditipu bulat bulat kerajaan PAS Kelantan ... Hipokrit!

0 comments: