Friday, August 23, 2013


KERAJAAN BN DIGESA CONTOHI KETEGASAN TUN M MEMIMPIN NEGARA KETIKA BERKUASA, DAP SABAH

Pengerusi Democracy Action Party (DAP) Sabah Jimmy Wong Tze Phin menegaskan bahawa kerajaan perlu mencontohi ketegasan kepimpinan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad dalam melaksanakan undang undang Negara semasa berkuasa yang tidak berbelah bahagi ketegasannya.

Beliau berkata, tindakan paling popular beliau (Tun M) pada ketika itu sekitar tahun 1980an berupaya menurunkan kekebalan undang undang terhadap Institusi Raja Raja Melayu, dilakukannya demi mempertahankan hak demokrasi selain menghormati keluhuran Undang Undang Negara.

“ Tidak ada gunanya negara membuang masa meletakkan semula undang undang EO yang sudah lapok (tetapi) sebaliknya adalah lebih baik mereformasikan tugas dan tanggung jawab Pasukan PDRM sebagai suatu pilihan terbaik bagi menangani kegiatan jenayah diseluruh negara."

“ Selain PDRM, tetapi juga kepada lain lain agensi seperti SPRM, SPR dan ROS perlu ditransformasikan supaya ia kelihatan lebih tangkas dan berwibawa dizaman alab baru ini,” kata Jimmy yang juga merupakan Ahli Parlimen Kota Kinabalu pada Sabtu.

Jimmy berkata, sepertimana yang umum telah maklum bahawa kerajaan pada tahun 2011 telah pun menstrukturkan semula beberapa undang undang Negara yang difikirkan sudah tidak relevan lagi didalam keadaan semasa namun penguatkuasaannya masih belum sampai ke tahap maksimum untuk menangani kegiatan jenayah yang kini semakin meningkat.

Oleh kerana itu, tegasnya, Menteri Dalam Negeri Dato'Seri Ahmad Zahid Hamidi pula mengambil kesempatan menyalahkan kerajaan diatas pengguguran Emergency Ordinance (EO) dengan mendakwa kononnya ia adalah sebahagian daripada punca peningkatan kadar jenayah diseluruh Negara.

“ Dia mahukan EO itu dikembalikan untuk tujuan kegunaan membanteras peningkatan jenayah yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini tetapi persoalannya siapakah yang dipersalahkan didalam soal keselamatan awam dan Negara.

“Sudah pastilah semua orang bimbang tentang keselamatan diri masing masing...termasuk diri saya sendiri, jika ketegasan undang undang semakin lemah...disebabkan itu, kadar jenayah pula semakin meningkat,” tegasnya.

Dalam pada itu, Wong turut melahirkan kebimbangan dimana dengan populasi Negara telah mencecah seramai 28 juta tidak mungkin kadar nisbah 1:250 orang dibawah pengawasan setiap anggota Pasukan Keselamatan mampu mengawalnya.

Agak malang jika anggota Pasukan seramai 112,583 masih kekal digunakan untuk tugasan pentadbiran sedangkan sekurang kurangnya kira kira 60 peratus (daripada jumlah itu) seharusnya dikerahkan untuk membantu tugasan diluar bagi mengawal keselamatan awam, tegas Wong.

sumber : SABAHKINI.NET



Ibarat MENJILAT KEMBALI LUDAH DI ATAS NAJIS KHINZIR ...

Jika terbukti ketegasan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir menangani kegiatan jenayah, subversif serta pelbagai bentuk ancaman di negara ini dengan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO), apa perlu pembangkang kembali menyalak mahu menyalahkan kerajaan sedia ada.

Bukankah selama ini DAP, PAS dan PKR dan rakan sekutu parti pembangkang lain inilah yang cukup bejat mahu melupuskan ISA, EO dan pelbagai lagi undang-undang yang dianggap sebagai DRAKONIAN.

Kita boleh menganggap kenyataan rasmi Pengerusi DAP Sabah, Jimmy Wong Tze Phin sebagai PENYESALAN MAHA HEBAT akibat KEBODOHAN dan KEBOBROKAN pembangkang yang telah berjaya melupuskan undang-undang pencegahan paling efektif yang pernah digunakan oleh mana-mana negara di dunia ini.

Barangkali juga dengan peningkatan kadar jenayah yang semakin tinggi dan meningkatnya kematian para cina chauvinist dalam kongsi gelap, Pengerusi DAP Sabah TERPAKSA melakukan U-TURN membantah kembali tindakan kerajaan yang melupuskan ISA dan EO. Tidakkah ini hanya menunjukkan betapa BODOH BANGANGnya tindakan pembangkang selama ini.

Jika bukan kerana ahli politik pembangkang seperti Pengerusi DAP Sabah ini dan mereka yang sewaktu dengannya, negara ini sudah tentu aman dan harmoni.

Tidak perlu rasanya Pengerusi DAP Sabah ini melakukan kenyataan yang berbelit-belit mahu kerajaan mereformasikan tugas dan tanggungjawab PDRM. Adalah lebih baik jika beliau mencadangkan kembali PENGUATKUASAAN SEMULA UNDANG-UNDANG DRAKONIAN, yang telah berjaya dihapuskan secara total oleh Pakatan Rakyat selama ini.

Barangkali Pengerusi DAP Sabah ini telah tersedar dan tersentak dari lamunan setelah ribuan penjenayah yang ditahan dibawah UNDANG-UNDANG DRAKONIAN ini dibebaskan, kejadian jenayah semakin meningkat dari sehari ke sehari.

Barangkali juga beliau telah nampak dengan jelas ribuan penjanayah yang dibebaskan ini adalah hasil dari PEMBELAAN para peguam yang berkiblatkan pembangkang. Paling utama HASIL BUAH TANGAN pembangkang yang berjaya dalam misi memperbodohkan rakyat selama ini.

Tidak perlulah Pengerusi DAP Sabah ini memuji ketegasan Tun Dr Mahathir memimpin negara ketika berkuasa, rakyat sememangnya sudah tahu sejak dari dahulu.

Berikan pujian melambung kepada Anwar Ibrahim dan pembangkang, yang nyata cukup berjaya menghuru-harakan negara hasil dari kebodohan idea-idea yang diberikan. 

Tak mustahil Anwar Ibrahim MENGGIGIL dengan pujian melambung JIMMY WONG terhadap Tun Dr Mahathir, sama seperti sewaktu Nik Aziz memuji Tun Dr Mahathir yang prihatin terhadap kesengsaraan rakyat Palestin serta ketegasan beliau terhadap Israel ... rakan sekutu Anwar Ibrahim.






4 comments:

Anonymous said...

SI DAP YB BODOH DIA INGAT KITA BODOH - TUJUAN DIA SUPAYA ISA TIDAK DI 'KEMBALIKAN' DIA BERSELINDUNG DGN MEMUJI TUN - BANKRUPT IDEA

Anonymous said...

Makin DAJAL si DAPBANGKAI ini - skrg dia nak MEMPERGUNAKAN Tun Dr. Mahathir kita, utk terus MENGHENTAM YAM Raja-Raja Melayu kita, KERANA mereka Ketua Agama Islam, dan si DAPDAJAL ini terus MENGGERTAK umat Islam/Melayu dgn. "demokrasi/hak asasi" SAMPAH Barat-Zionis! Ini juga disyaki bertujuan MENGALIH perhatian dari GENG-GENG KONGSI GELAP CINA/INDIA, apalagi PERKASA buat lapuran polis hari ini, ke atas mana-mana pemimipin yg. hentam tugas polis lawan jenayah.

Drama yg. sungguh jijik dari DAPBANGKAI ini juga adalah sambungan penyerangan makin RAKUS dari puak Kristian Zionis DAPBANGKAI/PKR terhadap Islam/umatnya, dgn. tujuan utama utk. MENJATUHKAN Islam sbg. AGAMA PERSEKUTUAN dan Malaysia, bumi PUSAKA kita ini, sbg. NEGARA ISLAM.

Di samping itu, disyaki utk. menghalang siasatan kes-kes umat Islam/Melayu, termasuk pemimpin/polis-polis Melayu, yg. makin diBUNUH/ROMPAK/RACUN/LANGGAR dgn. kejam, disyaki oleh GENG-GENG KONGSI GELAP CINA/INDIA (tengok 4 pegawai JAKIM dilanggar lari lori balak dan Mufti Perlis dirompak, semuanya di S'wak, dan Ketua Pengarah Felda kita yg. dirompak semalam). Geng-geng ini disyaki diTAJA oleh Cina SAMSENG DAPigs/PKR, dan sekutu mereka dari PAP-Barat-Israel, utk. MENAKUTkan umat Islam/Melayu dan menghuru-harakan NEGARA ISLAM kita ini. Maka lansung MEMFITNAHkan pemimipin/polis Islam/Melayu kita seolah tak boleh dipercayai oleh Bukan Islam.

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM/UMNO/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.

Anonymous said...

sekurang kurangnya dia paham rasional tindakan tun kurangkan kuasa sultan dulu...ramai org melayu yang masih x paham :)

Anonymous said...

dan dia juga faham kenapa anggota polis perlu ditambah..jauh berlawanan dengan pandangan nurul izzah