Tuesday, November 20, 2012




"Persoalannya, angka manakah yang harus diterima pakai? Di manakah lokasi sebenar perumahan ini? Apakah justifikasi yang dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri dalam menentukan jumlah rumah yang akan dibina di sesuatu kawasan dan siapakah pemaju yang membina rumah tersebut?

"Melihat kepada angka-angka yang dikeluarkan, Kerajaan Negeri sebenarnya cuba mengaburi mata rakyat Selangor dan memberikan indikasi bahawa mereka kononnya selama ini berusaha untuk menyediakan rumah mampu milik kepada Anak Muda di Selangor," katanya kepada pemberita pada Sidang Media di bangunan UMNO Shah Alam.

alt

 alt

Pengerusi SERANG itu turut melahirkan rasa terkejut kerana statistik jawapan yang diberikan ketika Sidang DUN dengan iklan yang yang dikeluarkan tidak konsisten dan sangat berbeza malahan beberapa kawasan yang diumumkan mengalami pertambahan mendadak dan penurunan sekaligus menimbulkan tanda tanya sama ada statistik jawapan ketika Sidang DUN itu adalah 'fact and figure' atau rekaan semata-mata.

alt

 alt

"Akan tetapi, amat mengejutkan apabila statistik jawapan yang diberikan ketika Sidang DUN beserta iklan yang telah dikeluarkan tidak konsisten dan sangat berbeza sama sekali," tegasnya lagi.





Read More, KLPOS


0 comments: