Sejak bila kerajaan Malaysia memberi mandat kepada Anwar Ibrahim untuk mewakili negara memberi pendapat persetujuan terhadap kewujudan dua negara (two state solution)?
22 Jan 2009 - Penduduk Gaza muak janji rejim Zionis
‘USAH percaya janji Yahudi...mereka dilahirkan sebagai penipu besar’ adalah kata-kata yang kerap kedengaran daripada sebilangan besar penduduk Gaza yang tidak mempercayai cadangan gencatan senjata oleh rejim Zionis itu
Sebahagian penduduk palestin yang menjadi pelarian sementara sejak dua minggu lepas kembali pulang dengan memungah barangan rumah mereka di pintu masuk Rafah-Palestin di Gaza, Palestin - Gambar Tun Izhar Tun Ishak
Bagi mereka yang sudah lali dengan serangan tentera Yahudi sejak lebih 60 tahun lalu, mereka cukup masak dengan tipu muslihat golongan ‘iblis’ bertulang manusia itu.
Wartawan yang sempat berbual dengan beberapa pemandu teksi di sebuah kedai menjual syarwarma (kebab) berhadapan bangunan mahkamah yang ranap dibedal peluru berpandu Israel, mengakui kebenaran ini.
22 Jan 2009 - Pelukan hiba diiringi linangan air mata
Oleh Jamilul Anbia
anbia@hmetro.com.my
SEBAIK selesai mengerjakan solat maghrib di Masjid Al-Shahid, Gaza, seorang lelaki separuh abad mendekati kami (wartawan) sambil menghulurkan salam dengan wajah penuh keikhlasan.
Ahmad Bakhtia Ragab,25 mengangkat tangannya sambil menjerit 'Jahanam Israel' di celah runtuhan bangunan yang dimiliki oleh bapa saudaranya setahun yang lepas di sekitar bandar Gaza di Palestin - Gambar Tun Izhar Tun Ishak
Salam berkenaan lantas disambut hangat sebelum lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Fared tunduk dan bersimpuh rapi di sisi wartawan.
Dia lantas bertanya dari mana asal wartawan tanpa mahu melepaskan genggaman salam erat antara kami di tangan.
Sejurus diberitahu wartawan berasal dari Malaysia dan datang ke negara itu untuk membuat liputan berita derita perang rakyat Palestin, lelaki berkenaan lantas memeluk wartawan sambil mengucap syukur berulang kali.
23 Jan 2009 - Rela mati demi Palestin
Oleh Jamilul Anbia
anbia@hmetro.com.my
PELUANG berbual dengan seorang pengikut Fatah, Sami Jouroni, 31, jelas membuka mata terhadap perjuangan tidak sudah warga Palestin terhadap kekejaman Israel yang disifatkan iblis jahanam di muka bumi.
Sami yang berasal dari Gaza City, namun berhijrah ke Al Arish, Mesir, sejak beberapa tahun lalu mendakwa menggunakan peluang yang ada untuk membantu sanak-saudaranya yang masih terkepung di Gaza.
Faris Hamdan Mahmud, 67, bersama anak saudaranya, Al Rafah Saiedi,6, merasa pilu dan sedih akibat kemusnahan rumahnya serta kematian kaum kerabatnya di kampungnya, Zaitun Selatan di Gaza City,Palestin - Gambar Tun Izhar Tun Ishak.
Mengapa Anwar Ibrahim masih lagi membisu tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengutuk serangan ganas terbaru yang dilakukan oleh regim Zionis ini?
Sehingga kini ... Anwar Ibrahim seharusnya tidak membohongi rakyat tujuan sebenar beliau mahu mengiktiraf negara Israel dan menyokong keselamatan regim Zionis.
Sepanjang kajiselidik yang dilakukan dari Julai 2011 hingga Februari 2012, majoriti besar rakyat Palestin tidak pernah sama sekali mengiktiraf kewujudan negara Israel.
Bagi rakyat Palestin, mengiktiraf kewujudan Israel bermaksud sanggup mengisytiharkan penyerahan tanah yang dirampas secara sukarela, mengenepikan maruah, menafikan naratif sejarah dan identiti bangsa Palestin.
Pengiktirafan hanya akan mengesahkan tuntutan regim zionis terhadap 'kelahiran semula bangsa terpilih' dan hak eksklusif Israel.
Bagaimana Anwar Ibrahim sanggup berbohong dan melacurkan rakyat Palestin kononnya mereka telah dan sanggup memberikan pengiktirafan terhadap Israel?
Rakyat perlu menuntut penjelasan yang nyata sehingga kini Anwar Ibrahim masih terus membisu tidak mahu memberikan sebarang kenyataan yang telah dikeluarkannya.
Dan dalam isu serangan terbaru ini ... Mengapa Anwar Ibrahim masih menikus dan gentar mengutuk serangan Israel secara terbuka terhadap Rakyat Palestin?
Home
»
»Unlabelled
» Gaza Diserang ... Saya Tetap SOKONG KEWUJUDAN NEGARA ISRAEL - Anwar Ibrahim
Saturday, November 17, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
nwar berahi ... baka ...r pi danau mental la ... malaysia ...
ko memang sial le nuar....
Kewujudan Israel tu Anwar dah sokong. Kenyataan bisa dia tu ialah: Saya menyokong keselamatan negara Israel!
Lepas kena balun dia kencing pulak nak cover langsung dia kata: Penyelesaian 2 negara.
Ugama apa lah dia ni.. memang tak boleh ikut orang macam ni. Neraka punya orang
Aikk mn penyokong pembangkanng nah! Kami memberi bukti yg sahih.. knp tk komen knp? Mn maki hamun kamu semua ataupun kamu nk katakan SALAH UMNO SALAH BN walaupun dah terang lg bersuluh.
Post a Comment