Monday, June 6, 2011


Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini menyelar lidah rasmi parti itu, Harakah, kerana didakwa cuba melagakan beliau dengan Presiden, Datuk Abdul Hadi Awang.

Azizan bertindak demikian kerana berang dengan laporan Harakah kononnya beliau tidak menghormati Abdul Hadi dalam isu tindakan tatatertib ke atas pelajar Kolej Universiti Insaniah (Kuin), di Kedah.

Kontroversi itu mula timbul apabila kenyataan beliau yang juga Menteri Besar Kedah bahawa Abdul Hadi tiada locus standi untuk campur tangan dalam isu Kuin ditafsirkan sebagai biadab oleh Harakah.

“Wartawan Harakah yang tulis itu faham tak apa itu locus standi? Wakil Perlis (perwakilan Perlis yang bangkitkan isu itu) pun faham ke tidak maksud locus standi.

“Locus standi ini maksudnya keupayaan untuk bertindak dalam konteks undang-undang dan dalam kes Kuin ini hanya pengurusan kolej sahaja yang ada locus standi.

“Bukan pihak lain termasuk tuan guru (Abdul Hadi),” katanya semasa diberi slot khas untuk menjelaskan kontroversi tersebut semasa Muktamar Tahunan Pas Ke-57, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Azizan turut menyelar perwakilan Pas Perlis kerana bertindak menyerangnya secara terbuka tanpa mendapat maklumat tepat terlebih dahulu tetapi kemudian mahu merayu pula.



Malah, beliau menyamakan perbuatan perwakilan Perlis tersebut sebagai sama dengan perbuatan memukul kepala beruk.

“Lepas dia hentam, dia gosok. Orang kalau nak sekeh (pukul) kepala beruk ini, dia gosok dulu. Gosok sampai beruk itu pejam mata baru dia bagi sekeh, lepas itu dia gosok balik,” katanya.

Sehubungan beliau secara seloroh memberi amaran kepada perwakilan Perlis bahawa kerajaan negeri Kedah akan mengambil semula negeri Indra Kayangan kerana ia hak Kedah.

“Saya cadang nak ambil balik Perlis, saya nak ambil dengan Pesuruhjaya Pas negeri sekali. Hang (kamu) mai (mari) dok (tinggal) Kedah balik, pasal Perlis ini hak Kedah,” jelasnya.



Bagaimana mahu memimpin dan mentadbir negara jika maksud semudah 'locus standi' tidak mampu difahami oleh juak juak PAS.

Habis semua ditarahnya ... mana mana puak dalam PAS boleh masuk campur dalam apa juga situasi yang tidak melibatkan parti, jika diikutkan beginilah caranya PAS memahami maksud 'locus standi'!

Tidak berguna sebenarnya PAS sudah mempunyai gabungan Pro Erdogan dan Pro Ulama, jika golongan yang digelar 'professional' ini turut mempunyai pemikiran benak seperti Mahfuz Omar!

Dan yang lebih teruk lagi ... penyakit 'cah keting PAS' di Kelantan sudah merebak di negeri-negeri utara tanah air!

Apa punya haram parti the so called Islam ni!



3 comments:

Anonymous said...

byk perumpamaan/contoh2 yang MB Kedah ambil ini adalah berasaskan BERUK. Tak taulah aku kenapa MB sorang ni minat sgt dgn beruk. Minta orang Kedah bagi info sikit mengenai MB hang ni? sikit2 beruk...sikit2 beruk. dia ada bela beruk ke? nampak macam dia paham sgt perangai beruk nih. Jgn perangai mcm beruk dahlah,nnti kesian org kedah dpt MB title...

Anonymous said...

yang aku tau, sebelum dia naik jadi MB, dia ada bela berok. tu yang sikit2 tersasul cerita pasai tajuk beruk tu.

tapi sebab nasib dia baik untuk satu penggal, dia naik la jadi MB, dia jadi beruk matyee. kah3

-artis-

YB Raz said...

puak pas sebenarnya bukannya ada ramai yang pandaipun..kebanyakkannya hanya jadi pak turut..taklid membabi buta..tu sebab bila nik aziz menyeleweng, dorang tak bising. sebabnya dorang sendiri tak tahu nik aziz tu bagi ajaran benar atau tak.

janji nik aziz ada bunyi islam, haa maknanya semua tu memang betullah sahih.

hahaha memang eloklah dia panggil berok. harakah dah memang akhbar berok.