Sunday, November 18, 2012


Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini menggelarkan Umno sebagai murtad dan berkata PAS bertindak betul dengan mengadakan sembahyang hajat, mendoakan bala Allah untuk menghancurkan parti pemerintah itu.

“Bila Umno buang Islam, maka Umno agama apa? Saya ulang lagi sekali, bila Umno tolak Islam dalam dasar hidup dia, maka agama apa yang Umno pakai? Bila Umno tolak Islam dalam dasar parti dia, maka Umno sama ada Kristian kah, Buddha kah atau tidak ada agama?.

“Timbul masalah murtad...orang Melayu murtad ini kerana orang Melayu sendiri memperlekeh Islam...Umno menolak Islam, maka nampak dia memperlekehkan Islam,” kata Nik Aziz pada sidang media selepas muktamar PAS.

“(Jadi) tak salah lah,” kata beliau apabila ditanya sama ada bersetuju dengan sembahyang hajat yang dipimpin oleh adiknya, Nik Razi Nik Mat memohon bala Allah bagi menghancurkan Umno dan Barisan Nasional.

Nik Aziz mendakwa Umno menolak Islam dan justeru PAS berhak untuk mengadakan sembahayang hajat sedemikian.

“Bila Umno tolak Islam, tak kan nak biar?,” kata beliau.

Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang sebelum ini melabelkan Umno sebagai khurafat dan mendakwa ideologi nasionalisma parti itu bercanggah dengan Islam.

sumber : ANTARAPOS



Seperti kata rakan blogger tersohor GWM, RBF ONLINE ...

RBF Online

Ana ahli Umno, selama ini dan sampai hari ini ana masih lagi berpegang kepada rukun islam yang lima....

Mengucap dua kalimah syahadah.
Menunaikan solat fardu lima waktu
Berpuasa pada bulan Ramadan
Membayar zakat
Mengerjakan ibadat haji

Selain berpegang kepada rukun islam ana juga percaya kepada enam rukun iman....

Percaya kepada Allah
Percaya kepada Nabi dan Rasul
Percaya kepada Malaikat
Percaya kepada Kitab
Percaya kepada Hari Akhirat
Percaya kepada Qada dan Qadar

Yang ana tidak pegang dan tidak percaya kepada Parti Islam Semalaysia kerana ianya tidak ada dalam rukun islam dan rukun iman. Dan ia hanyalah sebuah parti atau organisasi yang dibuat oleh manusia, bukannya wahyu yang diturunkan oleh Allah.

Adakah kerana ana tidak memilih organisasi itu dan memilih Umno sebagai wadah perjuangan maka ana sudah murtad ?

Adakah islam yang diturunkan oleh Allah dan diajar Nabi kita begitu mudah membuang umatnya dan sezalim itu ?

Ana menyertai Umno sejak usia 19 tahun dan sepanjang penglibatan anda sehingga ke hari ini tidak pernah sekali pun Umno menghalang ana dari mengucap, sembahyang, berpuasa , bayar zakat dan kerjakan haji.

Umno juga tidak pernah keluarkan fatwa meminta ahli-ahlinya tinggalkan rukun iman dan hanya percaya kepada Presiden Umno atau pelembagaan Umno sahaja.

Terima kasih Nik Aziz kerana memurtadkan Umno....muktamar terakhir sebelum menjelang pilihan raya yang sepatutnya digunakan untuk menunjukkan kehebatan dan kebolehan mereka nampaknya telah bertukar menjadi muktamar untuk menyembelih diri mereka dalam pilihan raya kelak.

Hari ini seluruh dunia dapat menyaksikan sekeping hati Pas yang busuk dan hitam di sebalik bau-bauan minyak atar yang dipakai serta ketayap dan jubah mereka yang putih.





https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiYrSak75wIDY8J8a9ITKnT6IQwYmz2DPU27-8Nk-ziPGy-JMo-ex8GmhBjjexONIcYOu-4PillOS8jgD1frOtqXSGwsjIZ0_FD8eO95LmEVEBOabytVFWNgdeNa7gRmz36VDpu0rXVTFlD/s400/PORKY+NICK+002.jpg





Nilaikanlah dengan sejujur-jujurnya ... siapa yang memperlekeh dan mempermainkan Islam sebenarnya.



26 comments:

Anonymous said...

Pelik dengan Pas.. dioarang ja rasa lebih islam.. jadi islam yang asal kat Mekah tu yang takda parti Pas tu tak islam ka???

bara:-

Anonymous said...

Muka Hj Hadi buruk. .tak de ciri2 pemimpin pun . tak bersinar . .muka kotor tak shave cantik2 pun. .geli!!!!

Anonymous said...

sokong tok guru..

Anonymous said...

tidak salah lah budak2 yg kencingkan gambar dia. Dia harus dikencingkan.

wasim46 said...

Muka mcm muka cina Hailam perangai mengalah yahudi penuh dendam dan mabuk kuasa tok guru ni layak utk ahlolnye n kaum kerabat pada ambo dio ni leboh bahaya dr lim kit sial

Anonymous said...

Hari ini mungkin berjuta ramainya rakyat Malaysia dab berbilion lagi rakyat diseluruh dunia yang beragama ISLAM diisytiharkan murtad dan kafir oleh Nik Aziz. Sebab utamanya adalah kerana mereka menolak PAS (yang diumpamakan oleh Nik Aziz seperti menolak ISLAM). Bagi aku ISLAM adalah agamaku..PAS bukan parti pilihanku..Aku tidak akan murtad selagi aku berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah Rasul Saw.

Anonymous said...

Parti itu bukan agama wahai Pak Nik... Jangan jadikan Pas itu agama baru yang sama taraf dgn Islam...bertaubat la sebelum Allah membalik kan apa yang diucapkan...Subhanallah..

wasim46 said...

Bangga dgn anon 10.59

Anonymous said...

Lawok. Makin ke tua, makin ke nyanyok. Rugi lah hidup ini andai dah tua sampai ke tahap ini. Sepatutnya ilmu itu nampak semakin lama semakin tinggi, ni yang nampak semakin lama semakin menjunam. Habis, punah dan hancur.

belang said...

umno jek dia caci..abis tu org islam dlm pkr tak murtad? dorang pon tolak islam? org islam dalm DAP lagu mana pulak...lagi la over my dead body? takkan tak murtad jugak? caner ni nik aziz?? main sebat je xmau langsung pikir..camnela jd MB..

Anonymous said...

Seakan-akan berfahaman
syiah yang mengkafirkan para sahabat.
Apakah kenyataan Nik Aziz itu berupa Fatwa Kebangsaan yang telah dipersetujui oleh Majlis Fatwa Kebangsa. Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan tidak ada kepentingan politik manakalah Fatwa ahli /pemimpin politik pasti mempunyai matlamat politik. PKR yang diterajui dan dianggotai oleh orang Melayu Islam tu bagaimana? Orang Melayu Islam dalam DAP (parti yang terang-terang menolak Islam)tu bagaimana? Allah wualam. Marilah kita "TANYALAH TOK-TOK GURU PAS (HJ HADI/ NIK AZIZ)

Anonymous said...

allah itu maha adil.....kepada pengomen2 diatas sudah2 lah....sama2 lah kita berdoa agar semua parti yg berada di malaysia mendapat hidayah daripada allah dan bersatu dalam mentadbir negara.....kebenaran itu akhirnya akan muncul.....inilah tanda2 kiamat dimana manusia saling benci membenci dan saling tuduh menuduh untuk kepentingan diri masing2

usin said...

program MAHARAJALAWAKDEWARAYA siri terbaru sudah bermula. nik aziz, demi mengiakan doa adiknya nik razi, dgn bersahaja mengatakan umno tolak islam, umno tiada agama. dua beradik yg makin sesat barat dlm hutan banat dek kerana perasaan dengki dan busuk hati. dlm wawancara dgn press, nampak jelas wajah nik aziz yg sgt marah sampai lupa beliau dh tua ganyut dan tidak layak langsung bersikap egois, riak dan marah mcm tu. kalaupun jeles dgn umno, sorok2 la emosi tu sikit.
utk makluman nik aziz, baca perlembagaan umno. bagaimana umno meletakkan agama Islam dalam perlembagaannya. berbanding dgn pas yg tetiba je, dek kerana kecut telurnya kpd dap dan pkr terus buang Islam dan hudud, gantikan dgn kebajikan, jd spt doktrin sosialis @ kominis....

Anonymous said...

tahap apela agaknya pengikut2 PAS nie sampaikan dh tk dpt nk menilai...ilmu yg dicari telah diselewengkn oleh ostad2 PAS...sebenarnya ulamak tk wujud dalam PAS jika kite dpt menilai....wallahualam.

Anonymous said...

N.Ajis cakap Setan kirim salam kat hangpa semua sebab dia kawan setan.

zam said...
This comment has been removed by the author.
Melayu said...

"Ya Allah...Mudahkanlah perjalanan kami ke Putrajaya, kuburkanlah PAS dan NIK AZIZ dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 ini (diulang sebanyak tiga kali). Ya Allah...Hukumkanlah PAS. Ya Allah...Hukumkanlah PAS dan NIK AZIZ. K.O! NIK AZIZ, K.O! NIK AZIZ, NIK AZIZ K.O!, K.O! NIK AZIZ, NIK AZIZ K.O!, NIK AZIZ K.O! dalam PRU-13 ini Ya Allah.

"Kalau Kamu pernah tenggelamkan Firaun di dalam laut, Kamu izinkan bumi Mu telan Qarun. Ya Allah...Kamu telah laknat Namrud dan begitu juga Abu Lahab. Maka sungguh mudah untuk Kamu menjahanamkan PAS dan NIK AZIZ dalam PRU-13,"

Pak ya said...

Allahhuakbar...apa kena dengan orang orang pas ni dimalaysia...tak belajar cara berdoa ke...Malu nak kata pemimpin pas berpendidikan tinggi dlam agama tapi kini baru kita tahu..depa ini bukan ulama yang tersohor tapi ulu punya mama yang disorokkan ,,,kalau dah hadi ini kata ok untuk orang pas berdoa kerana dizalimi...masa bila penganut pas ni dizalimi...kena makan babi ke kena potong tangan ke.. kena sula ke..yang nik aziz ni tak takut ke bila berdepan dengan Allah swt nanti ditanya kenapa kafirkan umat Muhammad,,dan kenapa doakan yang buruk utk umat Muhammad..depa ini nak jawab apa nanti.. umur dah nak sampai penghujung Allah masih bagi masa bertaobat,,,jangan sia siakan masa itu dan pengikut pengikut penganut pas ni baik balik kepangkal jalan ....belum terlewat lagi..kita dah boleh katakan pemimpin pas ini dah tak betul..tingalkan aje..susah nak jawap dikemudian hari..

Anonymous said...

DOK JAJA UMNO TOLAK ISLAM NI AMENDE LA NAJIS OII..UMNO TAK PENAH TOLAK ISLAM LA TAPI TOLAK PARTI PAS PIS PUS SAJA.SAPA TAK NAK SOKONG DIA SEMUA DIKIRA TOLAK ISLAM..APA KEJADAH LA PUAK2 PAS NI.

Anonymous said...

Dear Nik Ajis & PAS,

Firstly...syabas! Syabas! Kasi doa byk2 hancurkan UMNO...Tahniah utk sume yg mendoakan UMNO jahanam...dah lama saya nak nengok parti UMNO nie berkubur supaya senang keje saya nak sesatkan korang2 sume...oh ya...tok gundu nik ajis...nak bagitau ramai geng2 syaitan saya dah join tok gundu punya parti PAS...ramai gak yg tanya hudud PAS cover jin ngan syaitan tak...?

Your best friend....

SYAITAN

Anonymous said...

KITA BERSANGKA BAIK DAH LE. DIA DAH TUA AND STILL LIVING IN HIS PAST !!! DIA MASIH DI TAKUK LAMA MCM DULU. DIA INGAT ZAMAN NI ORG NAK IKUT KE DOA GILE DIA TU??? SKRG ORG DAH PANDAI PINTAR DAN TERDIDIK. NAK TANYA TUAN GURU NIH, DAH BERIBU DOA UTK PECAH PERUT TUN , DOA HANCURKAN UMNO SEJAK PULUHAN TAHUN DULU SAMPAI BARU2 NI DIULANG BALIK HANCURKAN UMNO DAH LABELKAN UMNO KAFIR. TAK PENAT KE TOK GURU????? KALAU SAYA DAH PENAT DAH SEBAB SATU PUN TAK DIMAKBULKAN ALLAH. YANG DIMAKBULKAN ADALAH DOA ORG2 UMNO - MSIA TERUS MAJU,TERUS DIPERINTAH OLEH MELAYU,BYK MERCU TANDA ISLAM MASJID ETC TAK TERKIRA BYK NYA. TAPI DOA TOK GURU SATU PUN TAK MAKBUL.... SUDAH2 LA TU, MULUT TU DAH PENAT BERDOA SIA2 AKHIRNYA CAKAP2 YG BUKAN2, FATWA GILE PUN BYK TOK GURU KELUARKAN. SEPATUTNYA BILA BERDOA, KITA MINTAK BENDA2 BAIK MCM LULUS PERIKSA, DAPAT REZEKI LEBIH, TERPELIHARA KESIHATAN ETC TAPI PELIK BENAR PULAK CARA TOK GURU DAN ANAK2 BUAH TOK GURU NI. KELAKAR PUN ADE....

Anonymous said...

Siapa2 yg menjadi pemimpin dari kalangan melayu islam kelak,tolonglah jaga agama islam dgn baik.Jagalah kekayaan dari hasil yg sebaik2nya.Manafaatlah kekayaan yg di perolehi dgn bijak.Jagalah menonjol kekayaan dgn mempamerkan kemewahan harta di dunia,hasil perolehan yg salah andai di kira dari hasil pendapatan kecuali yg sebenar2nya sebagai ahli perniagaan .Jagalah hati rakyat dan amanah dari rakyat.Kenalilah dan fahamilah budaya org melayu dgn sepenuhnya.Jadilah pemimpin yg bijak.Keutamaan kebendaan,kekayaan wang ringgit, sudah menjadi kegilaan masyarakat melayu kita,sehinggakan agama di letakkan di barisan yg terakhir.Isu murtad amat ketara sekarang nie.Tukarlah cara,gaya yg terbaik utk menjaga agama.Jutaan melayu ,jgnlah nak menyumbang secara segaja atau tidak sengaja memesongkan penampilan syariat wanita islam kepada kehidupan moden dan melanggar adap,adat dan resam org melayu yg syarie dlm islam.Berilah Sumbanglah yg terbaik kepada umat dan agama islam.

Anonymous said...

Mereka yang beragama PAS sememangnya benci dengan orang UMNO yang beragama Islam. Mereka akan cuba terus menyesatkan dan memecah belahkan orang2 Islam di negara ini. Amanat Hj Hadi mengkafirkan org UMNO yg dah tentu beragama Islam kerana dia beragama PAS. Dan MURTAD maksud N Ajis kerana tak seagama dengan orang beragama PAS.

Anonymous said...

Kenyataan orang tua nyanyuk bernama Nik Aziz: Apa bukti saya kafirkan orang UMNO?

KOTA BHARU 17 Feb. - "Apa bukti saya mengkafirkan orang UMNO?" tanya Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika mengulas dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap dirinya seperti disiarkan oleh akhbar hari ini.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, kewajipan beliau sebagai seorang Islam ialah untuk memberi tazkirah iaitu mengingatkan mereka tentang masa depan dan tindakan tersebut tidak boleh dianggap sebagai angkuh.

Menurutnya, Nabi Muhammad SAW sendiri pernah ditegur oleh malaikat kerana menegur seorang makmum menggunakan kayu sugi ketika memintanya membetulkan saf dalam solat.

"Nabi Muhammad kena tegur dek malaikat, inikan manusia biasa. Macam Mahathir ini apa kelebihan dianya, tak boleh tegur melenting selalu," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri itu yang menyatakan tujuan hidup Mursyidul Am Pas itu hanya untuk memenangi pilihan raya dan kemudian menjadi pemerintah bersama DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dr. Mahathir berkata, Nik Abdul Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam UMNO, dalam masa sama bersedia bekerjasama dengan syaitan menjayakan perjuangannya.

Mengulas lanjut, Mursyidul Am Pas itu berkata, orang yang angkuh ialah mereka yang melawan Islam sebagaimana disebut dalam al-Quran.

Ditanya kemungkinan kenyataan bekas Perdana Menteri itu turut merujuk kenyataannya semasa pilihan raya kecil Tenang baru-baru ini, Nik Abdul Aziz menegaskan:

"Sokong Pas ertinya sokong Islam. Dia dua episod, pertama, sebelum Nabi Muhammad mari, itu kita panggil jahiliah.

"Yang kedua, selepas Nabi Muhammad mari. Bila Nabi Muhammad mari, pakat tak sokong juga, jadi serupa jahiliah.

"(Maksudnya, tidak menyokong perjuangan Islam itu) jahiliah. Ertinya tak berganjak. Nabi Muhammad datang ke dunia ini bawa era baru, kita panggil era Islam. Haram judi, rasuah, zina dan sebagainya. Sampai keluar lesen judi haram tu tak jahiliah lagi. Sebut jahiliah kena marah, hakikatnya jahiliah."

Menurut Nik Abdul Aziz, kenyataan Dr. Mahathir itu hanya menunjukkan beliau seorang yang tidak boleh ditegur dan akan melenting apabila ditegur.

Ditanya adakah semua kenyataan bekas Perdana Menteri itu mengenai dirinya tidak betul, Nik Abdul Aziz berkata: " Tak. Dia sebut saya angkuh, saya mana angkuh, angkuh ini makna sombong, tak terima hok orang lain."

Mengenai kenyataan Dr. Mahathir beliau menggunakan agama untuk politik, Nik Abdul Aziz sebaliknya berkata, Nabi Muhammad turut menggunakan agama.

"Nabi Muhammad guna apa kalau tak guna agama. Apa yang dia marah saya, marah Nabi Muhammad lah. Nabi Muhammad guna agama.

"Boleh jadi dia marah ini kerana dia fikir agama ini sembahyang, puasa, nikah kahwin, tengok anak bulan, itu je yang agamanya, sedangkan agama ni menyeluruh, sempurna. Tolak agama ambil nasionalis, apa nama kerja ni," katanya.

wasim46 said...

Ambo faham maksud anon 10.25 ambo nok royak mahathir walaupun dia bukan ulamak dio banyak mertabakan maruah ugamanya dan bangsa nika ajis pulak lagak mengalahkan nabi tapi hasilnya tengok kelantan doh 20 tahun bwh dio negeri tambah miskin rakyat makin ramai hijrah jenayah jangan ceritala harta doh abis sikap rakyat jdi makin tak islamic ambo pun nok tau apo kejayaan dio pada rakyatnye tlg royak mai kalu ado ambo sokong pas

Anonymous said...

suka hati kepala bapak dia je nak murtadkan org... si betina puaka yg terang2 sokong murtad tu boleh plak dia kecualikan?bila la dajjal ni nak mapuh?punah org islam kat malaysia ni dibuat oleh durjana2 ni