Sunday, November 18, 2012

PAS memang seronok ditunggang seperti keldai oleh DAP dan PKR ... muafakat katanya.



15 November 2012

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib menjelaskan, pakatan pembangkang secara umumnya bersetuju bahawa hukum hudud akan dilaksanakan sekiranya pembangkang berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan pilihan raya umum nanti.

Beliau berkata, sekiranya Pas mendapat majoriti dalam Parlimen, undang-undang berkaitan hukum hudud akan dibentangkan dan sekiranya mendapat sokongan serta diluluskan ia akan menjadi undang-undang negara.

"Dalam pakatan kita sudah bersetuju secara umumnya bahawa bukan sahaja hudud, tetapi syariat Islam itu akan dilaksanakan bila kita berjaya untuk mendapat keyakinan rakyat untuk memimpin Malaysia, tapi syariat Islam itu akan dilaksanakan mengikut lunas-lunas demokrasi.



16 November 2012

Timbalan Pengerusi DAP, Tan Seng Giaw berkata, beliau tidak tahu bagaimana isu hudud itu ditimbulkan kembali sedangkan ia telah diputuskan semasa konvensyen tersebut.

"Saya dengar banyak kali yang disebut oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dia kata ikut semangat dan isi kandungan dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Itu yang disebut, agenda bersama pakatan Buku Jingga tetapi tidak tahu macam mana ada isu lain pula timbul," katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian Muktamar Tahunan Pas Ke-58, di sini hari ini.

Semalam, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib menjelaskan, pakatan pembangkang secara umumnya bersetuju bahawa hukum hudud akan dilaksanakan sekiranya pembangkang berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan pilihan raya umum nanti.




Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail percaya pelaksanaan hukum hudud bukan kepentingan utama Pas kerana tidak disentuh dalam ucapan dasar Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika merasmikan Muktamar Pas Ke-58 di sini hari ini.

Wan Azizah mengulas pendirian PKR dalam pelaksanaan hukum hudud selepas Muktamar Dewan Ulama Pas Ke-51 semalam menyatakan pakatan pembangkang secara umumnya bersetuju bahawa hukum hudud akan dilaksanakan sekiranya pembangkang berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum nanti.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong yang turut hadir sebagai pemerhati pada muktamar itu menyatakan bahawa pakatan pembangkang sudah mempunyai dasar bersama yang dipersetujui iaitu Buku Jingga bukannya hukum hudud.




Usaha Pas untuk melaksanakan hukum hudud sekiranya pembangkang menang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) terus menjadi tanda tanya apabila Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang langsung tidak menyentuh perkara tersebut dalam ucapan dasarnya pada Muktamar Tahunan Pas Ke-58 di sini hari ini.

Sebaliknya, Abdul Hadi dalam ucapannya lebih memberikan tumpuan kepada persiapan jentera parti menghadapi pilihan raya umum bagi memastikan Pas memenangi sebanyak mungkin kerusi yang ditandinginya.

"Saya mengarahkan semua pihak dalam parti supaya berada di tahap bersiap siaga paling tinggi untuk menghadapi pilihan raya umum kerana kita akan berdepan dengan mainan nakal serta provokasi media dan Barisan Nasional (BN) yang terus-menerus melaga-lagakan pemimpin Pas ke tahap yang tidak dapat kita bayangkan.

"Mereka juga akan terus memporak-perandakan Pas dengan rakan-rakan pakatan pembangkang sebagai langkah untuk melemahkan saf dan semangat kita," katanya.



17 November 2012

Muktamar Tahunan Pas Ke-58 meluluskan dua usul iaitu penubuhan sebuah unit audit syariat untuk mengaudit perjalanan badan eksekutif sama ada ahli jawatankuasa Pas, Badan Perhubungan Pas Negeri dan kerajaan negeri yang ditadbir parti itu yang dibawa oleh Dewan Ulama Pas Pusat.

Satu lagi usul ialah mendesak kerajaan Malaysia melalui Parlimen menerima usul tergempar berkaitan Palestin dan penduduk Rohingya yang dibawa oleh Dewan Pemuda Pas Pusat.

Usul tersebut turut meminta kerajaan mendesak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Liga Arab dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengambil tindakan serta-merta terhadap isu keganasan Israel yang sedang menjadi duri di hati umat Islam.





Seorang perwakilan hari ini secara berkias 'menasihati' pimpinan Pas agar mengambil tindakan tegas kepada pemimpin parti itu yang juga ilmuwan Islam kerana menganggap hukum hudud sebagai tidak kondusif dan belum sesuai dilaksanakan di negara ini.

Wakil Pas Wilayah Persekutuan, Zahari Arif berkata, kenyataan-kenyataan yang bercanggah itu menyebabkan isu hudud terus dipolemikkan termasuk tentangan tegar daripada Pengerusi DAP, Karpal Singh.

Beliau dalam ucapannya memberi contoh bagaimana Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa dan jurulatih Terengganu, Peter James Butler yang digantung daripada aktiviti bola sepak kerana mengeluarkan kenyataan mendahului pimpinan tertinggi badan induk bola sepak negara.



Rakyat Malaysia khususnya umat Islam dan orang Melayu perlu berterima kasih kepada PAS kerana berjaya menganjurkan satu persembahan lawak jenaka yang tiada tolok bandingnya pada Muktamar ke 58.


15 November 2012 - Ketua Dewan Ulama Harun Taib kata pakatan pembangkang secara umumnya bersetuju bahawa hukum hudud akan dilaksanakan sekiranya pembangkang berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan pilihan raya umum nanti.

16 November 2012 - Timbalan Pengerusi DAP, Tan Seng Giaw kata, beliau tidak tahu bagaimana isu hudud itu ditimbulkan kembali sedangkan ia telah diputuskan semasa konvensyen tersebut (Konvensyen Pakatan Rakyat 12 Disember 2009). "Itu yang disebut, agenda bersama pakatan Buku Jingga tetapi tidak tahu macam mana ada isu lain pula timbul," katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian Muktamar Tahunan Pas Ke-58, di sini hari ini.

16 November 2012 - Wan Azizah kata pakatan pembangkang secara umumnya bersetuju bahawa hukum hudud akan dilaksanakan sekiranya pembangkang berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum nanti.

Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong kata pakatan pembangkang sudah mempunyai dasar bersama yang dipersetujui iaitu Buku Jingga bukannya hukum hudud.

16 November 2012 - Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang langsung tidak menyentuh pasal hudud. Hadi Awang mahu jentera parti siap siaga menghadapi pilihan raya umum.

17 November 2012 - Muktamar meluluskan dua usul iaitu penubuhan sebuah unit audit syariat. Satu lagi usul ialah mendesak kerajaan Malaysia melalui Parlimen menerima usul tergempar berkaitan Palestin dan penduduk Rohingya yang dibawa oleh Dewan Pemuda Pas Pusat.

17 November 2012 - Perwakilan mahu pertahan perlaksanaan hukum hudud dan mengambil tindakan tegas kepada pemimpin parti itu yang juga ilmuwan Islam kerana menganggap hukum hudud sebagai tidak kondusif termasuklah tentangan tegar daripada Pengerusi DAP, Karpal Singh.



Soalan bonus untuk ahli dan penyokong PAS ...

Mengapa agaknya Muktamar kali ini tidak meluluskan usul mahu melaksanakan hukum hudud dan penubuhan negara Islam?

Bagaimana mahu melaksanakan hukum hudud dan penubuhan negara Islam jika tiada usul yang dibentangkan, dipersetujui sebulat suara dan diluluskan dalam Muktamar ke-58?

PAS mahu menang atau tidak?



Maka dengan ini Muktamar Tahunan Pas Ke-58 bakal menjadi Muktamar Terakhir PAS untuk berbohong dan memperbodohkan ahli dan penyokongnya mengenai perlaksanakan hukum hudud dan penubuhan negara Islam.

Muktamar-muktamar selepas ini bakal menjadi medan bagi kepimpinan PAS untuk menjual 'ubat pelaris dan minyak senyonyong' hukum hudud dan negara Islam.

Setiap kali muktamar diadakan ... setiap kali itulah ahli dan penyokong PAS diperbodohkan oleh kepimpinan parti.



Apa itu Muktamar bagi kepimpinan tertinggi PAS dalam PAKATAN RAKYAT  ...




Apa pula Muktamar sebenarnya bagi ahli dan penyokong PAS dalam PAKATAN RAKYAT ...




Macam mana mahu dilaksanakan hukum hudud dan negara Islam jika langsung tidak ada usul yang dibentangkan, dipersetujui sebulat suara dan diluluskan ...

Usul mana bang ? Faham ke tidak kepentingan usul ? ...

Tak ke gila dan haram jadahnya permainan politik PAS ini ...



11 comments:

Anonymous said...

Pas...oh...Pas, nak kata ahli Pas bodoh tidak berapa patut sebab rata-rata ada pelajaran. Tapi entah otak jenis apa atau yang masuk Pas semua tu bukan dari kalangan melayu yang ada otak yang mampu berfikiran mana satu logik atau auta... Pemimpin Pas rata-rata bergelar Ulama tapi kita pun sebagai orang islam malu bila melihat gelagat dan yang mereka sebarkan. Kita yang tidak berapa arif tentang agama islam pun tau yang mana logik atau auta.. Seburuk-buruk ahli UMNO serta para pemimpinnya tidak lah seperti perangai para ahli Pas dan Pemimpinnya. Oleh Ahli Umno dulu,kini dan selamanya.

SERBAN HIJAU said...

PAS dulu kini dan selamanya hidup dalam celaru.

Itu lah gajaran yang mereka dapat dari Allah swt kerana lidah mereka tak pernah guna " hand brake "

Slogan PAS

" Dilarang Mengguna Handbrake Semasa Bercakap "

Anonymous said...

Habis,dah Bossnya hanya nak jadi Khadam,maka pengikutnya mestilah patoh dgn rela jadi anak Khadam ditunggangi olih PKR dan DAP.Memalukan orang Melayu je.

Anonymous said...

Memang tepat jika PAS adalah acronym bagi Parti Ajaran Sesat.

Anonymous said...

Harun Taib kaki menipu & munafiq. Tgk muka pun dah tau.

usin said...

mana satu lebih bodoh. berjaya menipu org ke berjaya menipu diri sendiri.

Anonymous said...

Khadam tu jawatan tinggi dalam PAS la.

Anonymous said...

Tak baik samakan pas dengan kaldai, malulah kaldai, sedang kaldai binatang yang banyak berjasa kepada manusia.

Anonymous said...

I discovered your site on http://mediawangsamaju.

blogspot.com/ and I'm very glad I did. It's like you read my mind.
You come across as knowing a great deal regarding this, like
you authored a textbook on it or something like that. While I think some extra media
like some pics or a couple of videos, this will be a fantastic resource.
I will most definitely be back.

Feel free to visit my page; calabacín

Anonymous said...

My name is %name&% and first off I would like to say superb website.
If you don't mind, I just have one quick question. What do you do to clear your mind and find your center of focus before you sit down to write? Lately I just can't get my head clear so that I'm prepared to work on my ideas. I truly do love writing, however it just seems like the first 10 to fifteen minutes are lost simply just trying to decide how to start off. Do you have any advice or tips?

My blog: http://Unlockiphone.in

Anonymous said...

Hi my loved one! I want to say that this post is awesome,
great written and include almost all vital infos.
I'd like to peer more posts like this .

Look into my webpage ... boutons de manchette