Friday, April 23, 2010

Negarawan Terulung TUN DR MAHATHIR MOHAMAD telah turun untuk berkempen di Pusat PDM Serendah untuk memastikan kemenangan BN.

Malam tadi, selepas berkumandang azan isyak, tepat jam 9.00 malam 22 April 2010, lagu Negaraku dan Barisan Nasional berkumandang di pelusuk Serendah menandakan BN telah bangkit dan kemenangan sudah berada di dalam genggaman BN.











Dianggarkan hampir 2,000 ke 2,300 penduduk setempat hadir pada ceramah yang disampaikan oleh TUN DR MAHATHIR MOHAMAD.



P Kalamanathan dengan kepetahan beliau dan 'humble' menyampaikan ceramah. Nyata penduduk setempat mengkagumi sifat rendah diri dan semangat kuat bekerja beliau.



TUN DR MAHATHIR tersenyum simpul melihat kepetahan dan sifat 'humble' yang ada pada calon BN.







TUN DR MAHATHIR memulakan ceramah dengan mengimbau pembabitan beliau dalam politik sejak 1946, tentang PERIKATAN sehingga tertubuhnya BARISAN NASIONAL. Beliau menggariskan mengapa perlu mengundi BN yang telah berkhidmat dengan cemerlang lebih dari 52 tahun kepada RAKYAT.

Tambah beliau, BN tidak pernah mengabaikan rakyat dari mana mana bangsa malah dengan tenang beliau mengatakan semua bangsa dapat hidup sejahtera, aman dan harmoni hasil dari semangat permuafakatan parti parti komponen di dalam BN.

Tegas beliau jika bukan kerana BN, sudah tentu pada tahun 1998 ramai ahli perniagaan Melayu, Cina dan India telah bangkrap akibat serangan spekulasi oleh penyangak mata wang dunia. BN telah membantu semua ahli perniagaan untuk terus berjaya.

Dalam pada yang sama, beliau dengan secara sinis dan menyindir mengapa PAKATAN RAKYAT perlu mengambil ZAID 'KAKI LOMPAT' IBRAHIM menjadi calon mereka. Tegas beliau PAKATAN RAKYAT bukan mampu berbuat apa apa kebaikan untuk rakyat keseluruhannya.

Agak sinikal, kerana beliau berkata perkataan PAKATAN pun merupakan suatu konotasi negatif untuk berpakat berbuat kejahatan.

Seperti biasa, TUN DR MAHATHIR berasa pelik dengan hobi ZAID 'KAKI LOMPAT' IBRAHIM memelihara kuda lumba walaupun mendakwa bukan untuk berjudi.

TUN DR MAHATHIR juga mencabar ANWAR IBRAHIM untuk bersumpah laknat membersihkan nama beliau. Beliau menegaskan tidak kisah dengan apa yang dilakukan oleh ANWAR IBRAHIM untuk menjatuhkan beliau tetapi tidak boleh berkompromi dengan perbuatan songsang ANWAR IBRAHIM.

Seperti kata beliau "TIDAK USAHLAH TAKUT SAUDARAKU YANG LAMA, HADAPI DIRIMU DI MAHKAMAH, BERSUMPAHLAH DI MASJID DAN BUKANNYA DI TEPI MASJID, BERSUMPAHLAH SEPERTI SAUDARA SAIFUL BUKHARI JIKA KAMU SEORANG LELAKI BUDIMAN".



TUN DR MAHATHIR mengadakan sidang media 'press conference' selepas ceramah beliau.



Bukan sahaja media kerajaan yang datang, malah media pembangkang juga diberi keutamaan, MALAYSIAKINI ( agaknya nak spin cerita la tu !!! )





Penduduk setempat mengambil kesempatan untuk bersalam dengan TUN DR MAHATHIR.

0 comments: