
Khamis, 15 April 2010, di Markas Induk BN, Bukit Sentosa, Bukit Beruntung tepat jam 4.45 petang selepas berkumandang azan Asar, P. Kalamanathan diisytihar sebagai calon 'PILIHAN RAKYAT' BN bagi merampas kembali kerusi yang dipinjamkan kepada
PENIPU RAKYAT sejak PRU 12.
Pengumuman dilakukan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin disambut dengan sorakan semangat oleh parti parti komponen BN.

Ramai pemimpin pemimpin parti komponen yang hadir cukup menandakan sokongan yang mantap dengan gerak kerja BN. Datuk Seri Samy Vellu (
Presiden MIC), Datuk Seri Liow Tiong Lai (
Timbalan Presiden MCA), Tan Sri Dr Koh Tsu Koon(
Presiden GERAKAN), Datuk M Kayveas (
Presiden PPP), Datuk Dr Maximus Ongkili (
Timbalan Presiden PBS), Datuk VK Liew (
Presiden LDP) beserta tokoh tokoh pemimpin BN yang lain.
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu
NEGARAKU dan
BARISAN NASIONAL dan disempurnakan dengan
bacaan doa (bacaan doa tidak terdapat sewaktu UMWM membuat liputan langsung pengumuman calon
PENIPU RAKYAT, cukup sadis).
Pengumuman yang dilakukan lantas menunjukkan bahawa semangat
1 MALAYSIA dan
bukti permuafakatan BN antara kaum yang dipertahankan BN selama ini walaupun majoriti penduduk 60% adalah orang orang Melayu.
Secara tidak langsung ia cukup menunjukkan bahawa BN kritis terhadap KEHENDAK RAKYAT yang mahukan CALON MUDA yang mampu memberi kelebihan kepada BN.
Sesuatu yang cukup menarik adalah fakta tidak ada satu pun kerusi PARLIMEN dan DUN di Malaysia mempunyai majoriti penduduk dan pengundi bangsa India namun inilah hakikat
SEMANGAT BN,
SEMANGAT SETIAKAWAN dan
SEMANGAT PERMUAFAKATAN yang tidak ada langsung pada
PENIPU RAKYAT.
UMWM bagaimanapun sempat mendapat reaksi dari penyokong penyokong MIC selepas pengumuman calon. Walapun ada yang kecewa kerana calon pilihan mereka Datuk G Palanivel dan V Mugilan tidak terpilih namun mereka cukup berpuas hati dengan P. Kalamanathan kerana rekod beliau yang
BERSIH DARI SEBARANG SKANDAL,
BERPENDIDIKAN TINGGI,
FASIH DALAM TIGA BAHASA,
ANAK TEMPATAN dan
MEMPUNYAI HUBUNGAN BAIK DENGAN SEMUA KAUM DI HULU SELANGOR. (Kriteria kriteria ini tidak terdapat pada calon
PENIPU RAKYAT DATUK ZAID 'MAMBANG MABUK MINUM BRANDI' IBRAHIM).
Pada hari yang sama, rakyat dikejutkan lagi dengan ADUN Bakar Arang, Encik Tan Wei Shu yang keluar dari
PKR @ PENIPU RAKYAT.
PENIPU RAKYAT kini semakin
TENAT dengan calon pilihan yang
TENAT dan ditambah lagi ke
TENATan mereka dengan pengunduran ADUN Bakar Arang. Keyakinan RAKYAT semakin
TENAT dengan
PENIPU RAKYAT.
TENAT MEMANG TENAT.
Wajah wajah pemimpin BN





Susah sebenarnya untuk melihat Datuk Seri Samy Vellu untuk senyum. Namun tanda kepuasan jelas terpancar diwajah beliau dengan CALON PILIHAN RAKYAT.

Sekalipun tidak terpilih untuk menjadi calon, V Muligan tetap hadir di atas pentas sebagai memberi tanda sokongan kepada rakan sejawat beliau. Senario ini tidak kelihatan langsung pada pengumuman calon
PENIPU RAKYAT.


Calon berketrampilan yang pasti akan memberi kemenangan kepada
BARISAN NASIONAL.