Tuesday, October 1, 2013


Artikel semalam telah membuktikan DAP telah CUAI dalam memberikan hak kepada bekas ADUN Teratai sebagai perwakilan, mengundi dalam pemilihan CEC ke-17.

Pemilihan CEC DAP yang berlangsung semalam telah TERBATAL dengan sendirinya berdasarkan KECUAIAN DAP memberi izin kepada BEKAS AHLI untuk mengundi.


Perlucutan keahlian

Seseorang ahli yang telah dikenakan apa-apa tindakan yang diambil menurut Fasal Kecil 13(a) di atas tidak boleh membawa tindakan dalam mana mana Mahkamah:
i. Untuk menentukan kesahan dari segi undangundang atau soal kewajaran tindakan atau keputusan yang diambil oleh Jawatankuasa Tertinggi Pusat atau Jawatankuasa Kecil Khas.
ii. Terhadap Parti atau terhadap Jawatankuasa Tertinggi Pusat atau Jawatankuasa Kecil Khas atau seseorang ahli jawatankuasa-jawatankuasa di atas atas sebab apa-apa tindakan yang berbangkit dari perbicaraan yang dijalankan di bawah Peraturan ini.

(d) Seseorang ahli:
i. Yang merupakan serta didapati atau diisytihar sebagai orang tidak siuman; atau
ii. Yang diisytihar muflis; atau
iii. Yang disabit kesalahan yang melibatkan unsur-unsur ketidakjujuran atau keburukan moral oleh mana-mana Mahkamah; atau
iv. Yang memulakan prosiding di mana-mana Mahkamah atas apa jua perkara berhubung Parti tanpa terlebih dahulu menghausi segala saluran-saluran yang sedia ada dalam Parti;

akan berhenti menjadi ahli Parti dengan serta-merta.



Rakan blogger MYMASSA juga memberikan penjelasan panjang lebar mengenai persoalan mengapa bekas ADUN Teratai yang dipecat dari parti akibat bertanding sebagai calon Bebas, boleh mengundi semula pada pemilihan CEC DAP kali ini.


sumber : MYMASSA



Rasanya belum sempat panas punggung Lim Guan Eng memegang kembali jawatan sebagai Setiausaha Agung DAP, rakan blogger RBF ONLINE pula memberikan satu lagi BUKTI KUKUH mengapa pemilihan CEC DAP yang berlangsung adalah TERBATAL dengan sendirinya berdasarkan KECUAIAN DAP.

sumber : RBF ONLINE


DAP dakwa mereka mempunyai 500 surat daripada perwakilan yang menyatakan mereka tidak dapat hadir dalam pemilihan CEC ke 16. Apabila ROS meminta surat itu sampai sekarang pun mereka tidak serahkan. Sebaliknya mereka terus menyerang ROS melalui media.

Yang langgar perlembagaan parti sendiri adalah mereka, yang buat aduan kepada ROS juga ahli-ahli mereka. Yang dipersalahkan adalah Umno dan BN. Itu bukti betapa gila tahap kroniknya DAP dibawah kepimpinan Lim anak beranak.

Hasil siasatan ROS mendapati pemilihan CEC ke 16 tidak sah. Mereka perlu adakan pemilihan semula mengikut perlembagaan yang ditetapkan parti mereka sendiri. Akhirnya DAP sendiri mengesahkan CEC mereka ke 16 tidak sah apabila bersetuju mengadakan pemilihan semula pada 29 September 2013. Jika mereka yakin mereka benar dan CEC yang ada sah, mereka tak akan adakan pemilihan semula. Mereka boleh cabar ROS di mahkamah.

Pemilihan semula yang diadakan dua hari lepas juga tidak sah kerana notis tidak diberikan dalam masa 10 minggu seperti yang ditetapkan oleh perlembagaan mereka sendiri. Ramai yang keliru dengan keputusan mahkamah membenarkan kongres khas DAP diadakan dua hari lepas. Mahkamah tidak membuat keputusan untuk membenarkan pemilihan CEC. Mahkamah menerima permohonan DAP untuk mengenepikan injuksi yang difailkan oleh seorang ahli mereka bagi menghalang kongres khas itu.



Sekali lagi ... kita tumpukan dari sudut Undang-undang Tubuh DAP, Perlembagaan DAP.

Seperti dakwaan rakan blogger RBF ONLINE ..

Pemilihan semula yang diadakan dua hari lepas juga tidak sah kerana notis tidak diberikan dalam masa 10 minggu seperti yang ditetapkan oleh perlembagaan mereka sendiri. Ramai yang keliru dengan keputusan mahkamah membenarkan kongres khas DAP diadakan dua hari lepas.



Notis yang diberikan kepada perwakilan adalah KURANG DARIPADA TEMPOH 10 MINGGU seperti yang termaktub didalam Perlembagaan DAP. Sebaliknya, notis diberikan cukup pantas, tergesa-gesa, dalam tempoh SEMINGGU sebelum tarikh pemilihan CEC.

Sudah ada DUA faktor utama mengapa pemilihan CEC yang baru diadakan ini adalah TERBATAL mengikut perlembagaan Parti DAP

[1] Ahli yang dipecat diberikan hak mengundi dalam pemilihan CEC
[2] Notis bertulis pemilihan CEC dilakukan kurang daripada tempoh 10 minggu.

ROS mempunyai MERIT yang cukup kuat untuk mengarahkan PEMILIHAN SEMULA DILAKUKAN.

ROS tidak perlu takut dengan ugutan Karpal 'OKU' Singh atau mana-mana LAWYER HEBAT dalam DAP. Kecuaian Parti itu sendiri yang telah MEMBATALKAN Pemilihan CEC. Sesah aje DAP ni ... 





0 comments: