Wednesday, January 12, 2011


Semalam Ketua Pembangkang telah mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berdebat dengan beliau mengenai isu ekonomi. Anwar yang pernah memegang jawatan Menteri Kewangan semasa bersama Kerajaan BN dengan angkuh dan bongkaknya mendakwa Datuk Seri Najib akan tergamam apabila berdepan dengan beliau. Akan tetapi, ramai yang tidak ketahui bahawa Negara pernah kehilangan wang berjumlah RM 12.8 Billion semasa Anwar memegang jawatan Menteri Kewangan. Benarkah?


Umum mengetahui bahawa Anwar Ibrahim juga pernah dilantik oleh Michel Camdessus, Pengarah Urusan The International Monetary Fund atau IMF pada tahun 1997. Masyarakat pada ketika itu meyanjung beliau sebagai seorang tokoh Ekonomi Melayu yang sangat dinamik kerana telah diberi kepercayaan memegang jawatan tersebut.

Akan tetapi, buat pengetahuan umum, selang beberapa bulan Anwar memegang jawatan tersebut, kedudukan ringgit jatuh kepada RM3.90 dengan Satu Dollar Amerika. Keperluan makanan harian juga telah melonjak naik kepada 60 peratus.



Malah, apa yang lebih mengejutkan, Bank Negara telah mengalami kerugian sebanyak RM 12.8 JUTA dalam Forex. Ini semua tidak didedahkan pada ketika itu. Anwar memohon jasa baik Tun Mahathir (Perdana Menteri pada ketika itu) untuk merahsiakan perkara ini.

Kemuncaknya, Malaysia dan seluruh Asia mengalami kegawatan ekonomi terburuk berpunca dari perompak matawang bernama George Soros. Ini semua berlaku ketika Anwar memegang jawatan Menteri Kewangan. Inikah hasil beliau yang dibanggakan? Jika dilihat Anwar sebenarnya telah membuka ruang dan jalan mudah kan kepada pihak asing untuk merompak Negara kita.


Siapa yang menstabilkan ekonomi Negara pada ketika itu kalau bukan Tun Mahathir, soerang insan yang digelar Pembangkang sebagai Maha Fir'aun. Tun M terpaksa menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) bagi mengawal semula Ekonomi Negara pada ketika itu. Beliaulah sebenarnya tokoh ekonomi Melayu-Islam tersohor yang sewajarnya diberi penghormatan. Jika tidak takkan Kerajaan Kedah memberi Anugerah Ketokohan kepada beliau. Betul tak Ustaz Azizan? Sebab itu penyangak matawang US dan Zionis benci pada Tun M.


Anwar? Apa dia buat? Inikah manusia yang digelar seorang tokoh ekonomi? Beliau sebenarnya Agen Perompak Matawang Negara. Apabila bersama Pembangkang, dikatanya Ekonomi Malaysia sangat kukuh ketika menjawat jawatan tersebut. Apa bukti? Anwar mainkan isu harga minyak. Sebuah produk kawalan dunia. Bukan kawalan pasaran tempatan. Bodoh2 penyokong Anwar yang mendengar percaya bulat2.


Apa yang didedahkan ini adalah fakta. Tak percaya? Tanyalah bekas2 orang kanan Anwar semasa memegang jawatan Kerajaan seperti Ezam Mohd Nor, Anuar Shaari dan lain2. Oooo.. Tak percaya juga sebab mereka telah menyertai UMNO. Jika ditanya semula semua ini pada Anwar, beliau tidak akan menjawab soalan tersebut. Dipusing pula dengan kelemahan2 Kerajaan BN.


Anwar diperakui memang bijak bercakap, berpidato dan mampu memukau masyarakat yang mendengarnya. Itu kelebihan beliau. Dan kelebihan tersebut disalahgunakan untuk menyelamatkan diri beliau dan memperbodoh2 kan rakyat. Apabila disebut soal fakta2 seperti di atas, beliau bukan hanya tergamam, kecut teloq.


Semua ini akan berlaku malah berkali ganda jika Anwar diberi jawatan No. 1 Kerajaan.

Post by Melayu CinDia

3 comments:

pacat said...

Hanya yang buta kayu buta hati benak fikiran dan bodol bebal sahaja yg tk mempercayai fakta benar ini....

Mordecai Kucai said...

Mangkuk ni masa gawat dulu dia dah jerut rakyat cukup cukup supaya kita bangkit memberontak.

Dia naik kan interest pinjaman bank. Dia sekat pinjaman supaya perniagaan tak berjalan.

Untuk orang perseorangan pula membayar balik kad kredit adalah pada kadar 15% ke 25%.

Dia tau orang ada kad kredit adalah orang berpelajaran yang boleh beri kesan.

Ingat lah kejahatan dia dan kebodohan dia mengawal keewangan. Orang ada kredit kad pasa masa tu menyumpah akan dia.

Pasti ada yang ingat. Bayaran balik itu tinggi sangat.

Anonymous said...

Jangan lupa peranan besar Tun Daim Zainudin dalam menangani setiap krisis kewangan yang melanda sebelum Anwar jadi Menteri Kewangan