BODOH BAHLOL ... Anwar Memang TAK FAHAM Bahasa - Bob Carr
Australia tidak akan mempengaruhi cara pilihan raya umum dilaksanakan di Malaysia walaupun menerima rayuan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menteri Luar Australia Senator Bob Carr, berkata pilihan raya di Malaysia adalah urusan rakyat Malaysia sendiri.
"Amat sukar bagi Australia berbuat sesuatu mengenai cara ia dilaksanakan, sama sukarnya bagi Malaysia atau kerajaan lain untuk menganjurkan bagaimana pilihan raya di Australia perlu diadakan.
“Kami bukan pihak berkuasa pilihan raya bagi Malaysia,” katanya kepada ABC Radio di sini.
Carr bagaimanapun berkata, Australia ingin melihat pilihan raya diadakan secara bebas dan adil di semua negara.
Anwar dilaporkan menulis kepada Carr, meminta Australia membantu dalam memastikan pilihan raya umum akan datang di Malaysia, yang berkemungkinan diadakan awal tahun depan, bebas daripada penipuan dan rasuah.
Carr berkata, Anwar secara peribadi menimbulkan kebimbangan itu dalam pertemuan mereka ketika beliau melawat Malaysia baru-baru ini.
Beliau juga menolak andaian bahawa Australia akan menghantar pemantau pilihan raya ke Malaysia dan menegaskan perkara itu perlu dipohon oleh Malaysia.
Carr turut menangkis andaian Canberra enggan bertindak kerana ingin memelihara hubungan baik dengan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang pihaknya sedang mengadakan rundingan berkaitan perjanjian pertukaran pencari suaka.
0 comments:
Post a Comment