Salam 1 Malaysia, semalam kami Unit Media Wangsa Maju hadir ke ceramah kelompok bersama penduduk Kg Pasir Ulu Yam yang mana ceramah di sampaikan oleh Dato Shafei Abdullah Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju merangkap Setiausaha Politik kepada Dato Sri Najib.Kehadiran penduduk Kg Pasir Ulu Yam amatlah menggalakkan dengan kehadiran seramai lebih kurang 200 orang dari kaum Bapa, Ibu dan juga pemuda pemudi.
Dato Shafei Abdullah banyak menerangkan akan konsep perkongsian kuasa yang di laksanakan oleh kerajaan BN dari MERDEKA sehinggalah pada waktu ini. Malah dengan temetrai nya perjanjian BN ini memberikan seluruh Bangsa baik dari Melayu, Cina,India dan juga lain lain bangsa menikmati kejayaan yang di capai oleh Malaysia sejak zaman berzaman.
Malah konsep perkongsian kuasa oleh BN ini menjamin kita Umat Islam Melayu, Cina,India dan lain lain bangsa untuk hidup dalam keadaan yang aman dan damai. Tidak ada kerajaan BN yang menidakkan kemahuan bangsa bangsa yang ada di Malaysia ini. Sebagai contoh kita kerajaan BN peka dengan masaalah rakyat tampa mengira kaum dengan menyediakan peruntukkan Sekolah Cina, India dan juga rumah rumah Ibadat kepada penganut agama Lain. hal ini tidak terjadi di negara negara Luar.
Dalam konsep perkongsian kuasa ini juga menjelaskan akan peranan UMNO dalam memimpin parti komponen lain dalam menjaga kebajikan Rakyat. Walaupun UMNO menjadi ketua dalam Barisan Nasional namun tidak sesekali UMNO mengetepikan rakan parti komponen yang lain seperti MCA dan MIC. Terbukti di Hulu Selangor ini konsep perkongsian kuasa yang di amalkan BN wujud dengan memberikan 2 kerusi Dun kepada UMNO, 1 Kerusi Dun kepada MCA dan kerusi Parlimen Hulu Selangor BN berikan kepada MIC untuk memenangi pilihanraya Kecil kali ini.
Dato Shafei Abdullah juga menjelaskan akan keikhlasan kerajaan Barisan Nasional dalam mentadbir negara Malaysia ini. Lihat sahaja lambang yang di gunakan oleh komponen Barisan Nasional dalam tiap Pilihanraya yang di adakan. Walaupun UMNO, MCA,MIC dan parti komponen yang lain mempunyai Lambang masing masing bagi parti mereka namun Lambang BN lah yang akan menjadi pilihan bagi membuktikan kesepakatan yang wujud sekian lama ini.
Apakah Pakatan Rakyat benar ikhlas dalam membantu Rakyat dan Mentadbir negara? Lihat sahaja lambang mereka gunakan pada pilihanraya yang di adakan bertahun lamanya. PAS tetap akan menggunakan lambang mereka, DAP juga begitu, apatahlagi dengan PKR yang bertanding di Hulu Selangor ini dengan lambang mereka.Jika mereka Ikhlas sudah pasti mereka yang Kononya Pakatan Rakyat akan menggunakan lambang Pakatan Rakyat itu. Malah mereka juga akan bergerak senada dengan komponen mereka.Terbukti yang Pakatan Rakyat ini hanyalah mementingkan kuasa semata mata dan tidak langsung ikhlas dalam membantu Rakyat.
Di harapkan rakyat Hulu Selangor terutaman penduduk Kg Pasir Ulu Yam menyedari hakikat ini bagi menjamin kemenangan BN pada 25hb kelak. Jangan kerana marahkan Nyamuk kelambu pula yang habis di bakar.
Matlamat Wawasan 2020 tidak akan dapat di capai jika kita tidak bersatu dalam kesepakatan Barisan Nasional.
Friday, April 23, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Berita TerHot
Pengundi Hantu Sungai Siput jadi Calon MIC di Hulu Selangor.
Dapatkan segera berita terHot ini sebelum di super-impose oleh blogger haprak Pro-UMNO atau sebelum senarai daftar pengundi baru dikeluarkan oleh SPR.
Rakyat Hulu Selangor, jangan biarkan diri anda ditipu, tergadai bumi sendiri.
Selamat Mengundi ...Tolak MIC.
SALAM SAUDARA HASHIM,
UMWM MENGALU ALUKAN KOMEN DARI SAUDARA HASHIM PAS SUDAH IKTIRAF LIBERALISME SEBAGAI ANUTAN BARU DAN AJARAN BARU.
ITUPUN KALAU BERANI KOMEN LA ...
Post a Comment