FITNAH, KARUT ... Saya Tidak Kata Rakyat Bebas Pilih Agama - Nurul Izzah
Posted by
Melayu Atas Pagar
|
Tuesday, November 6, 2012
Nurul Izzah panik apabila wartawan menerkam beliau untuk bertanya benar atau tidak beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian.
Anak kepada Bapa Pluralisme ini hanya menjawab sila rujuk kepada laman blognya. Peguam turut menasihatkan Puteri Pluralisme ini untuk tidak membuat sebarang kenyataan.
Bila ditanya sama ada JAIS panggil beliau untuk menjawab kemelut ini, anak kepada Bapa Pluralisme ini berkata ...
"JAIS kena panggil Utusan Malaysia kerana Utusan Malaysia bertanggungjawab mengelaurkan kenyataan saya"
"Saya harap dapat panggil pihak Utusan Malaysia sekalilah pasal mereka yang melaporkan fitnah akidah tersebut".
Hmmmm ...
Barangkali kronologi ini boleh menjadi bahan bukti media-media yang perlu diheret bersama selain dari Utusan Malaysia ...
3 November 2012 : 2.46pm
People should not be compelled to adopt a particular religion and this should also apply to Malays, says Lembah Pantai MP Nurul Izzah Anwar.
"When you ask me, there is no compulsion in religion... how can anyone say sorry, this (religious freedom) only applies to non-Malays, it has to apply equally." she said. - MALAYSIAKINI
3 November 2012 : 9.06pm
People should not be compelled to adopt a particular religion and this should also apply to Malays, says Lembah Pantai MP Nurul Izzah Anwar.
"When you ask me, there is no compulsion in religion... how can anyone say sorry, this (religious freedom) only applies to non-Malays, it has to apply equally." she said. - 1Christians.blogspot.com
5 November 2012 :
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar menegaskan, rakyat tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu dan perkara itu juga perlu terpakai kepada orang Melayu.
Beliau seperti dipetik menerusi laporan portal propembangkang, Malaysiakini berkata : ''Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama... mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata." - UTUSAN MALAYSIA
Dengan segala hormatnya diminta ahli Parlimen Lembah Pantai ini jangan bertindak bacul dengan meletakkan kesalahan hanya semata-mata kepada Utusan Malaysia.
Utusan Malaysia juga mengambil kenyataan beliau dari portal Malaysiakini, yang dikeluarkan pada 3 November 2012, jam 2.46pm.
Tarikh yang sama dikeluarkan oleh sebuah blog 1Christians.blogspot.com.
Ahli Parlimen Lembah Pantai ini perlu mengheret sama portal Malaysiakini dan sebuah blog, 1Christians.blogspot.com untuk berjumpa dengan JAIS.
Tolong hentikan tindakan bacul seperti Bapa Pluralisme Anwar Ibrahim. Kencing berak merata-rata, orang lain dituduhnya ...
Bila MUNAFIK Mendabik Dada ... SELANGOR MULA DI TIMPA BALA
Posted by
Melayu Atas Pagar
|
Kampung Bukit Naga terletak di tengah-tengah antara Shah Alam dan Klang. Pentadbiran pihak berkuasa tempatan dibawah Majlis Bandaraya Shah Alam. Manakala untuk urusan tanah dibawah Pejabat Tanah dan Daerah Klang . Parlimennya pula di bawah P111 Kota Raja dan Dun N50 Sri Muda.

Hampir keseluruhan penduduknya beragama islam. Majoriti penduduk kampung adalah penyokong BN dan kampung itu boleh dikatakan lubuk BN. Untuk keputusan pilihan raya bagi peti undi Bukit Naga ia tidak pernah mengecewakan BN.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini pihak PKR dan PAS sedang berusaha untuk menembusi kampung berkenaan dengan pelbagai majlis dan program. Namun setakat ini usaha mereka belum menampakkan kejayaan yang memberangsangkan.
Dalam usaha mereka untuk memikat pengundi-pengundi Bukit Naga, pada penghujung September 2012 PKR dan PAS telah membawa Anwar Ibrahim ke kampung berkenaan untuk bersolat maghrib dan meyampaikan kuliah maghrib di Masjid Al Bakri, yang juga menjadi landmark kampung berkenaan.
Walaupun penduduk-penduduk kampung tidak setuju dengan tindakan Anwar untuk menyampaikan kuliah dan menyatakan bantahan mereka namun pihak pentadbiran Masjid Al Bakri tidak mampu membuat apa-apa kerana arahan daripada kerajaan negeri.
Dalam masa yang sama mereka terpaksa melanggar titah Sultan Selangor agar orang-orang yang tidak mempunyai tauliah JAIS tidak dibenarkan mengajar agama di masjid-masjid dan surau-surau di Selangor.

Ramai penduduk kampung yang tidak ke masjid pada hari berkenaan kerana tidak rela bersolat dengan diimamkan oleh Anwar Ibrahim. Ruang-ruang dalam masjid hanya diisi oleh penyokong-penyokong mereka yang datang dari luar yang mengikuti konvoi Anwar berceramah di sebelah petang.
Namun kini setelah sebulan berlalu satu perkara yang tidak dijangka telah menggemparkan penduduk kampung. Kira-kira tiga hari lepas iaitu pada 2 November masjid yang menjadi tempat seorang pengamal homoseksual yang berpura-pura alim menyampaikan kuliah maghrib tanpa disangka-sangka telah dimasuki air banjir.
Petunjuk ini jelas dan nyata. Semoga rakyat Malaysia khususnya yang beragama islam mengambil iktibar di atas apa yang berlaku. Jangan kita meletakkan seseorang yang bukan sepatutnya di tempat yang tidak patut kita letak.
sumber : SEL13.com








