Wawancara Ahmad Lutfi Othman dengan Ahli Parlimen PAS, Haji Mohamad Sabu, pada 14 Jun 1998 di pejabat urusan TAMADUN.
ANWAR LEBIH GANAS BERBANDING MAHATHIR? GANAS YANG BAGAIMANA?
Ya, Ini kerana ANWAR masih lagi berjawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan yang belum berkuasa penuh tetapi suku sakatnya telah berjaya mencipta kekayaan lebih hebat. Kita boleh bertanya, misalnya adakah Kamaruddin Jaafar atau Kamaruddin Mohd Nor menjadi jutawan segera kerana dia pandai berniaga atau disebabkan sahabatnya menjadi Menteri Kewangan?
Begitulah juga dengan Rani Ibrahim, Marzuki Ibrahim dan Rosli Ibrahim yang naik mendadak dalam perniagaan, adakah mereka pandai berniaga atau kerana saudara mereka menjadi Menteri Kewangan? Begitu juga dengan bekas Setiausaha Sulit ANWAR, Nasrudin Jalil dan beberapa orang lain yang dekat dengan ANWAR naik begitu mendadak. Kita jangan lupa semasa hendak menjatuhkan Ghafar Baba wujud peranan seperti Quek Leng Chan dan beberapa orang jutawan yang lain dalam mebiayai golonfgan tertentu untuk menguasai NST dan TV3. Ini semua gara gara Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan demi mengukuhkan posisinya.
Bagi saya, walaupun ANWAR belum mempunyai kuasa penuh, dia sudahpun menunjukkan bakat "keganasannya" melebihi Perdana Menteri.
Jadi kalau kita hendak membuat reformasi di Malaysia mestilah reformasi secara menyeluruh iaitu sistem politik, undang undang dan akar umbinya politik wang perlu dicantas! Ini mesti dilihat kerana cara ANWAR naik lebih drastik. Kita ingin bertanya lebih kurang 300 juta saham PETRONAS Dagang dilabur ke mana sehingga perwakilan Sabah boleh berubah daripada menyokong Ghafar kepada ANWAR dengan begitu mengejutkan? Ini bermakna ANWAR saling "mengganas" dalam soal nepotisme.
MAKSUDNYA ANWAR TIDAK LAYAK UNTUK MENERAJUI GERAKAN REFORMASI?
ANWAR tidak layak bercakap soal memerangi gejala buruk nepotisme ini, begitu juga penyokong penyokongnya.
TETAPI YANG KITA NAMPAK DARIPADA IMEJ UMUM ANWAR TETAP BERSIH?
Imej umum dikuasai oleh media yang dikuasai oleh orang nombor dua (ANWAR IBRAHIM). Pernah satu ketika, kalau menonton TV3, kadang kadang berita PM duduk di tempat keempat. Berita TPM diutamakan, barulah diikuti oleh berita lain, yang keempat baru PM. Tetapi apabila kita menghentam dalam ceramah ceramah barulah kita nampak berita PM sudah di tempat pertama. Ertinya media dikuasai oleh ANWAR IBRAHIM. Jadi gambaran nepotisme itu hanya dilonggokkan kepada PM.
Kalau media tempatan, memang ia dibawah kawalan ANWAR tetapi bagaimana pula dengan laporan media antarabangsa yang juga nampaknya menyalahkan MAHATHIR dan cuba hendak menaikkan ANWAR.
Satu, media antarabangsa mempunyai dua tugas. Apabila sesuatu negeri itu berlaku perubahan, mereka mahu kepimpinan itu bertukar. Bagi barat ia telah menerima ANWAR sebagai pemimpin yng sesuai untuk menghadapi senario kebangkitan Islam di sebelah sini. Barat mahukan dua corak Islam.
Pertama, Islam Amerika iaitu Islam yng berbentuk tetapi tidak sampai ke perlaksanaan hukum. Ini dipelopori oleh IIIT, ICMI, ABIM. Dalam hal ini, Barat tiada masalah.
Kedua, Barat mahukan Islam bercorak ala Afghanistan dan bercorak Taleban. Kalau golongan ini muncul. Barat tidak ada msalah kerana ia adalah peluang bagi Barat untuk menggambarkan bertapa buruknya Islam.
Cuma Barat tidak mahukan Islam bercorak ala Iran dan Sudan. Ini kerana mereka terlepas daripada cengkman kekuasaan Barat. Untuk menghadapi 250 juta umat islam di sebelah sisi memang ANWAR orang paling layak untuk mngekalkan pengaruh Barat dan sesuai dengan kehendak Barat.
SEKIRANYA BERLAKU PERALIHAN KUASA IAITU ANWAR MENGGANTIKAN MAHATHIR, AGAKNYA BAGAIMANA NASIB PAS?
Saya lebih bimbang dan berdoa secara peribadi biarlah MAHATHIR mengepalai pilihanraya akan datang kerana ANWAR naik menjadi PM, dia cukup pandai menggunakan agama.
Minggu pertama dia menjadi PM, misalnya ANWAR berkhutbah di Masjid Negara akan disiarkan di seluruh negara. Lelaki pergi ke masjid sembahyang Jumaat dan wanitanya yang berada di rumah akan melihat bagaimana selepas merdeka, inilah Perdana Menteri yang pertama membaca khutbah tanpa teks pada minggu pertamanya menjadi PM.
Sesungguhnya orang seperti ANWAR begitu pandai dan licik menggunakan saluran agama dan pandai mengambil sentimen orang Melayu setakat mana. Jadi secara peribadi saya berdoa agar Mahathir kekal mengepalai pilihanraya akan datang.
KATANYA IMEJ ANWAR DIPERINGKAT ANTARABANGSA DIAKUI MASIH HEBAT?
Masih hebat! Sehingga apabila saya pergi ke Pakistan, pemimpin pemimpin Jamaat Islami di peringkat atasan begitu menghormati ANWAR. Tetapi apabila saya menceritakan kepada mereka yang saya menjadi Ahli Parlimen sudah lapan tahun...
pada mula saya masuk dahulu saya dapati empat jenis judi dikeluarkan tetapi apabila ANWAR menjadi Menteri Kewangan, judi telah dihalalkannya telah bertambah menjadi sembilan jenis termsuk lumba kuda. Dahulu ada tiga tempat judi iaitu di Ipoh, Pulu Pinang dan Kuala Lumpur.
Apabila menjadi Menteri Kewangan, ia telah bertambah di Sabah sehingga menimbulkan kemarahan ahli ahli Parlimen di sana dan menimbulkan bantahan di Sarawak apabila judi lumbak kuda juga hendak diwujudkan di sana.
Begitu juga Genting Highlands menjadi pusat judi ketiga terbesar di dunia sekarang di bawah Menteri Kewangan yang berkuasa sekarang ini. Jadi, apabila saya ceritakan perkara ini Jamaat Islami itu, mereka terkejut.
Kata mereka "We have a different view!" 'Kami tidak pernah mendengar cerita cerita seperti ini!'
Kata saya, sama ada orang beri fakta salah kepada kamu atau naif dalam memahami keadaan itu. Sambung saya lagi Timbalan Perdana Menteri kami mempunyai hubungan baik dengan taukeh judi, Lim Goh Tong.
Pada masa dia menjadi Ketua Pemuda, ANWAR mudah mendapat bantuan Yayasan Gerak Bakti daripada taukeh judi.
KESIMPULAN:
PAS JILAT ANWAR, ANWAR JILAT PAS, PAS JILAT PKR, PKR JILAT PAS, DUA DUA JILAT DAP, JADILAH PENIPU RAKYAT !!!. CUKUP CANTIK !!! JAHANAM RAKYAT MARHAEN !!!
RENCANA INI DITULIS OLEH AHMAD LUTFI OTHMAN DALAM BUKU "LAYAKKAH ANWAR KETUAI REFORMASI?", PENERBITAN PEMUDA, 1998.
AHMAD LUTFI OTHMAN SEKARANG ADALAH KETUA PENGARANG HARAKAH.
PARA PEMBACA DIGALAKKAN MENCARI BUKU INI SEKIRANYA MASIH BERADA DIDALAM PASARAN UNTUK MENGETAHUI SIAPA SEBENAR ANWAR 'AL JUBURI' IBRAHIM.
3 comments:
SALAM BANG UMWM,
KALAU ADA TIPS BAGILE MANA NAK CARI BUKU NI YE!!! BUKAN APA, NAK BELASAH SIKIT BEBUDAK PAS & PKR YANG JUMUD TU.
POSTING BAGUS LA. SAYA PUN TAK PERNAH TAU PASAL NI. BOLEH JADI BAHAN KENAKAN PUAK PUAK JUMUD NI.
TIMO KASIH
UMNO JILAT MIC, KAMAL JILAT MUHYIDIN, MUHYIDIN JILAT NAJIB, NAJIB JILAT YAHUDI, SEMUA JILAT YAHUDI, JADILAH PENIPU RAKYAT !!!. CUKUP JIJIK !!!
Selamt Mengundi.....Tolak calon MIC. Selamtkan Melayu Hulu Selangor.
cr kat Perpustakaan Negara jerlah... kat kedai2 rasanya xde dah kot... dah 12 tahunpun...
Post a Comment