Tuesday, October 8, 2013


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng diminta memberi penjelasan kepada semua pihak termasuk Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung 'kehilangan' 851 perwakilan pada Kongres Khas pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu pada 29 September lalu.

Pemimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, selain Guan Eng, Pengerusi DAP, Karpal Singh juga perlu membuat penjelasan mengenai perkara tersebut yang disifatkannya tidak pernah berlaku dalam sejarah politik dunia.


Berikut adalah kenyataan penuh beliau:

* Lim Guan Eng dan Karpal Singh perlu jelaskan kepada semua pihak termasuk ROS dan SPR tentang 851 perwakilan yang missing in action pada Kongres Khas parti itu, 29 September lalu.

* Kesemua perwakilan itu yang mewakili 33 peratus daripada jumlah keseluruhan 2,576 perwakilan layak hadir dan mengundi tetapi 'hilang' semasa kongres tersebut.



* Pada pemilihan tahun lalu, seramai 753 perwakilan tidak hadir dan kali ini jumlah mereka meningkat kepada 851 orang. Apakah mereka ini merupakan mangsa-mangsa politik Lim Guan Eng? Ini merupakan rekod dunia. Di manakah hak mereka kerana belum pernah berlaku dalam sejarah dunia politik keadaan sedemikian.

* Sehubungan itu, KITA ingin memberitahu bahawa 851 orang perwakilan itu perlu tuntut hak mereka seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan DAP iaitu mereka boleh membuat aduan kepada ROS dan pertubuhan itu wajib melayan dan menyiasat aduan tersebut sebab hak mereka telah dinafikan dan dizalimi oleh pemimpin parti mereka.


* KITA percaya sekiranya kesemua 851 perwakilan itu hadir pada pemilihan tersebut, ia akan merubah keseluruhan keputusan pemilihan CEC sehingga memungkinkan kedudukan Guan Eng akan jatuh ke tangga ke-23 berbanding kelima.

* Sebagai rakyat Malaysia, saya melihat perkara ini sebab ia membabitkan 38 ahli Parlimen daripada parti itu sekali gus memalukan negara kerana negara luar sentiasa memerhati setiap pemilihan parti politik negara ini.

SUMBER : UTUSAN ONLINE






4 comments:

Anonymous said...

Silap kira lagi kot? mana boleh 851? Ikut kiraan Lim Guan Eng cuma 158 sahaja yang tak dapat hadir untuk buat pilihan baru. 50 orang bercuti di luar negeri, 50 bercuti dalam negeri 58 orang lagi tak sihak utuk mengundi kot

Anonymous said...

KARPAL KATA: GUAN ENG PERLU "BERTAUBAT" BIKIN MALU DAP SAHAJA.
KIT SEANG KATA: RANCAULAH LU KARPAL SINGKING. KADANG-KADANG ORANG BIKIN SILAP KIRA JUGA.LU INGAT ITU NO 851 SIKIT KA? KENA PAKAI CALCULATOR ELECTRONIC MAU KIRA MA!

Anonymous said...

Ni lah dia Parti Anak Beranak. Parti yang kuat rasis dan paling diktator dalam sejarah parti. Kalau 17 orang tarik diri dari pencalonan tu mungkin gua boleh pikir ape sebabnya. Bukan banyak mane pun. Setakat 170 juta no hal lah tu. Tapi 851 orang perwakilan yang tak hadir ni banyak jawapan yang tersembunyi nih... Ni lah parti Cinabeng yang hampeh. Memalukan seluruh dunia la apek.

Anonymous said...

AZEEZ RAHIM tak pi haji?? patut pengerusi pi haji. JAMIL KHIR perhi tapi AZEEZ RAHIM
tak pergi... hmmm.. AZEEZ RAHIM bukan pilih kebajikan tapi lebih pentingkan politik.