Wednesday, October 30, 2013


LAGI TINDAKAN DESPERADO MAHFUZ OMAR ...

Gagal dalam dua percubaan untuk meraih sokongan dan undi warga marhaen Sungai Limau ini, Pesuruhjaya PAS Kedah MAHFUZ OMAR SEKALI LAGI cuba mengambil kesempatan dengan memutarbelitkan ucapan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai "melancarkan kempen yang tidak berakhlak dan tidak beradab".


SUMBER : MALAYSIAKINI

Naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak menasihati timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar lebih beradab apabila mengaitkan individu yang telah meninggal dunia.

Katanya, Muhyiddin tidak sepatutnya mengaitkan masalah kesihatan Allahyarham Tan Sri Azizan Razak, yang meninggal dunia akibat komplikasi kencing manis, untuk mempertahankan langkah pengurangan subsidi gula. Mahfuz berkata Najib perlu menggesa timbalannya itu bercakap dengan rasa hormat terhadap bekas menteri besar Kedah itu.

"Saya minta PM supaya nasihatkan TPM (supaya) patuh kepada tatasusila. Saya cukup kecewa kerana TPM secara khusus merujuk kepada Ustaz Azizan dalam isu ni," katanya pada sidang media di pusat operasi PAS di Sungai Limau pagi ini.

Muhyiddin dalam satu majlis di sebuah sekolah semalam mempertahankan pengurangan subsidi gula sebanyak 34 sen yang berkuatkuasa serta-merta selepas Belanjawan 2014 dibentangkan. Menurutnya, ia dilakukan untuk manfaat orang ramai dan hadirin yang hadir perlu mengambil iktibar daripada penyakit kencing manis yang dideritai Allahyarham Azizan.

Azizan terpaksa menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya akibat komplikasi penyakit kencing manis. Bekas menteri besar Kedah itu meninggal dunia pada 26 September lalu.

"Kita tak bagi lagi subsidi untuk gula.siapa setuju angkat tangan. Saya tak ambil gula tuan-tuan. "Ramai meninggal dunia sudah ditakdirkan Allah, tapi di dunia ini disebabkan banyak makan, di samping itu banyak ambil gula sampai tak usahlah saya cerita tentang almarhum (Azizan). Sebab itu juga dia terpaksa melalui proses kakinya terpaksa dipotong."



Tidak cukup dengan memutarbelitkan ucapan Muhyiddin Yassin, MAHFUZ OMAR MENGHERET keluarga Allahyarham Tan Sri Azizan Razak untuk mengadakan sidang media sebagai memprotes tindakan Timbalan Perdana Menteri mengaitkan isu gula dengan penyakit yang dihidapi Allahyarham dalam ceramah yang disampaikan di Sungai Limau.





Persoalannya, benar atau tidak ucapan dan kenyataan Muhyiddin Yassin tidak beradab dan menghina Allahyarham Tan Sri Azizan Razak ?



Cukup spesifik ...

Timbalan Perdana Menteri berkata AJAL MAUT itu adalah TAKDIR yang telah ditentukan Allah Taala. Namun duniawinya ( sebab dan musabab / action and reaction ) adalah berhubung kait dengan pengambilan gula yang berlebihan.

Kenyataan beliau telah diambil di luar konteks hingga menimbulkan kekeliruan banyak pihak. MAHFUZ OMAR SECARA SENGAJA MEMPOLITIKKAN kenyataan Muhyiddin Yassin yang mengaitkan keputusan kerajaan memansuhkan subsidi gula dengan dengan penyakit kencing manis yang dialami oleh Allahyarham.

Kita cukup yakin, rakaman video di atas secara jelas kenyataan beliau TIADA NIAT untuk memperkecilkan atau menghina Allahyarham Tan Sri Azizan Razak. Topik yang diperkatakan ialah mengenai bajet dan beliau Muhyiddin Yassin turut menyentuh mengenai pengurangan subsidi gula.

Dan sebagai seorang Melayu, ahli politik yang berakhlak tinggi serta berjiwa besar ...

Timbalan Perdana Menteri MEMOHON MAAF SECARA TERBUKA kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak berhubung kontroversi dakwaan kononnya beliau mempersenda kematian bekas Menteri Besar Kedah itu dengan penyakit kencing manis.


Tan Sri Muhyiddin Yasin pada Selasa memohon maaf kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak berhubung kontroversi dakwaan kononnya beliau mempersenda kematian bekas Menteri Besar Kedah itu dengan penyakit kencing manis.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, sebagai umat Islam beliau memohon maaf sekiranya kenyataannya menyinggung perasaan keluarga Azizan.

"Sebagai manusia, kalau kenyataan itu disalah tafsir atau dirasakan menyinggung perasaan keluarga...saya mohon maaf. Sebagai seorang Islam, kadang-kadang dalam ucapan pun kalau ada ketelanjuran...awal-awal lagi kita minta maaf.

"Tapi bukan tujuan saya untuk cemarkan nama baik Allahyarham atau merendahkan serta memperkecilkan arwah. Kita hormati arwah sebagai pemimpin berjasa. Bukan tujuan begitu (mempersenda)," katanya. Tambah Muhyiddin, kenyataannya itu sekadar mahu mengambil iktibar mengenai pentingnya menjaga kesihatan.

"Saya tak ada niat jahat, sekadar untuk ambil iktibar dan dijadikan ingatan. Saya harap isu ini tidak dipanjangkan, kalau panjangkan juga mereka akan dilihat tidak memahami soal adab, tertib dan amalan Islam.



Namun apa yang mengejutkan adalah Pemuda PAS Kedah LEBIH RASIONAL dengan memilih untuk berdamai dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada terus berbalah dan berkonfrontasi dengan beliau.

Pemuda PAS juga BERSETUJU kenyataan Timbalan Perdana Menteri telah disalahtafsir dan menerima penjelasan setelah berjumpa secara bersemuka dengan beliau. Tampak Pemuda PAS Kedah cukup konsisten dengan politik Wassatiyah yang menjadi amalan Allahyarham Tan Sri Azizan Razak.



Masih terdapat ahli dan pemimpin PAS yang BERSIKAP RASIONAL. Syabas Dewan Pemuda PAS Kedah ...



Bagaimana dengan akhlak dan sikap MAHFUZ OMAR, yang masih lagi TIDAK MENGAKUI menggunakan bapa kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam meraih sokongan dan undi bagi PAS ?


Walhal, Baharom Ramli yang juga dikenali sebagai Pak Ngah menafikan laporan tersebut. Malah beliau turut melahirkan rasa kesal atas fitnah tersebut yang jelas cuba menarik sokongan pengundi dengan cara POLITIK JIJIK MAHFUZ OMAR.



Baharom Ramli mengatakan, beliau AMAT TIDAK BERSETUJU DAN KESAL nama beliau digunakan untuk kempen pilihan raya ini. Ketika diminta mengulas mengenai peluang PAS dalam PRK ini, beliau mengatakan ia agak sukar.

MAHFUZ OMAR sehingga kini LARI DARI MENJAWAB isu gambar dan video lawatan berkaitan Baharom Ramli. MAHFUZ OMAR tidak berani mengambil tanggungjawab dan mengamalkan sikap lepas tangan sekalipun Baharom Ramli menafikan beliau menyokong calon PAS dan hanya mengaminkan doa sewaktu lawatan tersebut.





Cukup Jelas ...

Tan Sri Muhyiddin Yassin, mempunyai akhlak dan budi pekerti yang tinggi. Sanggup memohon maaf secara terbuka kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Azizan Razak walaupun kenyataan beliau telah disalahtafsir dan dipolitikkan secara sengaja oleh MAHFUZ OMAR.


PAS seharusnya merasa MALU mempunyai pemimpin seperti MAHFUZ OMAR ...





3 comments:

Anonymous said...


UMNO/BN dah berkuasa....... tunaikanlah akujanji UBN tu..... buat penambahbaikan dimana yg pincang, jangan amal budaya politik lama UMNO/BN.. hanya tau kaut hak dan harta rakyat saja!

Anonymous said...

khas utk melayumentilitiUMNO saja ... ketahuilah

.. tingginya akhlak pemimpin2 umno terutama najib n muhyidin mengalah khalifah arrashidin...

aku tabik la....

Anonymous said...

USA & beberapa negara maju pun tak pakai GST.....

GST tak sesuai lg diMalaysia kerana tadbir urus yang lemah... GST=ISA/PCA ... alat buli rakyat...

kalau tolak UBN... mereka tak berani buli rakyat lg....