Sunday, October 20, 2013


Dua pakar pengkaji agama yang juga bekas penganut agama Kristian Katolik Indonesia menggesa umat Islam di negara ini terus mempertahan kalimah Allah daripada digunakan penganut agama lain.

Pakar Kristologi dan pemerhati hubungan antara agama, Insan L. S. Mokoginta dan bekas Ketua Rahib Legio Maria, Atmajaya di Jakarta, Irena Handono turut mengingatkan kalimah Allah harus dilindungi demi menjaga kesucian Islam pada masa depan.

Menurut Insan, beliau bimbang ancaman itu yang disebarkan menerusi dakwah agama Kristian menggunakan media cetak mampu mengikis keimanan generasi muda Islam seterusnya mengajak mereka keluar daripada agama tersebut.


Sehubungan itu, beliau memuji tindakan tegas kerajaan Malaysia menghalang majalah The Herald menggunakan kalimah Allah dalam seksyen bahasa Melayu penerbitan tersebut yang disifatkan beliau perlu dicontohi kerajaan Indonesia dalam menghalang kalimah berkenaan digunakan sesuka hati di negara itu.

"Penggunaan kalimah Allah dalam mana-mana penerbitan mereka (Kristian) hanya 'pancingan' semata-mata untuk menunjukkan kepada umat Islam Allah itu sama dengan Jesus walhal hakikatnya agama Islam dan Kristian itu berbeza," katanya.


Beliau berkata demikian dalam Seminar Kristologi, Penggunaan Nama Allah dan Ancaman Kristianisasi Terhadap Umat Islam di sini hari ini.

Seminar sehari anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Warisan Ibnu Aaby itu disertai kira-kira 250 orang daripada pelbagai agensi antaranya Jabatan Mufti negeri, Persatuan Tionghua Muslim Melaka serta penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dan Kolej Islam Klang.

Yang turut hadir, Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut, Timbalan Mufti Negeri Selangor, Datuk Abdul Majid Omar dan Pengerusi Warisan Ibnu Aaby, Datuk Mohamad Din Yusoh.


Insan yang sebelum ini merupakan penganut agama Kristian Roman Katolik dan berasal dari Kotamobagu, Sulawesi Utara sudah menghasilkan lebih 40 buku berkaitan kristologi, perbandingan kitab Bible dan al-Quran serta berkaitan dakwah.

Sementara itu, Irena berkata, penggunaan kalimah Allah yang bebas dalam media cetak di Indonesia menyebabkan pemikiran umat Islam di negara tersebut keliru sehingga akhirnya terpesong daripada akidah Islam sebenar.

Beliau turut mengambil contoh tawaran pendidikan bagi mendalami Islam di Surabaya yang menggunakan kalimah Allah serta ayat-ayat suci al-Quran dalam risalah mereka yang akhirnya didapati dianjurkan pertubuhan agama Kristian.

SUMBER : UTUSAN ONLINE





2 comments:

Anonymous said...

RTM dan TV al-Jirah tak nak jemput kedua-dua mereka ini untuk berceramah ke? Biar umat Kristian dan puak munafik Malaysia tertekan dengan niat jahat mereka!

Anonymous said...

RTM dan TV al-Hijrah tak nak jemput kedua-dua mereka ini untuk berceramah ke? Biar umat Kristian dan puak munafik Malaysia tertekan dengan niat jahat mereka!