Friday, August 16, 2013


Anwar inginkan kuasa....Anwar ingin dihormati dan disanjungi....Anwar juga bengang kerana Khalid Ibrahim banyak tidak mengikut arahan-arahannya....

Anwar ke Indonesia sekali lagi dan berjumpa Jusuf Kalla merayu-rayu meminta Jusuf agar menolongnya sekali lagi menjadi perantara antara beliau dan Najib. Jusuf agak keberatan untuk menjadi orang tengah sekali lagi kerana beliau telah ada pengalaman ditipu Anwar semasa menjadi orang tengah dalam kes perjanjian PRU lepas.

Selepas pertemuan Anwar berkali-kali menghubungi Jusuf merayu-rayu agar menolongnya. Dalam bulan Ramadhan Anwar ada menghubungi Jusuf dan salah satu ayat yang digunakan dalam perbualan tersebut seperti berikut,

Bilang sama Pak Najib di bulan Ramadhan perlu bermaaf-maafan".

Jusuf Kalla ke Kuala Lumpur pada 20 Ramadhan bersamaan dengan 28 Julai 2013 setelah pesawatnya boleh digunakan.

Jusuf datang bersama beberapa lagi ahli rombongannya. Antara yang datang bersama Jusuf adalah, Ade Dwi Irawan, Hamid Awaludin dan Emir Chairullah.

JKM- Jusuf Kalla Mufidah
Mufidah adalah isteri Jusuf Kalla

Pesawat Jusuf yang bernombor pendaftaran PK-JKM mendarat di Kuala Lumpur pada 28 Julai 2013 jam 8.20 malam. Jusuf mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Najib pada malam itu juga untuk membawa tawaran-tawaran yang dikemukakan Anwar. 

Bagaimanapun Datuk Seri Najib telah menolak tawaran-tawaran yang dibawa oleh Jusuf Kalla.



Untuk artikel penuh, klik RBF ONLINE



3 comments:

Anonymous said...

Kalau benar Datuk Seri Najib ingin melihat UMNO benar-benar bersih, tolong singkirkan Azeez Mamak Rahim dari jawatan Pengerusi Tabung Haji. Beliau tidak mempunyai kredibiliti untuk menerajui sebuah organisasi yang menjaga kepentingan umat Islam di seluruh Malaysia, tak kira dari sudut parti politik mana sekalipun.

Azeez telah menjadi pengerusi anak syarikat kepada tabung haji, TH Real Estate yang beroperasi di Arab Saudi. Sejak 2010, TH Real Estate masih belum mempunyai revenue tetapi gaji CEO (yang juga kawan baik kepada Jasmi, abang kepada Ismee Ismail) dinaikkan dari RM30k sebulan ke RM70k sebulan. Petikan dari penyata kewangan TH Real Estate 2012 "No revenue has been recognised by the company from its main activities as the company did not undertake any such activities during the financial year." Jike Azeez sudah ternyata gagal sama sekali dalam menerajui anak syarikat tabung haji (TH Real Estate), sudah tentu beliau tidak layak untuk menjadi pengerusi kepada tabung haji.

farydz said...

Sepatutnye admin keluarkn kenyataan najib bkn buat karangan mcm bdk sekolah..

farydz said...

Sepatutnye admin keluarkn kenyataan najib bkn buat karangan mcm bdk sekolah..