DESPERADO ...
Perkataan dan ungkapan paling tepat bagi PAS yang cukup terdesak menggunakan foto wartawan Sinar Harian yang telah diubah suai bagi menonjolkan calon parti itu, Azam Samad yang kononnya berada di pejabat kerajaan negeri Kedah, sewaktu Allahyarham Ustaz Azizan masih bergelar Menteri Besar.
FAKTA ...
Gambar ini diambil tiga tahun lalu ketika Timbalan Pengarang Berita Sinar Harian, Muhamad Mat Yakim bersama Ketua Biro Sinar Harian Utara, Mohd Idros Mohd Ali (kanan) mengunjungi Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak pada 25 Mei 2011 di Pejabat Menteri Besar Wisma Darul Aman, Alor Setar. Turut hadir, Penolong Ketua Biro Sinar Harian Utara, Roslinda Hashim (tidak kelihatan dalam gambar). Kunjungan adalah sempena sesi wawancara eksklusif Sinar Harian bersama Azizan.
AUTA ...
Gambar berkenaan diubah suai menggunakan teknik superimpose kononnya calon Pas, Mohd Azam Abdul Samat (berkopiah) bersama Mohd Idros bertemu Azizan.
Tinjauan wartawan Sinar Harian mendapati risalah mengandungi gambar yang dimanipulasikan itu turut diedarkan secara percuma di pekarangan pintu masuk Markas Induk Pas Kawasan Jerai semalam.
Sehubungan itu, Ketua Pengarang Sinar Harian membuat penafian dan penjelasan bahawa akhbar ini tidak ada kena mengena dengan risalah berkenaan.
PAS nempaknya semakin alpa dan lupa bahawasanya mereka tidak mampu melawan KEHENDAK dan TAKDIR yang Allah Taala tentukan.
Sudahlah sebelum ini mereka melakukan PEMBOHONGAN kononnya bapa kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyokong calon Pas dalam pilihan raya kecil kali ini.
Tidak cukup dengan laporan tersebut, jentera PAS juga seakan terdesak apabila turut mengedarkan risalah dan gambar lawatan rombongan calon parti itu ke rumah Baharom Ramli bagi meyakinkan pengundi.
Pembohongan mereka akhirnya terbongkar, apabila Baharom Ramli yang juga dikenali sebagai Pak Ngah menafikan laporan tersebut. Malah beliau turut melahirkan rasa kesal atas fitnah tersebut yang jelas cuba menarik sokongan pengundi dengan cara yang kotor.
Dan Hari ini ...
PEMBOHONGAN PALING BODOH DALAM SEJARAH POLITIK TANAH AIR telah didedahkan oleh Ketua Pengarang Sinar Harian membuat penafian dan penjelasan bahawa akhbar ini tidak ada kena mengena dengan risalah berkenaan.
Maka cukup bertepatan dengan desakan ramai pihak sebelum ini, sewajibnya PAS menggugurkan nama Islam dari parti itu. Islam tidak pernah mengajar umatnya MENUAL AGAMA demi kepentingan politik perut ularmak kucing senak.
0 comments:
Post a Comment