Thursday, November 8, 2012

"Saya menyokong penyiasatan ini dan tindakan yang akan dilaksanakan JAIS itu adalah untuk sesuatu perkara yang positif, tiada orang Islam yang mengkehendaki umatnya meninggalkan agama.



Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyokong dan menggesa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melakukan siasatan ke atas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar berhubung kenyataannya berkaitan dengan kebebasan beragama.

Beliau yang juga merupakan Exco Hal Ehwal Islam Kerajaan Negeri itu berkata siasatan itu perlu bagi mengelakkan umat Islam terkeliru, dan memastikan tiada impak negatif terhadap umat Islam berikutan kenyataan itu.

"Saya menyokong penyiasatan ini dan tindakan yang akan dilaksanakan Jais itu adalah untuk sesuatu perkara yang positif, tiada orang Islam yang mengkehendaki umatnya meninggalkan agama.

"Kita mahu jati diri umat Islam itu kukuh dan ini adalah tanggungjawab seorang Islam untuk menjaga umat Islam yang lain," katanya kepada pemberita di sini semalam.


Read more, NURUL IZZAH DILIWAT KHALID


4 comments:

Anonymous said...

Bagus tu

Anonymous said...

setuju dengan khalid ibrahim walaupun tak bersetuju dengan PR.

Anonymous said...

sokong klalid tapi x sokong PR

Anonymous said...

khalid ibrahim ni dah gila sewel ke!! Kan nurul izzah tu membuktikan fikiran bapaknya ygjadi penasihat ekonomi selangor! Cuba lihatbagaimana orang2 bukan islam bertepuk tangan dan bersorak apabila sibengong nurul tu kata begitu. Ini satu bukti. Nurul izzah menghalalkansesuatu ygAllahSWT haramkan......... Kafir kah nurul izzah???