Monday, November 12, 2012

Baginda juga menegur jentera pentadbiran kerajaan negeri supaya proaktif dalam memperbaiki serta mempertingkatkan sistem sedia ada agar rakyat dapat menikmati perkhidmatan bermutu dan terbaik.


Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, menegur pengurusan air oleh kerajaan negeri dan diperintah segera menyelesaikannya bagi memastikan rakyat menikmati sumber air bersih serta terjamin.

Baginda meminta penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air disegerakan seperti dipersetujui melalui kaedah pengambilalihan aset air oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).

“Beta dimaklumkan pada dasarnya pihak berkuasa negeri sudah bersetuju dengan penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air Kelantan melalui kaedah pengambilalihan aset air negeri oleh PAAB.


Beta menggesa pihak terbabit supaya dapat menyelesaikan segera perkara ini bagi memastikan rakyat diutamakan dan sumber bekalan air yang berkualiti serta terjamin dapat dinikmati rakyat,” titah baginda pada majlis Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke43, di Istana Balai Besar, di sini semalam.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Baginda yang juga Timbalan Yang di-Pertuan Agung mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Pusat yang selama ini dilihat tidak pernah meminggirkan Kelantan daripada arus pembangunan.

Beta berharap satu rangkaian jalan raya bertaraf lebuh raya dapat dibina di negeri ini seperti negeri di Pantai Barat atau negeri Pantai Timur lain bagi merangsangkan lagi pertumbuhan ekonomi negeri.

alt
Baginda yang juga Timbalan Yang di-Pertuan Agung mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Pusat yang selama ini dilihat tidak pernah meminggirkan Kelantan daripada arus pembangunan.

“Kelantan tidak harus dibiarkan ketinggalan kerana ia sebahagian daripada Malaysia,” katanya.

Sultan Muhammad juga mengingatkan kerajaan negeri supaya tidak melihat pertanian sebagai sektor mengaut keuntungan serta menjana ekonomi semata-mata.

“Beta menyeru supaya semua pihak terbabit dalam sektor ini menjaga sumber asli seperti tanah, sungai, laut serta kawasan tadahan hujan bagi memastikan alam sekitar terus terpelihara.

“Langkah ini bagi memastikan Kelantan terus subur dan berupaya mengeluarkan hasil yang banyak serta berkualiti sepanjang masa,” titah baginda.

Baginda juga menegur jentera pentadbiran kerajaan negeri supaya proaktif dalam memperbaiki serta mempertingkatkan sistem sedia ada agar rakyat dapat menikmati perkhidmatan bermutu dan terbaik.

“Semua agensi perlu menjana idea baru bagi menghasilkan produk inovatif bagi meningkatkan kecemerlangan dalam perkhidmatan, selain inisiatif sentiasa dikemukakan supaya rakyat mendapat perkhidmatan terbaik,” titah baginda.


Read More, KLPOS

7 comments:

Anonymous said...

Kalau NIK AZIZ kata Air Kelantan Bersih dan suci walaupun hitam pekat...Bersih dan sucilah...Orang Kelantan tak peduli kebersihan yang penting kezuhudan Nik Aziz. Zuhud Zuhud tapi bernafsu juga nak jadi MB 4 tahun lagi...

Anonymous said...

Zuhud? hmmm hampeh...tu luaran sahaja...

sekarang berserban berjanggot banyak yg makan gaji dgn CIA FBI bagi kacau bilau timur tengah dan di negara negara islam...gimmmick jer dressing, sekarang ni ugama memang laku senang jual....

awak dah tengok kehidupan ahmed dinejad di iran? lagi zuhud beb, tidoq kat lantai, makan minum pun takde meja kerusi, rumah simple habis.....

syiah tu....bukan sikit yg berpendapat syiah ni dah jauh terpesong....image zuhud tetap poweeerrr...

does it mean its good? dah tengok dalai lama punya cara hidup...kah kah kah kah lagi zuhud....

politik beb politik....image luaran jer....

nak tau orang sebenar? haa dengar cakap dia, tengok perbuatan dia, decision making dia, issue handling dia, pemikiran dan fahaman dia..

so far? hmmm...Rasulullah pun di "mamat"kan nya, nurul izzah isu murtad di cairkan nya...penganjur LGBT laknatullah dihormatinya....parti yg terang terangan, champion of all murtad cases in Malaysia, membenci islam - di sahabatinya, tak boleh ditegur, susah nak mengaku salah....

nafsu tebaaaallll....self proclaimed tok guru label?


wasim46 said...

Ore pas kelate tok sir highway ku tu semua dunia nik ajis ajar lagipun kalu mintak dgn pusat takut subahat puak puak kito doh sepakt nok kutip dermo tok garu doh bui rm5k pah ni dio nok mintok pulak dgn lee kuan yew mano tau saing baik dio bui lagi rm5k lagi pah tu tok kay musang musa dgn nik amar tok leh mitok dgn saing saing dia toke toke sawit dan balak pulak.tahun depe siap la higway mache ke kbahru tu kan tok garu kito tu mahabijak pandai la dio cari duit kalu tok leh jugak mintak tok garu keluar fatwa baru tapi ambo raso tok garu boleh tengok serban dio pun ambo cayo doh...

PokNik Soh said...

Nik Ajis sebenarnya tak tahu apersatu tentang perkembangan, kemajuan negara dan antarabangsa. Perkembangan politik tempatan pun ditutup dari pengetahuannya oleh penasihat kelilingnya kecuali isu-isu yang dapat memberi keuntungan kepada kumpulan mereka sahaja. Tarikh dan agenda Muktamar PAS pun dia tak ingat dan tak peduli nak ambil tahu, apatah lagi nak membangunkan Kelantan.

Dia ini adalah keramat hidup yang diusung oleh penasihat-penasihat yang berkepentingan didalam PAS dan PKR, semata-mata untuk urusan politik, bukannya untuk urussan Islam. Nik Ajis akan tetap dan terus berpolitik selagi dia dapat mengangkat kelopak mata dan menutur beberapa patah perkataan walaupun semua tahu apa yang dicakapkan adalah rapuan belaka. Dia akan tetap menjadi Menteri Besar Kelantan kerana dinegeri itu sahaja istilah kemajuan tidak dapat difahami oleh rakyat jelata.

Rakyat sanggup minum air berkarat, berak dalam longkang atau belakang semak, bersesak dijalan yang sempit dan tiada saliran.Erti kemajuan dikelirukan manakala kemiskinan diambil mudah semata-mata kerana ramai anak Kelantan sanggup berhijrah mencari rezeki dan kehidupan baru diluar negeri.

Rakyat Kelantan tidak akan menyalahkan Nik Ajis dan PAS diatas kegagalan dan kelemahan untuk membangunkan negeri itu, kerana Nik Ajis dan PAS amat berjaya membohongi rakyat bahawa urusan pembangunan adalah tanggungjawab BN/UMNO.Urusan mereka hanyalah mengurus politik PAS bukan negeri.

Nik Ajis sebagai keramat hidup dan PAS perlukan tempat yang selamat dimana mereka tidak akan ditanya tentang kemajuan, dan dipuja saperti Mahatma Gandhi. Dimana lagi selain Kelantan..

wasim46 said...

Trimo kasih pok nik soh ambo setuju sgt dgn pendapt pok nik soh ni..

Anonymous said...

Rasanya Kelantan klau masih di bawah kerajaan SIAM mcmana ye? Kena bayar ufti lae.... Mgkin lebih hebat dr sekarang.Mgkin Raja Melayu tak sesuai utk org Kelantan...patut diperintah oleh Raja Siam. Alhamdulillah....Kelantan merdeka bersama negara Malaya. Tpi skg Kelantan kuat....kuat main bola?

Anonymous said...

Rasanya Kelantan klau masih di bawah kerajaan SIAM mcmana ye? Kena bayar ufti lae.... Mgkin lebih hebat dr sekarang.Mgkin Raja Melayu tak sesuai utk org Kelantan...patut diperintah oleh Raja Siam. Alhamdulillah....Kelantan merdeka bersama negara Malaya. Tpi skg Kelantan kuat....kuat main bola?