PILHANRAYA HULU SELANGOR : BN KEMUKAKAN CALON TERBAIK PILIHAN RAKYAT, PENIPU RAKYAT SEMAKIN TENAT !!!
Khamis, 15 April 2010, di Markas Induk BN, Bukit Sentosa, Bukit Beruntung tepat jam 4.45 petang selepas berkumandang azan Asar, P. Kalamanathan diisytihar sebagai calon 'PILIHAN RAKYAT' BN bagi merampas kembali kerusi yang dipinjamkan kepada PENIPU RAKYAT sejak PRU 12.
Pengumuman dilakukan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin disambut dengan sorakan semangat oleh parti parti komponen BN.
Ramai pemimpin pemimpin parti komponen yang hadir cukup menandakan sokongan yang mantap dengan gerak kerja BN. Datuk Seri Samy Vellu (Presiden MIC), Datuk Seri Liow Tiong Lai (Timbalan Presiden MCA), Tan Sri Dr Koh Tsu Koon(Presiden GERAKAN), Datuk M Kayveas (Presiden PPP), Datuk Dr Maximus Ongkili (Timbalan Presiden PBS), Datuk VK Liew (Presiden LDP) beserta tokoh tokoh pemimpin BN yang lain.
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu NEGARAKU dan BARISAN NASIONAL dan disempurnakan dengan bacaan doa (bacaan doa tidak terdapat sewaktu UMWM membuat liputan langsung pengumuman calon PENIPU RAKYAT, cukup sadis).
Pengumuman yang dilakukan lantas menunjukkan bahawa semangat 1 MALAYSIA dan bukti permuafakatan BN antara kaum yang dipertahankan BN selama ini walaupun majoriti penduduk 60% adalah orang orang Melayu.
Secara tidak langsung ia cukup menunjukkan bahawa BN kritis terhadap KEHENDAK RAKYAT yang mahukan CALON MUDA yang mampu memberi kelebihan kepada BN.
Sesuatu yang cukup menarik adalah fakta tidak ada satu pun kerusi PARLIMEN dan DUN di Malaysia mempunyai majoriti penduduk dan pengundi bangsa India namun inilah hakikat SEMANGAT BN, SEMANGAT SETIAKAWAN dan SEMANGAT PERMUAFAKATAN yang tidak ada langsung pada PENIPU RAKYAT.
UMWM bagaimanapun sempat mendapat reaksi dari penyokong penyokong MIC selepas pengumuman calon. Walapun ada yang kecewa kerana calon pilihan mereka Datuk G Palanivel dan V Mugilan tidak terpilih namun mereka cukup berpuas hati dengan P. Kalamanathan kerana rekod beliau yang BERSIH DARI SEBARANG SKANDAL, BERPENDIDIKAN TINGGI, FASIH DALAM TIGA BAHASA, ANAK TEMPATAN dan MEMPUNYAI HUBUNGAN BAIK DENGAN SEMUA KAUM DI HULU SELANGOR. (Kriteria kriteria ini tidak terdapat pada calon PENIPU RAKYAT DATUK ZAID 'MAMBANG MABUK MINUM BRANDI' IBRAHIM).
Pada hari yang sama, rakyat dikejutkan lagi dengan ADUN Bakar Arang, Encik Tan Wei Shu yang keluar dari PKR @ PENIPU RAKYAT. PENIPU RAKYAT kini semakin TENAT dengan calon pilihan yang TENAT dan ditambah lagi keTENATan mereka dengan pengunduran ADUN Bakar Arang. Keyakinan RAKYAT semakin TENAT dengan PENIPU RAKYAT.
TENAT MEMANG TENAT.
Wajah wajah pemimpin BN
Susah sebenarnya untuk melihat Datuk Seri Samy Vellu untuk senyum. Namun tanda kepuasan jelas terpancar diwajah beliau dengan CALON PILIHAN RAKYAT.
Sekalipun tidak terpilih untuk menjadi calon, V Muligan tetap hadir di atas pentas sebagai memberi tanda sokongan kepada rakan sejawat beliau. Senario ini tidak kelihatan langsung pada pengumuman calon PENIPU RAKYAT.
Calon berketrampilan yang pasti akan memberi kemenangan kepada BARISAN NASIONAL.
1 comments:
Good Luck Mr. Kamalanathan ...
To all my dear UMNO friends, please vote my dear fellow indian.
I think he will give a great service to our people. I also think this blog is good.
Well Done ... Unit Media Wangsa Maju
Keep up the work ! Your article already show truly 1 MALAYSIA
M RAVICHANDRAN
MIC Selayang
Post a Comment