Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad secara sinis menyatakan Malaysia akan lebih terselamat daripada krisis bankrap sekiranya Tun Abdullah Ahmad Badawi terlebih dahulu menjadi Perdana Menteri.
Menurut beliau, perkara itu berdasarkan 'kejayaan' Abdullah membatalkan projek pembinaan jambatan bengkok, projek landasan kereta api berkembar dan projek bekalan elektrik yang membabitkan kos berbilion-bilion ringgit.
Katanya, projek jambatan bengkok membabitkan kos kurang daripada RM1 bilion namun pembatalannya menyebabkan kerajaan rugi kira-kira RM200 juta dari segi nilai pampasan dan kerja-kerja yang belum selesai.
Tambahnya, pembatalan projek landasan kereta api berkembar dari Johor Bahru ke Padang Besar pula membolehkan kerajaan menjimatkan sebanyak RM14 bilion meskipun selepas itu kerajaan meluluskan projek serupa dari Ipoh ke Padang Besar dengan kos RM12 bilion.
"Saya mengakui saya adalah Perdana Menteri yang boros membelanjakan wang kerajaan untuk membina Lebuh Raya Utara-Selatan, jambatan Pulau Pinang, West Port, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Putrajaya, Cyberjaya dan banyak lagi.
"Jika Abdullah terlebih dahulu menjadi Perdana Menteri, semua projek itu mungkin dibatalkan untuk menyelamatkan Malaysia daripada bankrap," katanya menerusi entri terbaharu di blognya di www.chedet.cc hari ini.
Menurut Dr. Mahathir, kerajaan ketika era Abdullah juga berjaya menyelamatkan berbilion-bilion ringgit ekoran projek koridor yang setiap satu dianggarkan menelan kos RM70 bilion tidak digerakkan.
Dalam keadaan itu, tambah beliau, kerajaan yang ada sebelum berlangsungnya Pilihan Raya Umum Ke-12 adalah sebuah kerajaan yang kaya.
Namun, apa yang dikesalkan, katanya, rakyat tidak menghargai berbilion-bilion ringgit yang diselamatkan itu sebaliknya memilih pakatan pembangkang memerintah di lima negeri selain menyebabkan kerajaan sedia ada hanya memperoleh majoriti mudah.
"Bayangkan berapa billion ringgit boleh diselamatkan jika saya berundur lebih awal sebelum membina Lebuh Raya Utara-Selatan, jambatan Pulau Pinang, KLIA, West Port, Putrajaya, Cyberjaya, Menara Berkembar Petronas dan pelbagai projek mega lain.
Hallo, Hallo ... Minta Bantuan, Minta Bantuan ...
"Kita mungkin akan 'duduk' di atas berbilion-bilion ringgit," katanya.
sumber : UTUSAN MALAYSIA
11 comments:
YANG DAPAT nikmat DARI KEBERADAAN JAMBATAN pULAU mUTIARA adalah CINAPENG, TETAPI DALAM BAB POLITIK ia tidak menghalang Dap jadi PILIHAN.
Siniss jek tun bagi..
tanpa adanya jambatan bengkok Gelang Patah terlepas, kalau ada jambatan bengkok agakya kawasan lain jugak terlepas?
Memang MAHATAIK@MAHASHIT hebat, malah mahahebat.
Kepada yang menghina tu tanya diri sendiri apa sumbangan dan pencapaian yang boleh dibanggakan andai berasa diri kamu terlebih hebat dari Tun Dr Mahathir.
Lu sendiri pikir pun tak boleh!
OM - Melayu Luar Negara
Hah...hah...tu dia.....Jgn di kacau Singa yg berehat, Tun M saya perlu akui seorang yg tahu fakta tentang sesuai project, dia buat study dulu kemudian baru dia p buat visit.jgn kelentong or goreng Tun M, he is man with fact.
blogger yg bijak dan fair akan gunakan tajuk ini:
Bila T Jambatan jentik telinga Tun Batal
2:29,
Dalam koteks hina... penggunaan Tun Tidur itu apa komen anda?
2:49,
sama ada ko tak faham istilah singa berehat atau sengaja buat-buat tidak tahu... bila masa pulak singa tu pernah berehat dari 2002 sampai 2013?
Chantek dan bersesuai gelaran tu yg bersandarkan fakta..
3:14,
maksud kamu Tun Jambatan ker?
Post a Comment