Friday, January 21, 2011



Nampaknya perbuatan Teng Chang Kim cukup melukakan hati Badrul Hisham. Beliau akan memfailkan injunksi setelah menerima notis pengosongan kerusi itu secara rasmi daripada Datuk Teng Chang Kim.Beliau sebenarnya adalah ADUN Bebas.

Sebelum ini Datuk Teng Chang Khim dalam satu sidang akhbar memberitahu, keputusan pengosongan kerusi DUN tersebut dibuat mengikut Perkara 69 serta 70 perlembagaan negeri dan tiada peruntukan bagi merayu.

Teng Chang Kim mendakwa, keputusan yang berkuat kuasa 16 Januari lalu itu dibuat kerana Badrul Hisham didapati gagal menghadiri sidang Dewan dalam tempoh enam bulan tanpa alasan munasabah.

Bagaimanapun, Badrul Hisham dalam kenyataannya menafikan beliau gagal menghadiri sidang DUN seperti didakwa Chang Kim sambil menyifatkan dirinya dianiaya akibat 'politik balas dendam' Anwar Ibrahim dan kerajaan negeri ke atasnya.

Badrul Hisham yang memenangi DUN Pelabuhan Klang atas tiket PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu dengan majoriti 4,407 undi bagaimanapun bertindak keluar parti dan menjadi wakil rakyat yang mesra BN pada 2009. Beliau kemudiannya memilih untuk menyertai UMNO pada Mei tahun lalu selepas melihat parti PKR hanya mementingkan diri bukan untuk rakyat.

ADAKAH BELIAU MEMFAILKAN INJUNKSI SELEPAS MENDAPAT BERITA PRK AKAN DIJALANKAN JUGA DI PELABUHAN KLANG. SEKIRANYA SUDAH MEMFAILKAN INJUNKSI, ADAKAH BELIAU AKAN MENANG? TERBALASKAH DENDAM BELIAU TERHADAP SPEAKER DAN ANWAR IBRAHIM?

Posted by ... WAYNE

1 comments:

santauangin said...

Harapan aku semoga BH ada bukti bukti yg kuat dan kukuh untuk menuju ke Mahkamah. Sekiranya semua ini ada harapan aku inshallah beliau akan menang dan terselamat lah duit rakyat daripada mengadakan PRK lagi.Terlalu banyak duit rakyat yg telah terbuang gara gara PRK.