GELOMBANG WANGSA MAJU: 11/08/12

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

KHIANAT, DAJAL ... Khalid Ibrahim RAMPAS MASA DEPAN ANAK MELAYU Selangor

| Thursday, November 8, 2012
Alasan dangkal Yayasan Selangor menyerlahkan kegagalan pentadbiran Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor dalam menyelesaikan masalah asas pendidikan.




Presiden Persatuan Alumni Asrama Yayasan Selangor, Capt (B) Azme Dollah hari ini mempersoalkan tindakan Yayasan Selangor untuk menutup asrama yayasan tersebut.

Menurut Azme, Yayasan Selangor yang di bina di kawasan politik Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang juga merupakan Pengerusi yayasan tersebut itu seolah-olah bercanggah dengan matlamatnya apabila mengambil tindakan tersebut (menutup asrama).

"Kenapa perlu tutup asrama Yayasan Selangor? Yayasan Selangor kelihatan seolah-olah bercanggah dengan matlamat," katanya kepada pemberita di sidang media di Bangunan UMNO di sini.

Menurut Azme, pihaknya mendapat maklumat bahawa Asrama Tun Dr. Ismail (ATDI) dan Asrama Toh Puan Norasikin (ATPN) di Kampung Pandan A akan ditutup.

Read More, KHALID IBRAHIM BUNUH PENDIDIKAN ANAK MELAYU



Keputusan Yayasan Selangor (YS) untuk merobohkan dua buah asrama pusatnya di Kampong Pandan dekat ibukota kerana mengalah dengan pembangunan persekitarannya terus mengundang rasa marah dan geram bekas-bekas pelajar yayasan itu.

Alasan paling dangkal pernah diberikan adalah ... mengenal pasti satu tapak kawasan belum diterokai bernilai RM50 juta di Ijok yang berdekatan dengan Universiti Industri Selangor (Unisel) di Bestari Jaya.

Tanpa melihat kepada dasar Asrama Yayasan Selangor ditubuhkan sejak tahun 1973 bertujuan membuka peluang kepada anak Selangor daripada luar bandar yang mendapat keputusan cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk menerima pendidikan di sekolah menengah terbaik di sekitar Lembah Klang.

Perlu apa diletakkan kembali anak-anak cemerlang di luar bandar ini kembali ke kawasan di luar bandar?

GWM anggap Pengurus Besar Yayasan Selangor Ilham Marzuki, sebagai pengurus paling bodoh pernah dilahirkan oleh organisasi ini ... cukup dikatakan kegagalan Khalid Ibrahim menyelesaikan masalah paling asas pendidikan anak-anak luar bandar.


Mustahil Ilham Marzuki tidak mempunyai pengetahuan dan rekod bahawasanya penghuni Asrama Tun Dr Ismail (ATDI) ini mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, SMK(L) Victoria, SMK(L) Methodist, SMK Jalan Cochrane, SMK(L) St John dan SMK(L) Bukit Bintang.

Begitu juga dengan penghuni Asrama Toh Puan Norashikin (ATPN) yang mendapat pendidikan di SMK Aminuddin Baki, SMK(P) Convent, SMK Seri Bintang Utara, SMK Jalan Cochrane, serta SMK(P) Assunta dan SMK(P) Sri Aman di sini.

Inilah asas ditubuhkan Asrama Yayasan Selangor agar kecemerlangan anak-anak ini dalam bidang pendidikan diteruskan di sekolah menengah terbaik di sekitar Lembah Klang.

Yayasan Selangor ... salah satu anak syarikat milik kerajaan negeri pada asalnya ditubuhkan pada tahun 1970 melalui agenda Dasar Ekonomi Baru (DEB) memberi peluang kepada masyarakat luar bandar menikmati kemajuan pendidikan setaraf dengan golongan masyarakat di bandar sekaligus merapat jurang perbezaan antara status sosial.



Bukankah ini suatu langkah ke belakang dan membunuh agenda DEB dan peluang kepada masyarakat luar bandar menikmati kemajuan pendidikan setaraf dengan golongan masyarakat di bandar?

Atas alasan apa sebenarnya kesungguhan Khalid Ibrahim melalui Yayasan Selangor mahu mencampakkan kembali anak-anak ini kembali ke luar bandar?



Jadi memang benar apa yang diperkatakan oleh Presiden Persatuan Alumni Asrama Yayasan Selangor, Capt (B) Azme Dollah ...

"Alumni berpendapat bahawa penutupan kedua asrama ini adalah rancangan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk membangunkan tapak asrama ini bagi tujuan mendapatkan pulangan wang," ujarnya. - KLPOS, 8 November 2012


Difahamkan, Asrama Tun Dr Ismail (pelajar lelaki) dan Asrama Toh Puan Norashikin (pelajar perempuan) yang terletak secara bersebelahan di Kampung Pandan itu tidak lagi digunakan kerana tapak kawasan itu nanti akan digunakan bagi projek pembangunan serta pusat beli-belah. - FREE MALAYSIA TODAY, 12 Mei 2011



Rupa-rupanya projek pembangunan dan pusat beli belah adalah objektif utama di balik tadbir penutupan Asrama Tun Dr Ismail (ATDI) dan Asrama Toh Puan Norashikin (ATPN) di Kampung Pandan.

GWM ucapkan tahniah kepada Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor atas kejayaan menggagalkan agenda Dasar Ekonomi Baru (DEB) dalam memberi peluang kepada masyarakat luar bandar menikmati kemajuan pendidikan setaraf dengan golongan masyarakat di bandar.

Tahniah Khalid Ibrahim ... Tahniah atas kejayaan merampas masa depan anak Melayu yang cemerlang dari luar bandar.


alt

Jika Guan Eng digelar TOKONG ... Khalid Ibrahim mahu bergelar TOK PEKONG




TERKINI ... SKANDAL BARU Guan Eng TERBONGKAR

|

Pemuda Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang mendakwa kerajaan negeri telah melanggar undang-undang negara kerana menjual satu tapak tanah di Taman Manggis kepada dua pihak.

Ketuanya Oh Tong Keong mempersoalkan tindakan kerajaan negeri yang mengeluarkan resit rasmi kepada Pemuda BN sedangkan tanah itu telah dijual secara rasmi kepada KL International Dental Centre Sdn Bhd.


"Pemuda BN mahu Guan Eng (Ketua Menteri Lim Guan Eng) memberi penjelasan dalam tempoh 24 jam kerana ini merupakan isu penipuan yang serius dan boleh dilapor kepada polis," katanya kepada pemberita di sini pada Khamis sambil menunjukkan butiran dokumen itu.

Pemuda BN juga mendakwa tanah berlot 305, 306, 313 dan 314 di seksyen 16 (Taman Manggis) itu telah dipajak oleh KL International Dental kepada sebuah bank pada 10 November tahun lepas dengan nilai RM11,494,176.

Oh berkata KL International Dental tidak boleh membuat pajakan tanah kepada bank jika kerajaan negeri tidak memberi hak milik tanah dan ini menimbulkan persoalan bahawa tanah itu telah dijual secara rasmi.


Beliau berkata pada masa yang sama satu resit rasmi dikeluarkan oleh jabatan kewangan negeri menyatakan kerajaan negeri telah menerima RM224,073 iaitu satu peratus dari harga tanah daripada Pemuda BN untuk pembelian lot tanah yang sama.

"Ini menunjukkan lot tanah 305, 306, 313 dan 314 yang telah dijual kepada KL International Dental adalah sama dengan resit rasmi yang dikeluarkan kepada Pemuda BN


sumber : BERNAMA

Isu Selangor : TERKINI ... Guan Eng Pula BUNUH KARIER Khalid Ibrahim

|
Ucapan Bajet 2013 Pulau Pinang Bakal Menjahanamkan Karier Khalid Ibrahim di Selangor.



Sama ada suka atau tidak, Khalid Ibrahim perlu akur kenyataan rakan sejawatnya dari Pulau Pinang cukup untuk membuktikan kaedah 'Teknologi Membran' tidak efektif dari segi kos dan perlaksanaan.

Kaedah rawatan air alternatif yang dimomokkan oleh Khalid Ibrahim sebagai lebih murah berbanding dengan projek loji rawatan Air Langat 2 seharusnya membuka mata rakyat Selangor.

Barangkali kenyataan rasmi Tokong Lim Guan Eng ini sewajarnya membuka mata rakyat Selangor tentang 'politik main belakang' Khalid Ibrahim, PKR dan Pakatan Rakyat.



Bagi menjamin sumber bekalan air mentah yang mencukupi untuk jangka masa panjang, Kerajaan Negeri bercadang untuk mendapatkan bekalan air mentah melalui Projek Skim Bekalan Air Mentah dari Sungai Perak, Negeri Perak ke Negeri Pulau Pinang. Projek ini melibatkan pembinaan terowong yang bertujuan untuk mengagihkan sebahagian air mentah dari Sungai Perak ke Sungai Kerian dan seterusnya ke Negeri Pulau Pinang. Kos projek dianggarkan bernilai RM300 juta dan ianya telah dipohon melalui KeTTHA kepada Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri pada 30 Jun 2012 di bawah Rolling Plan Ketiga, Rancangan Malaysia Kesepuluh. Kerajaan Persekutuan perlu menjalankan projek ini sebagai tanggungjawab mereka dalam perjanjian penghijrahan aset air yang ditandatangani dengan Kerajaan Negeri. - limguangeng.com, 2 November 2012.



Mengapa Tokong Lim Guan Eng tidak menggunakan 'Teknologi Membran' walhal mempunyai beberapa buah sungai, bekalan air utama dari Tasik Mengkuang dan dari Tasik Meromitik.

Apa perlu Tokong Arrogant ini bercadang untuk mendapatkan bekalan air mentah melalui Projek Skim Bekalan Air Mentah dari Sungai Perak, Negeri Perak ke Negeri Pulau Pinang?

Singapura yang menggunakan 'Teknologi Membran' dengan penghasilan Newater beberapa tahun lepas ... masih terpaksa mengimport air dari Johor memandangkan keperluan industri-industri terutama penapisan minyak di negara republik itu.



alt

Kenyataan rasmi Tokong Guan Eng sebenarnya membunuh agenda 'Teknologi Membran' yang sedang di lobi puak-puak peliwat PKR dengan pembesaran Empangan di Bukit Jelutong Shah Alam.

Lebih teruk ... Tokong Guan Eng telah mendedahkan bahawa PROJEK TEROWONG lebih ekonomikal dan wajar untuk jangka masa panjang.


Rakyat Selangor seharusnya membuka mata dan mempersoalkan mengapa Tokong Guan Eng tidak menggunapakai 'Teknologi Membran'.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu tahu - 'Teknologi Membran' - kos awal, kos operasi, kos penyelenggaraan dan dari segi mitigasi sekiranya berlaku kecemasan (backup system) LEBIH BESAR DAN MAHAL dari projek Loji Air Langat 2.



Apa lagi muslihat Khalid Ibrahim mahu mengelak dan mempolitikkan isu air di Selangor ...

alt
Jika Guan Eng digelar TOKONG ... Khalid Ibrahim mahu bergelar TOK PEKONG



Anwar TERGAMAM ... Khalid Ibrahim BUNUH KARIER Nurul Izzah

|
"Saya menyokong penyiasatan ini dan tindakan yang akan dilaksanakan JAIS itu adalah untuk sesuatu perkara yang positif, tiada orang Islam yang mengkehendaki umatnya meninggalkan agama.



Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyokong dan menggesa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melakukan siasatan ke atas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar berhubung kenyataannya berkaitan dengan kebebasan beragama.

Beliau yang juga merupakan Exco Hal Ehwal Islam Kerajaan Negeri itu berkata siasatan itu perlu bagi mengelakkan umat Islam terkeliru, dan memastikan tiada impak negatif terhadap umat Islam berikutan kenyataan itu.

"Saya menyokong penyiasatan ini dan tindakan yang akan dilaksanakan Jais itu adalah untuk sesuatu perkara yang positif, tiada orang Islam yang mengkehendaki umatnya meninggalkan agama.

"Kita mahu jati diri umat Islam itu kukuh dan ini adalah tanggungjawab seorang Islam untuk menjaga umat Islam yang lain," katanya kepada pemberita di sini semalam.


Read more, NURUL IZZAH DILIWAT KHALID


 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU