GELOMBANG WANGSA MAJU: 06/15/11

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

'CHINA DOLL' DAN 'CIKARO' ANWAR IBRAHIM ... YANG TELAH DIKENALPASTI BLOGGER ... MANTAP !

| Wednesday, June 15, 2011

Bukan mudah kerja blogger pro kerajaan, semakin hari semakin kritis dalam mengenalpasti barua Anwar Ibrahim dalam UMNO.

GWM cukup berterima kasih dengan hasil gerak kerja blogger Medan Info Kita, The Flying Kick dan Aku Peduli Apa (A.P.A.) dan beberapa sahabat blogger yang lain ... mantap hasil kerja dan risikan.

Klik artikel dibawah untuk santapan sanubari ... juak-juak pembangkang tak payah menyibuk! Lu punya 'Agent Orange' sudah kena gam!

MEDAN INFO KITA ... Benarkah Setpol Najib Datuk Sahlan Dalang

THE FLYING KICK ... Perang Terhadap Azwandin Telah Diwar-warkan

A.P.A. ... Kalau Ada Yang Menjual, Aku Sanggup Membeli


Inilah yang dikatakan sebagai 'cywar'! ... mengenalpasti musuh dalam selimut! Bukan seperti unit-unit media yang ditubuhkan oleh UMNO! ... depan mata masih lagi tidak nampak musuh. Yang nampak hanyalah Jodoh!


Mungkin setelah ditembak secara berdepan, barulah terhegeh-hegeh untuk 'identify and kill' musuh! Dah tak sempat tu! So ... budget yang diperuntukkan buat apa?

Tanpa sebarang budget ... pun Blogger Nyamuk mampu kenalpasti dalang!




ROBERT KUOK ... MEMBAHAM TANGAN YANG MEMBERI SUAPAN !

|
Isu kenaikan gula sangat hangat di perkatakan!! Benar, ada yang bersuara, kenaikan hanya melibatkan kenaikan 20 sen sekilogram bukannya RM 1 pun! Ini adalah suara mereka yang tidak peka kepada kesan bahana kenaikan harga gula 20 sen kepada rakyat Malaysia.

Kenaikan kali keempat bermula tahun lepas nampaknya ada yang tidak kena, secara logik kerajaan nampaknya sangat tidak prihatin dengan rakyat yang memerlukan gula untuk hidangan didalam makanan dan minuman, untuk perniagaan dan juga perubatan serta sebagainya.

Kenaikan harga gula membuat jutawan yang di gelar ‘Raja Gula Malaysia’ iaitu Tan Sri Robert Kuok tersenyum lebar. Persoalanya ? Adakah punca kerajaan menaikkan harga gula ada kaitan dengan ‘demand’ dari raja gula ini ?

Cubaan bermain wayang beliau nampaknya sentiasa berjaya. Penulis tertanya-tanya kenapa setiap kali ada kenaikan harga gula kerajaan di hentam teruk. Kenapa tidak dihalakan kesalahan itu kepada jutawan Robert Kuok ini yang sudah pasti berkuasa dalam menentukan harga gula semasa?

Adakah mungkin ini satu muslihat Robert Kuok atau ini cerita yang direka! Kesan dari kenaikan ini mengurangkan sokongan rakyat kepada kerajaan.

Sedikit info siapa Robert Kuok yang dikatakan "Raja Gula Malaysia" ...


Beliau merupakan orang yang menghuni tangga pertama senarai orang terkaya di Malaysia dengan aset bernilai RM 32 Billion. Penglibatan awal Robert Kuok adalah pada 1 April 1949 bermula dengan penubuhan Kuok Brothers Sdn Bhd yang mengambil alih perniagaan jual beli yang diasaskan oleh bapanya Keng Kang.

Bapa beliau menjalankan perniagaan jual beli keperluan asas dengan izin Sultan Johor dengan membekalkan keperluan tersebut untuk 50,000 tahanan Perang Jepun kepada kerajaan British.

Selepas kemerdekaan Malaysia, beliau mengasaskan Malaysia Sugar manufacturing Company pada dan mula menjalankan perniagaan secara besar-besaran. Enam tahun selepas itu, beliau menubuhkan pula syarikat penapisan gula yang pertama di Malaysia iaitu Malaysian Sugar Manufacturing. Syarikat ini mendapat perlbagai kemudahan dan status monopoli dari pihak kerajaan Malaysia.

Lihatlah betapa berkuasanya Robert Kuok ini? Beliau juga telah membuka banyak ladang tebu di Malaysia dan Indonesia bagi memenuhi keperluan permintaan seterusnya meningkatkan reputasi beliau sebagai pengilang gula terbesar di Dunia.

Rasa-rasanyalah, adakah langkah kerajaan menaikkan harga gula ada kaitan dengan ugutan beliau kepada kerajaan untuk bertindak menaikkan harga gula semasa?

Rasanya kebenaran itu ada kerana dengan kuasa yang dimilikinya tidak heranlah beliau boleh berbuat sesuka hati.

Kerajaan sememangnya memperkenalkan harga syiling bagi barang kawalan termasuk gula di bawah AKTA KAWALAN BEKALAN 1972 dan AKTA KAWALAN HARGA 1946 namun jika kuasa bekalan itu di monopoli oleh pengeluar tunggal negara maka kerajaan sendiri tidak dapat mengawalnya lagi.


Pertimbangan kerajaan berkenaan kenaikan harga gula tidak boleh dibuat sewenangnya kerana bekalan gula negara hanya di pegang oleh syarikat Robert Kuok sahaja. Dengan kuasa pembekalan bekalan gula negara sudah pasti kerajaan akan tunduk dengan desakkan supaya menaikkan harga gula sedangkan ini tiada kaitan atau sabit langsung dengan kenaikan harga gula sedunia.

Adakah ini strategi Robert Kuok dan adakah ia dilihat berjaya kerana bila beliau mahu harga gula dinaikkan kerajaan terpaksa mempertimbangkan permintaan harga yang beliau minta, sekiranya kerajaan berkeras tidak mahu memenuhi tuntutan yang di minta maka bekalan gula tidak di bekalkan langsung , ini lagi menambahkan kesulitan kepada pengguna gula jika bekalan gula susah diperolehi di pasaran.

Bila keadaan ini terjadi maka kerajaan tersepit antara menaikkan harga gula atau berdepan dengan masalah bekalan gula pula.

Robert kuok adalah seorang ahli perniagaan yang mahukan keuntungan sahaja ? Susah senang rakyat mana ada sikap hendak ambil peduli. Kerajaan kena tegas kerana jika berlaku sebarang kenaikan harga makanan sudah pasti rakyat akan menghalakan kesalahan di bahu kerajaan.


Tindakan tegas dikenakan kepada sesiapa yang cuba mengambil kesempatan keatas barang kawalan dan keperluan negara yang utama seperti gula ini harus dititik beratkan.

Jika ada sesiapa yang sewenangnya cuba membuat ugutan sebegini termasuk orang terkaya di Malaysia Robert Kuok-ambil tindakan menarik semula lesen mengilang dan sebagainya.



sumber : KRITIS ONLINE

PAKATAN SULIT ANWAR IBRAHIM & ROBERT KUOK ?!

|





Terjemahan Surat

Encik Robert Kuok
Pengerusi, Kerry Group
Hong Kong

Per: Pembinaan hotel Shangri-la di Istanbul

Tuan,


Saya amat tersentuh dengan keakraban antara kita serta peluang menikmati makan malam bersama anak-anak tuan di Hong Kong awal tahun ini. Saya amat menghargai susah payah dan layanan tuan dan saya berharap kerjasama di antara kita akan berpanjangan.

Tujuan saya menulis surat ini sebagai susulan perbincangan kita berhubung perluasan jenama Shangri-la ke Turki. Kakitangan saya telah menyediakan cadangan awal dan saya mohon pertimbangan daripada pihak tuan.

Kami telah mengenal pasti beberapa hartanah termasuk tanah kosong dan hotel-hotel yang sedia ada sebagai lokasi berpotensi bagi pembinaan hotel Shangri-la. Ini termasuk:


(i) Tanah ‘Sariyer’: 52,000 meter persegi dengan pemandangan panorama indah sekitar Bhosporus yang terletak berhampiran kawasan komersil baru Maslak. Tanah dengan keluasan binaan maksimum 35,000 meter persegi itu dikhaskan di bawah zon pembinaan hotel 5-bintang. Kami menjangka keluasan binaan boleh ditambah hingga 45,000 meter persegi. Kos pemerolehan dijangka sekitar AS$20-30 juta.

(ii) ‘Hotel 5-bintang Taksim’: Sebuah hotel 5-bintang yang sedia terbina di kawasan berprestij Taksim. Hotel tersebut mempunyai lebih 300 buah bilik penginapan dan terletak berhampiran hartanah 5-bintang lain. Kos pemerolehan dijangka AS$160-170 juta.

Kami mendapat maklum balas positif daripada beberapa orang pelabur yang berminat menyertai projek ini sebagai rakan kongsi. Paling utama, Dallah Barakah Bank, yang menyatakan minat membeli tanah kosong berkenaan bagi tujuan memulakan pembinaan. Kami juga sedang berusaha mencari rakan kongsi bereputasi untuk menyertai konsortium dan secara aktif menyatakan kepentingan projek berkenaan di Turki.

Kakitangan saya akan mengemukakan kepada tuan maklumat terperinci mengenai hartanah yang mereka telah kenal pasti itu.

Hartanah-hartanah berkenaan belum lagi diumumkan. Jika kita bertindak cepat, kita akan mendapatkannya bersama beberapa buah infrastruktur (jika boleh) pada kadar diskaun.

Jika tuan bersetuju kakitangan saya bersedia mengadakan pertemuan dengan pihak tuan bagi tujuan membangunkan projek ini secepat mungkin.

Saya, Azizah dan anak-anak saya mengucapkan kepada tuan, Pauline dan seluruh keluarga tuan kesejahteraan sentiasa -sin nien hao, nien-nien hao.

Yang benar,


Anwar Ibrahim


Read More ...
AIDC
and do read this article ...
AIDC

MAT SABU 'MAIN BELAKANG' AMBIGA SEEVERASAN ! ... PAS KATA GASAKLAH !

|
BERSIH yang kalau di dengar memang lah bunyi yang sedap di dengar dan kalau di sebut pun pasti mendatangkan kepuasaan. Namun itu hanya sekadar Kata yang tertulis semata mata dan ianya membawa maksud yang bermacam cara.

Gomo sebenarnya agak Hairan dengan pihak Pakatan Pembangkang yang membawa Demo BERSIH yang kata mereka akan di lakukan pada 9hb Julai 2011 yang mana pada hari Sabtu yang mana demo tersebut akan bertumpu lokasinya di Kuala Lumpur.

Pada hari Sabtu tersebut lokasi Pusat Bandaraya pasti di penuhi warga kota dan luar yang akan hadir bagi membeli keperluan dan yang paling menarik pada hari Sabtu itu juga terdapat nya Pasar Malam jalan TAR di Lorong Tungku Abdul Rahman yang sememangnya di banjiri peniaga dan pembeli ribuan orang.

Gomo nak mengajak anda mengimbas kembali apa yang berlaku kepada para peniaga Pasar Malam TAR ini sewaktu Demo Anti ISA yang di lakukan oleh Pakatan Pembangkang pada Ogos 2009.

Peniaga peniaga sekitar lokasi Demo berlangsung kerugian sehingga ratusan ribu apabila perniagaan tidak dapat berjalan malah ada kelengkapan peniaga turut Rosak akibat dari terjahan para pendemo yang lari bertempiaran setelah di sembur GAS pemedih mata oleh FRU.Tidak cukup dengan itu Harta Awam di rosakkan dengan cukup Dasyat sama sekali oleh pendemo pendemo Pakatan Pembangkang.


Waktu itu Demo Anti ISA yang sebenarnya tidak lain dan tidak bukan hanya untuk menunjuk nunjuk bahawa Kekerasan dan Keganasan yang di bawa oleh Pemimpin Pakatan Pembangkang mampu menarik rakyat untuk bersama mereka.

Sekarang mereka ingin sekali lagi membuat Onar di Kuala Lumpur dengan berdemo menentang kerajaan Malaysia yang di katakan tidak bersih. Sekali lagi Harta Awam akan di rosakkan, sekali lagi para peniaga sekitar lokasi demo akan mengalami Kerugian. Apakah ada yang akan kisah dengan pekara ini?

Rakyat Malaysia sebenarnya perlu jelas dengan agenda Pakatan Pembangkang yang sebenarnya cuba membawa budaya Demonstrasi ke jalanan ini dalam menghancurkan Negara. Akibat Demo ini kelak negara luar akan memandang serong kepada Malaysia dan seterusnya pelabur akan lari.


Pemimpin yang memimpin BERSIH juga bukanlah orang yang bersih dan lihat sahaja Dato Seri Anwar Ibrahim yang masih di dalam perbicaraan kes Liwat 2.0 dan Video Seks beliau dengan Pelacur China. Apakah itu BERSIH?

Mat Sabu yang baru menang Timbalan Presiden PAS juga turut sama dalam memimpin Demo BERSIH ini. Apakah Mat Sabu bersih setelah di tangkap Khalwat dengan seorang wanita ISTERI ORANG?

Sudah sudah lah Rakyat Malaysia di perbodohkan oleh mereka yang tak BERSIH ini. Jangan kelak yang merana adalah kita rakyat Malaysia. Kita bertamadun dan punyai saluran dalam membawa sesuatu isu dan bukan Keganasan yang perlu di tunjukkan rakyat Malaysia.





Ayuh kita Pakat Ramai Ramai Tolek Demo BERSIH ini!!!!
KLIK DI SINI


Psssttt....Sekali lagi peniaga melayu Jalan TAR akan mengalami kerugian....


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT



Posted by Papa Gomo
 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU