Wednesday, June 15, 2011






Terjemahan Surat

Encik Robert Kuok
Pengerusi, Kerry Group
Hong Kong

Per: Pembinaan hotel Shangri-la di Istanbul

Tuan,


Saya amat tersentuh dengan keakraban antara kita serta peluang menikmati makan malam bersama anak-anak tuan di Hong Kong awal tahun ini. Saya amat menghargai susah payah dan layanan tuan dan saya berharap kerjasama di antara kita akan berpanjangan.

Tujuan saya menulis surat ini sebagai susulan perbincangan kita berhubung perluasan jenama Shangri-la ke Turki. Kakitangan saya telah menyediakan cadangan awal dan saya mohon pertimbangan daripada pihak tuan.

Kami telah mengenal pasti beberapa hartanah termasuk tanah kosong dan hotel-hotel yang sedia ada sebagai lokasi berpotensi bagi pembinaan hotel Shangri-la. Ini termasuk:


(i) Tanah ‘Sariyer’: 52,000 meter persegi dengan pemandangan panorama indah sekitar Bhosporus yang terletak berhampiran kawasan komersil baru Maslak. Tanah dengan keluasan binaan maksimum 35,000 meter persegi itu dikhaskan di bawah zon pembinaan hotel 5-bintang. Kami menjangka keluasan binaan boleh ditambah hingga 45,000 meter persegi. Kos pemerolehan dijangka sekitar AS$20-30 juta.

(ii) ‘Hotel 5-bintang Taksim’: Sebuah hotel 5-bintang yang sedia terbina di kawasan berprestij Taksim. Hotel tersebut mempunyai lebih 300 buah bilik penginapan dan terletak berhampiran hartanah 5-bintang lain. Kos pemerolehan dijangka AS$160-170 juta.

Kami mendapat maklum balas positif daripada beberapa orang pelabur yang berminat menyertai projek ini sebagai rakan kongsi. Paling utama, Dallah Barakah Bank, yang menyatakan minat membeli tanah kosong berkenaan bagi tujuan memulakan pembinaan. Kami juga sedang berusaha mencari rakan kongsi bereputasi untuk menyertai konsortium dan secara aktif menyatakan kepentingan projek berkenaan di Turki.

Kakitangan saya akan mengemukakan kepada tuan maklumat terperinci mengenai hartanah yang mereka telah kenal pasti itu.

Hartanah-hartanah berkenaan belum lagi diumumkan. Jika kita bertindak cepat, kita akan mendapatkannya bersama beberapa buah infrastruktur (jika boleh) pada kadar diskaun.

Jika tuan bersetuju kakitangan saya bersedia mengadakan pertemuan dengan pihak tuan bagi tujuan membangunkan projek ini secepat mungkin.

Saya, Azizah dan anak-anak saya mengucapkan kepada tuan, Pauline dan seluruh keluarga tuan kesejahteraan sentiasa -sin nien hao, nien-nien hao.

Yang benar,


Anwar Ibrahim


Read More ...
AIDC
and do read this article ...
AIDC

2 comments:

Anonymous said...

Inilah yang dikatakan perjuang rakyat. Dalam negara kononnya rakyat amatlah dizalimi.

Di luar sana, satu keluarga dan konco-konconya dok atoq projek berjuta-juta.

Nak tutup pekung buatlah cerita orang lain dok makan duit rakyat.

Sebab tu kut puak serban lilit dok bela habis-habisan. Ada janji boleh masyuk.

Tunggula dok kata kat orang sangat Allah swt tu maha mengetahui...

YB Raz said...

aikk orang politik boleh masuk bisnes ke?