Menurut Don Jasin, 93, bantuan RM5,000 yang dijanjikan juga tidak kelihatan setelah dijanjikan oleh JKK bagi memperbaiki rumahnya yang kian usang. "Saya duduk sini kematu (penat) dah. Tak pernah terasa (bantuan). Lima ribu (ringgit) lari. "Ni kalau hujan basah habis di simbah. Kalau boleh buatlah satu bangunan untuk saya. Buat yang elok untuk saya duduk bolehlah," katanya lagi.
Artikel selanjutnya, RAKYATNEWS
Pekan Sungai Limau di dalam daerah Yan, Kedah sudah begitu sinonim dengan PAS. Sejak Allahyarham Tan Sri Azizan Razak memenangi kerusi DUN tersebut pada 1995, kawasan itu bagai tidak boleh ‘ditembus’ lagi oleh Barisan Nasional.
Selama itu juga, kawasan itu tidak pernah berubah walaupun secara keseluruhannya, negeri Kedah mengalami pembangunan yang agak rancak. Sungai Limau berada di sisir perairan Selat Melaka dan mempunyai potensi besar untuk membangun dari segi pelancongan.
Namun, ini tidak berlaku dan penduduk Sungai Limau juga seolah-olah sudah ‘mangli’ dengan kehidupan santai begitu. Mungkin juga, itulah cara hidup yang dipromosikan PAS sejak dahulu lagi iaitu, hanya mengejar akhirat dan mengtidak-apakan soal dunia.
Tempoh lima penggal meneraju Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau tidak digunakan sepenuhnya oleh PAS dalam usaha membantu masyarakat setempat meningkatkan taraf ekonomi serta kebajikan yang diperlukan. Menurut Fatimah Awang, 68, rumah yang didiaminya dinafikan bantuan kerajaan sungguhpun telah diluluskan pejabat kerajaan negeri lebih setahun.
Sekali imbas, Sungai Limau dilihat menepati mana-mana kampung di Kelantan dari segi mentaliti penduduknya dan juga landskapnya. Terdapat beberapa sekolah agama dan sekolah pondok di sini tetapi ianya tidak terjaga. Wujudnya hanya sebagai syarat bagi mengesahkan niat untuk mencari akhirat.
Walhal, hanya beberapa puluh kilometer ke Utara atau Selatan Sungai Limau, iaitu di Bandaraya Alor Setar dan juga bandar Sungai Petani, serta kawasan sekeliling yang di bawah Barisan Nasional, kita akan mendapati pembangunan yang menggalakkan.
Hubungan jalanraya antara Sungai Limau dengan kedua bandar ini juga lengkap dan mudah melalui lebuhraya. Bagaimanapun, segala kemodenan itu terputus sebaik tiba di Sungai Limau.
Penduduk Sg Limau Pasrah Kerana Tempoh lima penggal meneraju Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau tidak digunakan sepenuhnya oleh PAS. Apa Yang Dijanjikan Tidak Ditunaikan, hanya Berjanji Ketika Pilihanraya. Khamis Awang, 68, Berkata Beliau Hanya Inginkan Peralatan Menuai Seperti Rumpai Racun Serta Bekalan Elektrik dan Air Bersih Untuk Rumahnya
Apabila dilantik sebagai Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan difahamkan mempunyai visi yang tinggi untuk kawasannya. Projek seperti Sungai Limau Hydrocarbon Hub yang dirancang dibina di kawasan itu dijangka mampu menjana pendapatan negeri serta memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat, sekali gus meningkatkan ekonomi dan pembangunan di Sungai Limau.
Umum mengetahui projek ini dimulakan oleh Kerajaan BN pada tempoh tahun 2002 - 2005 lalu. Pada asalnya, projek ini dinamakan sebagai Zon Industri Petroleum Yan (ZIPY). Namun projek tersebut tergendala apabila kerajaan Negeri tumbang ke tangan PAS. Bagaimana pun arwah Tan Sri Azizan berminat untuk meneruskan projek tersebut dengan nama baru iaitu Sungai Limau Hydrocarbon Hub
Bagaimanapun, niat murni ini tidak terlaksana akibat terdapat berbagai halangan, termasuklah kekurangan pengalaman di pihak kerajaan negeri sendiri. Justeru, Sungai Limau kekal di takuk lama, ketinggalan dari kemajuan dunia.
Penduduk Sungai Limau mungkin merasa selesa dengan kehidupan dan rutin harian yang sama ini. Malangnya, dunia telah berubah dan manusia perlu menyesuaikan diri dengan perubahan itu.
Penduduk Kampung Sg Limau Pasrah Apabila Bantuan Yg Beliau Minta Dari Majlis Kemajuan Kampung (MKK) Dinafikan Kerana Bukan Kroni. Don Jasin, 93, berkata Sebelum ini Beliau Memohon Untuk Membaiki dan Memohon Rumah, Namun Tidak Kesampaian, Sebaliknya Surat Permohonan Beliau Dibuang Dalam Tong Sampah
Penduduk Sungai Limau tidak boleh ketinggalan dalam mengejar ilmu pengetahuan dan kemajuan kerana itulah tujuan utama Allah SWT menjadikan manusia.
Jika benar penduduk Sungai Limau ingin mencari akhirat, maka mereka perlu terlebih dahulu menurut perintah Allah SWT untuk mencari ilmu, meneroka dunia serta meningkatkan diri ke tahap tertinggi.
Sudah menjadi hakikat yang tidak dapat dinafikan bahawa kemajuan di Malaysia ini hanya boleh dicapai melalui parti Barisan Nasional, bukan PAS.
PAS mempunyai masa yang begitu lama untuk memajukan Sungai Limau, tetapi mereka tidak melakukannya. Mungkin alasan pada mulanya ialah PAS tidak punya kuasa, tetapi alasan ini tidak boleh dipakai lagi apabila PAS berjaya menjadi kerajaan negeri.
Benar, Allahyarham Tan Sri Azizan telah mencuba, namun, tanpa pengalaman dan kelayakan, segala-galanya tidak semudah yang disangka.
Jangankan kemajuan dunia, kemajuan akhirat juga dilakukan PAS secara sambil lewa di Sungai Limau memandangkan sekolah-sekolah agama dan pondok juga tidak terjaga. Seolah-olahnya, PAS benar-benar menyerahkan nasib rakyat Sungai Limau kepada takdir semata-mata.
Bagaimanapun, kita sanjung Allahyarham Tan Sri Azizan yang sanggup merendah diri meminta nasihat musuh politiknya di dalam UMNO untuk memajukan negeri.
Malangnya, Allah SWT lebih menyayangi dirinya dan beliau tidak sempat melaksanakan impiannya untuk Kedah amnya, dan Sungai Limau, khasnya.
Kini, penduduk Sungai Limau diberikan peluang oleh Allah SWT untuk mengubah nasib diri sendiri melalui undi. Sampai bila Sungai Limau perlu menjadi sebuah kawasan mundur di negeri Kedah?
Bayangkan peluang pekerjaan dan perniagaan yang mampu tercipta sekiranya UMNO diberi kepercayaan untuk melakukannya. Bayangkan juga bantuan yang boleh disalurkan kepada sekolah-sekolah agama dan sekolah pondok bagi meningkatkan kualiti pembelajaran dan pembangunan sekiranya UMNO diberi mandat menerajui kawasan ini.
Apa yang pasti, UMNO mampu membawa kehidupan yang jauh lebih berkualiti dan seimbang antara dunia dan akhirat bagi penduduk Sungai Limau.
Maka amat wajar kita menyeru agar pengundi Sungai Limau mengundilah dengan bijak pada 4 November ini kerana tiada siapa yang dapat mengubah nasib anda selain diri anda sendiri.
Sudah sampai masa untuk rakyat Sungai Limau berhijrah kepada yang lebih baik.
Menteri Besar Kedah Dato' Mukhriz Mahathir berkata, sekiranya BN ditakdirkan kalah pada PRK kali ini, ianya tidak membawa sebarang perubahan kepada kerajaan negeri tetapi ianya akan memberi manfaat besar jika BN mendapat mandat di Sungai Limau.
Home
»
Barisan Nasional
»
mahfuz omar
»
MELAYU
»
Melayu Ditindas
»
Najib Tun Razak
»
PAS
»
PRK Sungai Limau
»
UMNO
» "Pakcik Cukup Menyampah Dengan PAS" ... SUDAH TIBA MASA BERUBAH
Tuesday, October 29, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
JAUHipolitikmelayuUMNO..yang berakidah kebendaan, anti politik Islam & dokong politik sekular asobiah yang penuh takabbur dan persendakan hukum hakam Allah........... jangan bersubahat dengan pemimpin korup, diskriminasi dan menindas rakyat!
Mereka hanya bermati2an pertahan & utamakan golongan elit politik UBN saja. Walau ketua2/ kroni2 mereka terang2 menyeleweng hak rakyat atau lawan hukum Allah!
Sudah tiba kita mertabatkan HAK RAKYAT & mengagungkan HAK ALLAH! Tolak politik & bisnes UBN.
KOS barangan harian semakin naik... ekonomi semakin merudum.... kos hidup tinggi, kualiti perkhidmatan curut.... apakah ini hasil kita UMNO/BN
Fikirkanlah Wahai Rakyat,
KOS barangan harian semakin naik... ekonomi semakin merudum.... kos hidup tinggi, kualiti perkhidmatan awam curut, jenayah berat meningkat, krisis social meruncing, .... apakah ini hasil kita undi UMNO/BN?
Pada hari mengundi kita hanya memangkah, tapi, berpuluh tahun kita terkongkong dengan mainan media dan muslihat UBN!
Tolak UBN! Baru ada perubahan, mereka baru turun padang, baru nak layan permintaan rakyat!
Post a Comment