Presiden Persatuan Alumni Asrama Yayasan Selangor, Capt (B) Azme Dollah hari ini mempersoalkan tindakan Yayasan Selangor untuk menutup asrama yayasan tersebut.
Menurut Azme, Yayasan Selangor yang di bina di kawasan politik Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang juga merupakan Pengerusi yayasan tersebut itu seolah-olah bercanggah dengan matlamatnya apabila mengambil tindakan tersebut (menutup asrama).
"Kenapa perlu tutup asrama Yayasan Selangor? Yayasan Selangor kelihatan seolah-olah bercanggah dengan matlamat," katanya kepada pemberita di sidang media di Bangunan UMNO di sini.
Menurut Azme, pihaknya mendapat maklumat bahawa Asrama Tun Dr. Ismail (ATDI) dan Asrama Toh Puan Norasikin (ATPN) di Kampung Pandan A akan ditutup.
Read More, KHALID IBRAHIM BUNUH PENDIDIKAN ANAK MELAYU
Keputusan Yayasan Selangor (YS) untuk merobohkan dua buah asrama pusatnya di Kampong Pandan dekat ibukota kerana mengalah dengan pembangunan persekitarannya terus mengundang rasa marah dan geram bekas-bekas pelajar yayasan itu.
Alasan paling dangkal pernah diberikan adalah ... mengenal pasti satu tapak kawasan belum diterokai bernilai RM50 juta di Ijok yang berdekatan dengan Universiti Industri Selangor (Unisel) di Bestari Jaya.
Tanpa melihat kepada dasar Asrama Yayasan Selangor ditubuhkan sejak tahun 1973 bertujuan membuka peluang kepada anak Selangor daripada luar bandar yang mendapat keputusan cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk menerima pendidikan di sekolah menengah terbaik di sekitar Lembah Klang.
Perlu apa diletakkan kembali anak-anak cemerlang di luar bandar ini kembali ke kawasan di luar bandar?
GWM anggap Pengurus Besar Yayasan Selangor Ilham Marzuki, sebagai pengurus paling bodoh pernah dilahirkan oleh organisasi ini ... cukup dikatakan kegagalan Khalid Ibrahim menyelesaikan masalah paling asas pendidikan anak-anak luar bandar.
Mustahil Ilham Marzuki tidak mempunyai pengetahuan dan rekod bahawasanya penghuni Asrama Tun Dr Ismail (ATDI) ini mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, SMK(L) Victoria, SMK(L) Methodist, SMK Jalan Cochrane, SMK(L) St John dan SMK(L) Bukit Bintang.
Begitu juga dengan penghuni Asrama Toh Puan Norashikin (ATPN) yang mendapat pendidikan di SMK Aminuddin Baki, SMK(P) Convent, SMK Seri Bintang Utara, SMK Jalan Cochrane, serta SMK(P) Assunta dan SMK(P) Sri Aman di sini.
Inilah asas ditubuhkan Asrama Yayasan Selangor agar kecemerlangan anak-anak ini dalam bidang pendidikan diteruskan di sekolah menengah terbaik di sekitar Lembah Klang.
Yayasan Selangor ... salah satu anak syarikat milik kerajaan negeri pada asalnya ditubuhkan pada tahun 1970 melalui agenda Dasar Ekonomi Baru (DEB) memberi peluang kepada masyarakat luar bandar menikmati kemajuan pendidikan setaraf dengan golongan masyarakat di bandar sekaligus merapat jurang perbezaan antara status sosial.
Bukankah ini suatu langkah ke belakang dan membunuh agenda DEB dan peluang kepada masyarakat luar bandar menikmati kemajuan pendidikan setaraf dengan golongan masyarakat di bandar?
Atas alasan apa sebenarnya kesungguhan Khalid Ibrahim melalui Yayasan Selangor mahu mencampakkan kembali anak-anak ini kembali ke luar bandar?
Jadi memang benar apa yang diperkatakan oleh Presiden Persatuan Alumni Asrama Yayasan Selangor, Capt (B) Azme Dollah ...
"Alumni berpendapat bahawa penutupan kedua asrama ini adalah rancangan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk membangunkan tapak asrama ini bagi tujuan mendapatkan pulangan wang," ujarnya. - KLPOS, 8 November 2012
Difahamkan, Asrama Tun Dr Ismail (pelajar lelaki) dan Asrama Toh Puan Norashikin (pelajar perempuan) yang terletak secara bersebelahan di Kampung Pandan itu tidak lagi digunakan kerana tapak kawasan itu nanti akan digunakan bagi projek pembangunan serta pusat beli-belah. - FREE MALAYSIA TODAY, 12 Mei 2011
Rupa-rupanya projek pembangunan dan pusat beli belah adalah objektif utama di balik tadbir penutupan Asrama Tun Dr Ismail (ATDI) dan Asrama Toh Puan Norashikin (ATPN) di Kampung Pandan.
GWM ucapkan tahniah kepada Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor atas kejayaan menggagalkan agenda Dasar Ekonomi Baru (DEB) dalam memberi peluang kepada masyarakat luar bandar menikmati kemajuan pendidikan setaraf dengan golongan masyarakat di bandar.
Tahniah Khalid Ibrahim ... Tahniah atas kejayaan merampas masa depan anak Melayu yang cemerlang dari luar bandar.
Jika Guan Eng digelar TOKONG ... Khalid Ibrahim mahu bergelar TOK PEKONG
4 comments:
sebenarnya bapak melayu selangorlah yang menjadi punca kerana merekalah yg memberi kuasa kerajaan sekarang,
khalid ibrahim ni ibarat peluru dengan senapang,antara keduanya siapa kah sebenarnya yg membunuh?
Ini adalah proses biasa dlm pentadbiran mana2 kerajaan negeri.. Kepala hotak kau khalid..!!! MB paling bingai dlm sejarah!!!
Kalau IKYS pun dia boleh tutup termasuk asramanya sekali, inikan pula asrama sahaja.
So now u all have to stay with wolf.
Post a Comment