Friday, April 30, 2010



KICKDEFELLA @ Syed Azidi Syed Abdul Aziz telah membongkar rahsia Opearsi Gerak Saraf yang menelan belanja lebih RM 4 juta untuk memfitnah BN bagi meneruskan pentadbiran Parti Apa Saja (PAS) di Kelantan. Nik Aziz, Hadi Awang, Husam Musa & The Gang masih belum memberi sebarang komen ke atas dakwaan kickdefella. Begitu juga dengan media sensasi PAS, Harakahdaily yang diam membisu sejuta bahasa tidak menyiarkan dan mensensasikan berita panas masa kini. [ sila layari blog kickdefella yang mendedahkan segala kepincangan PAS Kelantan di bawah pentadiran Nik Aziz ].

Sindrom menghalalkan cara bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana ianya telah lama digunapakai oleh PAS untuk mengatur strategi dan kepentingan politik Assabiyah mereka. Hakikatnya PAS cukup licik menggunakan ISLAM sebagai 'mask' untuk membenarkan segala modus operandi. Fitnah kini sudah menjadi salah satu dari cabang perjuangan PAS dalam menegakkan ISLAM kononnya. Secara mutlak, asalkan BN dapat dikuburkan maka perbuatan haram menjadi 'wahid' bagi PAS.

"Undi didahulukan, Islam dikorbankan"



Timbul persoalan mengapa 'Prebet' Ahmad Fadhli Shaari (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS) tampil mempertahankan tindakan Kerajaan PAS Kelantan. Ke mana menghilangnya 'Jeneral', 'Brigadier Jeneral' PAS dalam mempertahankan tindakan menghalalkan cara. Ahmad Fadhli Shaari menjelaskan bahawa tindakan tersebut sebagai memperbaiki imej PAS. Secara menyindir beliau berkata jumlah wang yang dihabiskan adalah lebih kecil dari wang yang digunakan Kerajaan Pusat untuk mendapatkan khidmat Apco Worldwide. Amat malang apabila tindakan Kerajaan Pusat disamakan dengan perbuatan fitnah Kerajaan PAS Kelantan.

Khidmat Apco Worlwide digunakan oleh Kerajaan Pusat bertujuan agar media media barat boleh mendapatkan akses terus berita dari Malaysia tanpa membuat andaian sendiri kerana kegagalan media barat mendapatkan gambaran sebenar mengenai perihal Malaysia.

Khidmat Operasi Gerak Saraf pula bertujuan mewujudkan fitnah, tohmahan dan keburukan terhadap pentadbiran Pak Lah dan BN dalam memastikan Kerajaan PAS kekal memerintah di Kelantan.

Cara dan matlamat yang berbeza oleh Kerajaan PAS Kelantan disamakan sebagai memperbaiki imej. Inilah akibatnya apabila meminta 'Prebet' Ahmad Fadhli Shaari menjawab bagi pihak PAS secara keseluruhan. Lain ditanya lain dijawab !!! Cukup memualkan !!! Kedangkalan ilmu ahli ahli PAS jelas terpampang 'right to the face'.

FITNAH DISAMAKAN DENGAN MEMPERBAIKI IMEJ. APAKAH INI BERMAKSUD FITNAH SUDAH MENJADI LAZIM DAN SAH DIGUNAPAKAI OLEH PAS SECARA TOTAL SEBAGAI SATU CABANG PERJUANGAN.



Mungkin Haji Hadi berkesempatan untuk menggunapakai AMANAT atau FATWA terhebat beliau di Kampung Benggol, 7 April 1981 untuk menyedarkan kembali PAS supaya keluar dari TAGHUT dan ASSABIYAH.

Mungkin juga Haji Hadi sedang memikirkan suatu AMANAT atau FATWA terbaru untuk perjuangan PAS secara total !!!

FATWA No. 123 : FITNAH ITU HARUS ....



MELAYU ATAS PAGAR

5 comments:

Melayu Pasir Gudang said...

Tahniah atas penulisan ini.
Inilah peranan blogers di alaf ini,selama ini tiada penulis yang berani dan mempunyai fakta untuk menceritakan segala kemungkaran yang di lakukan oleh puak-puak yang taksub untuk menggulingkan kerajaan Melayu Islam di Malaysia.

Ini merupakan satu dakwah untuk kembalikan semula Umat Melayu kedalam barisan, moga dakwah ini di berkati Allah.

Hari ini kerana kuasa dan Politik ramai golongan cerdik pandai atau sarjana Islam sanggup menjual agamanya demi KUASA, Ramai Umara'Melayu Islam yang bertaraf ulama' yang telah terjerumus di dalam kandang PAS (Parti Apa Saja) mendiamkan diri atau menghalalkan segala kemungkaran yang berlaku di dalam Parti mereka.Apa sahaja yang di lakukan oleh MUDALILUL AM PAS tidak pernah di tentang walaupun perkara itu sangat berkait dengan akidah.Ketaksuban kepada Mudalilul ini sampai ketahap "Pelampau" hingga merasakan menegur pun sudah berdosa, inilah yang berlaku kepada jemaah PAS. Alhamdullilah Allah s.a.w telah membuka pintu hati kickdeffela untuk kembali kepangkal jalan, janganlah pula lepas nie kita dengar kickdeffela pula di lantik jadi senator?.heee.heee.

Unit Media Wangsa Maju said...

SAUDARA MELAYU PASIR GUDANG

KITA LANTIK KICKDEFELLA JADI 'SENATOR' UNTUK PARA BLOGGERS OKAY ?

HE..HE..HE..

TgTualangBoyz said...

pas memang memperjuangkan HAMPAS. tak ada lagi bukti jelas PAS memperjuangkan islam, ingin menegakkan negara islam dan perjuangannya sekarang lebih seperti badut dicelah2 dalam pekatan pembangkang. PAS is rubbish.

Anonymous said...

PAS DAH TUKAR KEPADA PAF ( PARTI AMALKAN FITNAH ), APA NAK JADI DENGAN PAF NI...HANCUS!! HANCUS!!

Bingai @ Bangang said...

Ya, Allah. Ampunilah dosaku dan bukalah pintu rahmatmu.

Semoga setiap di antara kita dapat melihat kejadian manusia yang dicipta oleh Allah itu sebenar adalah dari makhluk yang mulia. Semoga kita memuliakan kemuliaan yang diberikan oleh Allah SWT.

(aku yang bingai)
e-Direktori Bloggers Malaysia