Tuesday, October 15, 2013


BUKAN SEBARANG MELAYU yang sanggup berbaju Melayu dan bertengkolok sewaktu menyampaikan watikah perlantikan duta Malaysia ke Amerika Syarikat [ AS ] kepada Presiden Barack Obama di Oval Office pada 4 November 2009. Melayu yang mempunyai hati kering sahaja yang berani berbuat demikian.

Busana yang dipakai telah mencuri tumpuan dan menjadi bahan berita media-media di Amerika. Jika sebelum ini duta-duta Malaysia yang dilantik lazimnya berpakaian sut kemas dan bertali leher, lain pula 'peel' Datuk Seri Jamaluddin Jarjis [ JJ ].

Barangkali juga terpengaruh dengan cara berpakaian JJ, bekas duta AS, Paul W Jones turut memilih pakaian istiadat sewaktu majlis penganugerahan Darjah-darjah Kebesaran Negeri Pahang Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-81 Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar.

Agaknyalah ...

PAUL W. Jones (dua dari kiri) berjabat tangan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sambil diperhatikan oleh Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Jamaludin Jarjis (dua dari kanan) dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai (kanan) di Istana Abu Bakar, Pekan.

Namun begitu, bukan baju Melayu dan tengkolok yang mahu disentuh dalam artikel ini, namun gerak kerja sistematik yang ditunjukkan oleh JJ sebagai duta Malaysia ke AS dilihat berhasil menjadikan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sebagai Bangkai Hidup di White House.

Keputusan Datuk Seri Najib [ sewaktu dilantik menjadi Perdana Menteri ] memberikan mandat kepada Ahli Parlimen Rompin ini menjadi duta ke AS disifatkan sebagai tepat, walaupun dianggap skeptikal oleh sesetengah pihak pada mulanya.



Bukan sahaja JJ bertanggungjawab menjalankan tugas diantara kerajaan dengan kerajaan serta hubungan diplomatik, beliau juga telah berjaya menjalankan kerja 'political warfare' dengan baik.

Berdekad lamanya Anwar Ibrahim membina 'empayar politik' di AS bersama sekutunya, Paul Wolfowitz dan Al Gore memburukkan imej Malaysia demi kepentingan politiknya yang mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia. Cukuplah sekadar menyebut bermulanya kebobrokan beliau yang mahukan Malaysia mengikut perskripsi dan formula Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk mengatasi masalah krisis kewangan Asia. Persidangan APEC di Kuala Lumpur tahun 1998 sudah cukup menyaksikan bagaimana kerajaan sebagai tuan rumah telah dimalukan oleh Al Gore dan Madeleine Albright, Setiausaha Negara AS apabila secara terbuka menyatakan sokongan terhadap Anwar Ibrahim.


Selain dari tugas rasmi, JJ juga bertindak sebagai 'medium' dalam mematikan hubungan dan rantaian politik Anwar Ibrahim agar pengaruh beliau pudar dan hilang. Usaha keras bertahun lamanya ahli Parlimen Rompin ini berjaya mengurangkan pengaruh politik Anwar Ibrahim di AS dan di negara-negara barat.

Komitmen yang ditunjukkan oleh JJ menyebabkan Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR ini cukup marah apabila buat pertama kalinya, pentadbiran White House tidak memberikan kepadanya dalam kes liwat Saiful Bukhari. Tidak sepertimana sewaktu kes liwat tahu 1998 yang menyaksikan AS memberikan sokongan terbuka terhadap beliau. Pentadbiran Barack Obama tidak lagi mempertahankan Anwar Ibrahim.

Dr. Jamaludin Jarjis meeting with U.S. President Barack Obama in the Oval Office during his credentialing ceremony for new ambassadors on November 4, 2009. Source: The White House flickr photo stream, used as United States Government work.

Melayu berbaju Melayu dan bertengkolok ini berjaya memperbetulkan persepsi buruk AS akibat putar belit dan pembohongan Anwar Ibrahim terhadap kerajaan Malaysia. Hubungan diplomatik kedua-dua negara kini lebih baik dan AS lebih menghormati Malaysia kita sebagai sebuah negara berdaulat.

Usaha dan kerja keras JJ wajar diberikan pujian memandangkan beliau mampu menjadikan pemimpin politik dan ahli Kongres AS memahami bahawa Malaysia adalah negara Islam dan negara yang berdaulat. Malah ramai ahli Kongres AS sudah mulai tidak mencampuri urusan Malaysia walaupun Anwar Ibrahim cuba untuk mempengaruhi ahli-ahli Kongres AS.


"Saya meminta dua NGO ini, iaitu Konrad Adenaeur Foundation (KAF) dan National Democratic Institute (NDI) tidak memperguna dan merosakkan nama negara negara mereka dengan usaha campur tangan dalam hal ehwal negara lain.


Isu-isu berhubung dengan politik haruslah diselesaikan oleh negara dan rakyatnya sendiri.

Saya melihat adalah tidak adil untuk mana-mana ahli politik dan NGO dari AS memberi sokongan secara terbuka kepada mana-mana pihak di negara ini. - Ahli Kongres Amerika Syarikat, Eni Faleomavaega di Putrajaya baru-baru ini."

Klik KAF & NDI Memang PELACUR MURAHAN ANWAR, untuk artikel penuh


Sewaktu beliau masih lagi bergelar duta Malaysia ke AS, JJ tidak pernah melupakan tugas dan tanggungjawab sebagai ahli Parlimen Rompin. Beliau menggunakan 'skype' dari Washington untuk berhubung dengan rakyat yang diwakili beliau di Rompin pada 16 Disember 2009.


Sidang video oleh JJ itu dipancarkan pada skrin besar yang diletakkan di dalam Dewan Jubli Perak, Majlis Daerah Rompin sambil ditontoni oleh lebih 300 Orang Asli dari 10 buah kampung di sekitar daerah tersebut.

Melayu berbaju Melayu dan bertengkolok ini tidak pernah melupakan tanggungjawab terhadap hak orang asli dikawasan yang dinaungi beliau. Atas desakan beliau, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), projek nanas [ pusat nanas negara ] yang dimajukan memberi peluang perkerjaan kepada warga orang asli di Kampung Tanam dan menjana pendapatan mereka.



Trek rekod beliau sebagai ahli Parlimen sudah cukup membuktikan beliau sukar digugat. Pembangkang cukup sukar untuk merampas kawasan Parlimen Rompin walaupun beliau sering menjadi sasaran tohmahan dan fitnah yang tidak boleh dibuktikan sehingga ke hari ini.


Beliau juga memenangi undi yang besar pada Pilihanraya Umum 2008 dari kalangan pemimpin UMNO walaupun digugurkan dari kabinet sewaktu Pak Lah menjadi Perdana Menteri.

Walaupun kini beliau bukan lagi Duta Malaysia ke Amerika, namun JJ masih lagi memainkan peranannya dari Malaysia hasil hubungan atau rangkaian yang beliau bina selama empat tahun di Amerika.




146,500 KINGMAKER UMNO perlu memahami di sebalik kelantangan suara mempertahankan hak MELAYU, UMNO juga memerlukan pemimpin MELAYU yang mempunyai 'buah fikiran' yang mampu berfikir secara strategik dan analitikal.

UMNO tidak boleh lagi dijadikan bahan momokan disebabkan memilih pemimpin yang pandai bercakap tentang Melayu, namun tidak mempunyai trek rekod perkhidmatan yang baik serta cemerlang.

Apa yang penting adalah 146,500 KINGMAKER UMNO ini tidak boleh terpengaruh dengan apa jua bentuk TAWARAN, JANJI dan IKRAR semata-mata.

Pilihlah calon yang benar-benar BOLEH BEKERJA dan EFEKTIF kalau mahu UMNO TERUS HIDUP. Jangan bercakap soal PEREMAJAAN UMNO kalau 146,500 KINGMAKER UMNO ini masih mengidap SINDROM TIPIKAL UMNO.