Monday, June 6, 2011


Masalah utama orang Melayu dalam bidang perniagaan adalah 'gelap mata' bila dikaitkan dengan wang! kuasa! wanita! ...

Masalah meruncing yang bukan hanya tertumpu pada korporat dalam UMNO semata-mata, PAS dan PKR pun sama sahaja!

GWM suka melihat sudah ramai kelompok 'KORPORAT' Melayu bercambah dalam dunia perniagaan yang semakin mencabar, bukan golongan 'KEPARAT' Melayu! Dua konotasi berbeza, bunyi yang seakan-akan sama ... 'KORPORAT' vs 'KEPARAT'!

Laporan Utusan Malaysia dibawah menunjukkan 'gerak pantas' seorang KEPARAT Melayu apabila 'bangkai busuk'nya semakin terdedah dan meloyakan.


KUALA LUMPUR 1 Jun – UDA Holdings Bhd. (UDA) yang sedang menerima ‘serangan’ bertubi-tubi daripada pelbagai pihak, hari ini digemparkan pula dengan peletakan jawatan Pengarah Urusannya, Datuk Jaafar Abu Hassan selepas enam tahun menerajui agensi itu.

Jaafar dipercayai telah menghantar surat peletakan jawatannya Isnin lalu, sehari sebelum mesyuarat Lembaga Pengarah semalam.

Beliau dipercayai berbuat demikian atas pilihan sendiri kerana sebab-sebab dalaman dan peletakan jawatan beliau sudah diterima oleh Lembaga Pengarah - UTUSAN MALAYSIA

Masalah dalaman yang timbul pada UDA Holdings sebenarnya cukup mudah dihidu dan dikesan.

Semua berpunca dari kegatalan mulut Musa Sheikh Fadzir yang mempertikaikan perlantikan sebuah syarikat Cina untuk pelaburan RM 6.7 billion rancangan pembangunan semula kawasan Penjara Pudu.

Masalah sebenar adalah syarikat 'Ali Baba' Musa Sheikh Fadzir, Tajuddin Abdul Rahman dan ehem,ehem (akan didedahkan tidak lama lagi)... tidak mampu memberi pulangan yang diminta UDA Holdings.

Bodoh benar UDA Holdings jika memberi satu projek bernilai RM billion kepada sebuah syarikat yang mempunyai modal berbayar RM 1 juta ringgit ... ini maut untuk masa depan UDA Holdings! ... Dimana mahu syarikat 'Ali Baba' ini mahu mencari sumber dana billion ringgit untuk membiayai projek bernilai billion ringgit.

Dan perletakan jawatan Jaafar Abu Hassan menguatkan lagi pembabitan beliau bersama dengan syarikat 'Ali Baba' Musa Sheikh Fadzir, Tajuddin Abdul Rahman dan ehem,ehem!


Tuntutan syarat-syarat perletakan jawatan yang tidak munasabah cukup menaikkan kemarahan Kementrian Kewangan dan Pengerusi UDA Holdings Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Siapa Jaafar Abu Hassan mahu menuntut yang bukan-bukan dari MOF dan UDA Holdings ...



8 comments:

dE Lonely said...

sedap bahasa kau....boleh percaya ke apa yg ko tulis nie?mne ko dpat hot2 gosip nie?

Anonymous said...

Boleh la u all fitnah macam2.jangan cakap mcm2 kalau tak tahu perkara sebenar.buat dosa kering jek bro.cari perkara sebenar di dalam UDA siapa dia lanun bertopeng kan pejuang melayu.jangan main tembak jek.Allah maha kuasa.saya doakan dato jaafar di pelihara oleh Allah-orang miskin penang.

Anonymous said...

Nak tulis, tulis lah yang benar jangan tulis semata-mata kerana menyebelah kepada satu pihak saja. mesti ada yang pro dan kontra.
Macamlah Nur Jazlan tu bagus sangat. sila rujuk kepada penubuhan UDA HOLDINGS. untuk apa dan kenapa ?
kalau nak beri projek kepada orang Cina, nenek saya pun boleh bagi!

Anonymous said...

Kita nak dizaman yang serba mencabar ni, CEO melakukan sesuatu untuk survival orang melayu bukan cakap ikut suka saja. Sekejap kata bumiputer x layak, lepas kena hentam kata bumiputera diberi peluang. mcm ni x ada pendirian. bayangkan seorang CEO bercakap mcm tu. melatah bila semua orang marah. soal musa ke soal alibaba kita kena tengok kepada asal balik. tujuan penubuhan UDA. untuk APA ? takkan itu pun nak diberitahu? kalau mcm tu kita menulis bukan untuk mencari point tapi nak hentam ikut suka. adakah agama pun nanti kita nak syarikat Cina handle kan ? habis kita sebagai orang melayu nak buat apa ?

Anonymous said...

KALAU anda faham KEPADA ASAS PENUBUHAN UDA HOLDINGS, Nur Jazlan awal-awal lagi dah salah. Lembaga Pengarah UDA pun sama-sama salah. apa yang MoF tegah adalah langkah yang betul untuk anda sendiri sebagai orang melayu. satu hari nanti anda akan faham jika anda gagal memahami sekarang....

Anonymous said...

aku cukup kenal dengan dato jaafar , aku cukup kenal.. kau jangan main tuduh baruah .. kau jangan jadi penjilat jubor jazlan ..

yanmaneee said...

off white hoodie
yeezy
jordan shoes
balenciaga triple s
supreme
hogan outlet online
nike cortez men
nike react
kyrie 4 shoes
kyrie 5

Unknown said...

replica bags thailand resource a3o80y6t04 replica bags turkey replica bags cheap replica gucci handbags e2k62j1r99 replica zara bags replica bags vancouver this hyperlink n9j80b8a90 replica bags near me