Wednesday, April 21, 2010



Malam tadi kami berkesempatan mengikuti Ceramah Politik UMNO Cawangan Kg. Air Jernih bertempat di Taman Arif. Antara penceramah pada malam tersebut termasuklah Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Dato' Dr. Mohd Shafei Abdullah dan Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Malaysia, Datuk Mohamed Aziz.

Datuk Mohamed Aziz yang juga Ahli Parlimen Sri Gading menerangkan bahawa PKR yang selama ini telah memberi janji-janji manis kepada rakyat Negeri Selangor tetapi akhirnya janji manis tersebut tidak dikotakan. Beliau menyeru kesemua pengundi agar tidak terperdaya dengan Anwar Ibrahim yang menggunakan krelibiliti beliau berceramah walhal apa yang beliau katakan hanya omong-omong kosong.

Ketua UMNO Bhg. Wangsa Maju, Dato' Dr. Shafei Abdullah pula menjelaskan bahawa Perdana Menteri Malaysia,Dato'Seri Mohd Najib Tun Razak telah melakukan yang terbaik untuk rakyat Malaysia dengan konsep 1Malaysia yang diketengahkan beliau.

Isu pemberian 20 meter padu percuma dari Kerajaan Negeri Selangor yang dicanang 1 dunia akhirnya mengundang masalah kepada ekonomi Selangor. Malah, kerajaan BN selama ini telah memberi pelbagai subsidi kepada rakyat dan tidak pernah mencanangkan atau bersikap bongkak kerana ianya adalah tanggungjawab kerajaan bagi mensejahterakan rakyat.

Dato' Shafei juga berkata PKR kini semakin lumpuh dengan pengunduran beberapa Ahli Parlimen dari parti tersebut yang membuktikan bahawa mereka hilang keyakinan pada kepimpinan Anwar Ibrahim.

Lokasi ceramah yang diadakan di sebuah rumah yang sederhana dihadiri lebih dari 200 orang menunjukkan kawasan tersebut menerima kehadiran BN. Berbanding dengan ceramah PKR yang diadakan di Stadium Kuala Kubu Bahru tetapi hanya dihadiri kurang dari 30 orang.

Teruskan kerja kita.. HIDUP BN..

5 comments:

ahlang said...

salam perjuangan

Tahniah arikel yg menarik...
terus kan membongkar kebodohan PKR...

-ahlang-

Anonymous said...

lantak kao la hashim...asyik ko jer la yang kena tipu nih...hahaha

Anonymous said...

sian hashim asyik kono koncing ngan nuar brahim's jo.... kek koteh undi nanti xdo tulih MIC tp ado logo BN..... so buek sumo UNDILAH BN, TOLAK PKR...

- Den Budak Longgeng _

Anonymous said...

Bro, Kamalanthan dh bgtau dia akan upload salinan degree dia utk tatapan umum kat blog dia. Bleh visit http://www.pkamalanathan.com
Semua kata dia tipu x da degree sbb pengaruh blogger bangang Hisham to Mudim Rais yg berdasarkan jenis kursus di universiti terbabit. apa punya bangang statement kajiselidik depa..

Anonymous said...

tak ramai mane pun - Penijau Blogger