Sunday, April 11, 2010

Tiada sesiapapun mengenali beliau sebelum ini, namun saudara V Mugilan adalah nama calon MIC yang disebut sebut sebagai calon terbaik produk MIC.


Berusia 35 tahun bertindak sebagai Ketua Pemuda MIC Bahagian Hulu Selangor yang juga Naib Ketua Pemuda MIC Pusat, merupakan anak didik Timbalan Presiden MIC G. Palanivel. Sememangnya 'anak watan' yang berasal dari Ladang Kerling.


Sekiranya beliau terpilih, jelas menunjukkan bahawa sebenarnya MIC masih mempunyai pemimpin berkaliber dan tidak ketandusan.



Seperti yang dijelaskan oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia saudara Khairy Jamaluddin, calon MIC perlu dipilih dikalangan mereka yang dapat diterima oleh pengundi muda. Pengundi muda akan menjadi penentu kemenangan Barisan Nasional seterusnya merampas kembali kerusi parlimen.


Dikhabarkan V Mugilan adalah calon yang tepat berdasarkan tahap pendidikan beserta mesra kepada orang muda dan pengundi muda.


Paling penting disini, pencalonan wakil MIC jelas menunjukkan Barisan Nasional sememangnya mengamalkan setiakawan dan semangat 1 Malaysia walaupun keseluruhan pengundi adalah 50% berketurunan melayu.


Pakatan pembangkang kini dilihat cukup resah kerana calon calon mereka dilihat bertegang urat sesama sendiri. Malahan pemilihan calon calon mereka tidak menggambarkan memberi keadilan kepada semua kaum di kawasan tersebut.


POSTED BY:


1 comments:

Manap said...

hidup mugilan.. mugilan pasti menang..