Thursday, April 29, 2010



KICKDEFELLA @ Syed Azidi Sted Abdul Aziz membongkar rahsia PARTI APA SAJA (PAS) memperuntukkan RM 4 juta untuk mengekalkan PAS dan menjatuhkan imej BN di Kelantan.


Melalui laman blognya, beliau mendedahkan wang tersebut dibelanjakan untuk pembelian aset, peralatan, pembayaran upah operatif, pencetakan dalam menggerakkan Operasi Gerak Saraf.


Kickdefella membuat pendedahan tersebut setelah Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ahmad Fadhli Shaari (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan) mengatakan beliau berbohong. Kickdefella juga pernah mendedahkan beberapa dokumen mengenai pemohon tender kawasan balak dan hutan simnpan yang memberi sumbangan 'direct' kepada PAS Kelantan.


Beliau juga mencabar supaya siasatan dijalankan ke atas pendedahan beliau secepat mungkin. Kickdefella juga difahamkan turut memegang beberapa aset bagi kegiatan Operasi Gerak Saraf dan mendakwa ada bukti siapa yang memberi peruntukan tersebut.


Sudah Terang Lagi Bersuluh .... parti yang bertopengkan ISLAM ini sebenarnya mengamalkan POLITIK SUKU, AGAMA SUKU dan layak digelar Parti Assabiyah !!!


Mungkin Haji Hadi perlu mewartakan kembali FATWA beliau mengenai POLITIK SUKU, AGAMA SUKU. Tidak mungkin Haji Hadi akan berbuat demikina kerana FATWA beliau akan menjadi 'deadliest impact' kepada imej PARTI APA SAJA !!!

2 comments:

SBK Motoworks said...

Saya melihat ini satu gandingan yg mantap!
Tahniah Utusan.

Prime media bergabung dgn Bloggers.

Utusan - dedah tapi jgn komen lebih2. Just to create the curiosity (good enough), pembaca will go to the respective blogs for details (lebih berkesan).

Ingat zaman sekarang, apa yg official media bentangkan akan dikatakan/dimanupulasi sebagai dakyah. Maklumat yg di cari (melalui blogs) dianggap betul. So gunakan gandingan ini secara berkesan.

Utusan dedah & Blogs bongkar!

Unknown said...

SAUDARA PENEROKA,

JUTAAN TERIMA KASIH DI ATAS KOMEN YANG DIUTARAKAN. ARTIKEL DARI BLOGGERS SEBENARNYA LEBIH MENJURUS KEPADA 'DETAILING' DAN 'STORYTELLING'.

BLOGGERS JUGA BERTINDAK SEBAGAI AGEN MOMENTUM SESUATU ARTIKEL UNTUK LEBIH MINAT DIBACA DARI MEDIA CETAK.

SALAM PERJUANGAN ...