Tuesday, August 3, 2010


Utusan Malaysia dan Malay Mail melaporkan satu insiden yang memalukan dan menjatuhkan air muka Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah ketika baginda hadir merasmikan acara Festival Lagu Lagu Islamik Antarabangsa yang berlangsung di Stadium Melawati pada 4 Julai 2010.

Cukup mengaibkan apabila Khalid Ibrahim dan pegawai pegawai tertinggi kerajaan negeri gagal menyambut ketibaan Seri Paduka pada acara tersebut. Tidak cukup dengan melukakan hati baginda Sultan Selangor tempoh hari, kini Pakatan Rakyat cuba pula memalukan Raja Permaisuri Agong.

Lebih memburukkan keadaan apabila kerajaan negeri turut gagal memaklumkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengenai kehadiran Raja Permaisuri Agong ke acara tersebut .

Selain itu, hanya kira-kira 200 pengunjung hadir pada festival yang diadakan di Stadium Tertutup Melawati yang mampu memuatkan 5,000 orang penonton itu.

Sikap biadab dan acuh tak acuh pemimpin asuhan Anwar Ibrahim terhadap Institusi Raja Raja Melayu menunjukkan dengan jelas bahawa adab sopan dan tata kesusilaan bukan amalan yang dipertahankan oleh pakatan haram ini.

Amat tidak logik bagaimana kerajaan negeri gagal memaklumkan ketibaan Raja Permaisuri Agong ke majis rasmi seperti ini.

Mungkin pada hemat mereka Raja Permaisuri Agong bukan individu penting untuk dibuat pengumuman yang lazimnya dibuat khas kepada Ketua Umum Pembangkang setiap kali hadir di upacara rasmi.

Seboleh mungkin Pakatan Rakyat cuba untuk menutup kelemahan dan kesalahan dari dihidu oleh pihak media namun bau bangkai busuk tetap tidak dapat disorok.

Jika insiden ini terjadi kepada Kerajaan Pusat, sudah tentu heboh satu dunia media media pembangkang memainkan isu ini sampai tujuh hari tuhuh malam.

Cukup memalukan dan mengaibkan.


MELAYU ATAS PAGAR

1 comments:

Abd Bashid Harun said...

Bukan mudah untuk mentadbir meskipun hanya sebuah negeri; banyak protokol yang wajib dipatuhi agar tiada siapa yang tersinggung. Hanya pentadbiran cara-cara rimba yang melanggar semua peraturan itu