Tuesday, June 1, 2010


Bunyi seakan akan bodoh ... Malaysia mampu jimat sebanyak RM103 billion untuk lima (5) tahun akan datang sekiranya Kerajaan mulai sekarang, mengurangkan subsidi secara berperingkat.

Atau dengan kata lain, negara akan bankrupt pada tahun 2019 ( 9 tahun dari sekarang ) mengikut pendapat Idris Jala (mampos mamat sorang ni, belum apa apa dah buat panik) jika ... jika hutang Kerajaan bertambah sebanyak 12 % setahun.


Mmmmm ... sedap juak juak pembangkang dengar ni, tiap tiap hari boleh buat isu dalam ceramah 'bahlol' perdana. 'klise' tak habis habis ...

Nak terus bagi subsidi ... juak juak pembangkang mula terhereng sana terhereng sini mendakwa Kerajaan cukup hebat membazir dalam mengawal perbelanjaan negara. Potong subsidi ... mula dakwa Kerajaan 'membunuh' periuk nasi rakyat, terlalu membazir sampai nak bankrupt, rasuah, bla bla bla bla ...



Inilah pun kerja 'tetap' juak juak pembangkang. Tidak melampau jika dikatakan kita juga turut terheret dengan 'narrow minded' juak juak ini.

Rasanya, inilah keputusan paling 'tidak popular' yang dikeluarkan oleh Kerajaan semenjak mencapai kemerdekaan yang mampu membunuh undi di PRU 13. Rasanyalah ! ... Belum tentu lagi ! Government is not that stupid I presume ...

Kita boleh mengamuk sekarang, buat demonstrasi, piket ramai ramai, join sekali dengan juak juak pembangkang, tapi apa resolusi kita ... apa 'back up' plan kita sebenarnya. Adakah pernah terlintas di kepala kita 'future generation' akan menyumpah kita jika kita membantah 500% langkah yang diambil Kerajaan.

Tak boleh bayangkan lagi ??? Atau pembaca mula berfikir ... gila ka apa penulis sorang ni ? Orang lain dok bantah, ngko senang senang telan bulat bulat cadangan Kerajaan. Malaysiakini semalam sudah mula 'membelasah' Kerajaan dengan anggapan 'Subsidy for Cronisym'. Ekonomi negara mungkin akan menjadi seperti di Greece ! Wah pandai betul !

Macam nilah! kita 'based' data data yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia, tak percaya lagi, kita 'based' pulak dari World Bank dan International Monetary Fund (IMF). Amacam !

Susah nak 'convince' juak juak pembangkang ni. Dia orang lebih percaya kepada 'orang luar'. Tidak mengapa, kita bagi laporan/sumber dari World Bank dan International Monetary Fund (IMF). Sila cari sendiri dalam website data data dari dua badan dunia ini. Takkan semua nak 'spoonfed', jangan jadi pemalas!


> Pergerakan / Pertumbuhan ekonomi negara adalah positif (pertumbuhan sebanyak dua digit pada suku pertama tahun fiskal)

> 'Budget' / Belanjawan negara 'substantially' tumbuh dalam masa 2 tahun akan datang atas dasar ekonomi negara sedang berkembang.

> Negara mengamalkan 'prudent financial management' dan 'tight monetary policies' yang akan menghalang 'cross country swaps' seperti yang berlaku di Greece.

> Negara tidak terperangkap dengan 'euro capsule' seperti di Greece yang menggunakan satu matawang untuk Benua Eropah. Negara lebih fleksibel untuk mengurus matawang, kos dan harga barang.

> Malaysia merupakan di antara kelima (5) negara yang mempunyai 'high saving rate'. Pada 31 Disember 2009, dana terkumpul Employees’ Provident Fund (EPF) sebanyak RM360billion.

> Negara masih mewah dengan 'abundant resources' dan 'diversified economy' yang menghalang kita terjerumus kedalam lingkaran 'bankruptcy'.

Namun pengurangan sudbsidi secara berperingkat perlu lebih pragmatik dan berpandukan pergerakan ekonomi dalam tempoh tiga (3) tahun (forecasting) tanpa pembaziran sumber dan dana. Dengar tu menteri, timbalan menteri terbabit denagn kementerian masing masing. Jangan main belasah je buat pembentangan 'budget'.

Kita tidak perlu melihat Greece ... dia punya defisit belanjawan cukup menggerunkan sebanyak 13.6% pada tahun 2009. Negara pula berjaya menurunkan defisit belanjawan 2009 dari 7% ke 5.6%.


Tak payah panik sebenarnya!

Tahun 1998 bila kita mula membuat 'capital control' pun World Bank dengan IMF menjerit macam nak gila tuduh kita buat 'uncharacteristic economic move'. Anwar Ibrahim pun join sekaki dengan juak juak dia i.e. Michael Camdessus, Paul Wolfowitz dan James Wolfensohn dengan mengatakan ekonomi negara bakal punah dalam masa lima (5) tahun. Apalagi dengan juak juak pembangkang pun ikut Al Juburi buat statement menggila babi. Termasuklah dengan salah seorang Penasihat Ekonomi di World Bank sekarang ni ... Professor Jomo K Sundram yang lantang menghentam Kerajaan dan Tun Dr Mahathir pada waktu itu. (Sekarang beliau mengakui langkah Tun Dr Mahathir cukup tepat dan bijak).

Sekarang macam mana ? Alhamdulillah ... Okay je !


MELAYU ATAS PAGAR

3 comments:

lord ried said...

baca sambil santai saja

ADIK BEWAK TADAK TAU LA GHAMAI PELAJAQ2 MALAYSIA TERUTAMA YANG PI BELAJAQ BELANJA SENDIRI ANGKAT SENJATA SAMA2 NGAN MUJAHIDIN. ADIK BEWAK MANA TAW..... ARI2 DOK BERKAREOKE. LEPAIH KAROEKE NONTON AKADEMI FANTASIA. ADIK BEWAK HANYA DOK BAWAH PURONG MAKSIAT..... MANA TAW.
MEH NAK HABAQ......

ADA KA PUAK2 BEWAK KENA ISA SABIK DOK ANGKAT SENJATA BERSAMA2 MUJAHIDIN ? KALU PUAK PAS ADA....
SALAH SATUNYA NIK ABDUH BIN NIK AZIZ BERAPA TAUN KENA ISA, SEMATA2 BERJUANG SAMA NGAN MUJAHIDIN. TADAK
SAPA YANG BERANI BUKAK RAHSIA KALU
PI ANGKAT SENJATA. BOCOQ RAHSIA MISTI EJEN YAHUDI KAT MALAYSIA TANGKAP WAT MASUK REHAT DALAM KEM KEMUNTING.

SETAW ABANG YANG DOK ANGKAT SENJATA KERIS ADA LA PUAK2 BEWAK NI MASA PERSIDANGAN AGUNG PARTI BEWAK. LAWAK NYA MENTERI PONDAN PON ANGKAT CIUM KERIS JUGAK MASA DIA JADI KETUA PEMUDA PARTI BEWAK.
SEMUA KETUA2 PEMUDA PARTI BEWAK NI
MISTI BAWAK KERIS MASA PERSIDANGAN AGUNG. KALU DIA TAK ANGKAT MISTI CIUM PUNYA. MASA ANGKAT TU...DENGAN KATA2 SEMANGAT LANGKAH MANYAT PEMUDA KALAU ITU DAN INI.
TAPI LEPAIH SATU,,,, SATU DOK SEDEKAH KAT CINA SINGAPORE TU.
TERBAGHU DUA TELAGA MINYAK. AWAT TAK ANGKAT KERIS TU. MANA KERIS LANI. SIKIT LAGI NGAN KERIS2 TU HILANG NENTAH KEMANA.

ABANG NAK CADANG SIKIT LA........
LAMBANG KERIH KAT MENDERA UMNO TU BULIH DITUKAQ LA NGAN MENDE2 LEIN YANG LEBIH SIGNIFIKAN SIKIT NGAN
TELOQ BEWAK2 PEJUANG MELAYU LANI.
LEBIH BEIK LAMBANG KERIH TU DITUKAQ LAMBANG KUKUQ NYIUQ KA, GAMAQ BEWAK KA, SELIPAQ JEPUN KA ATAU PALING BEIK SEKALI GAMAQ TAIK.

ADIK2 BEWAK....... ABANG DAH NAK BERENTI DAH NI. LEIN KESEMPATAN ABANG MAI GURAU LAGI.

he he he
gurau ngan puak2 bewak

Anonymous said...

ngko ni kelako la lord reid. masuk juara lawak mau menang ni !!!

Melayu Pasir Gudang said...

Banyak persoalan timbul antaranya Pertama tentang kredibiliti dan kebertanggungjawaban semua menteri Kabinet DS Najib dalam menangani isu ini supaya Negara tidak bankrap, Kedua apakah istilah yang di gunakan oleh Idris Jala ini tepat. Ketiga adakah dengan pengisytiharan atau amaran ini akan memulihkan keadaan ekonomi Negara, Keempat tidakkah menteri ini berfikir tentang implikasi kepada rakyat bila mengumumkan perkara itu dan pelbagai andaian timbul berkenaan keberkesanan pentadbiran PM dalam hal ini, secara langsung pengumuman ini di gunakan oleh pihak pembangkang untuk memburukkan lagi kepimpinan DS Najib. Atau ADAKAH INI STRATEGI KERAJAAN UNTUK MENARIK BALIK SUBSIDI KEPADA RAKYAT?. Apakah kerajaan sekarang tidak mampu dan mahu lagi menjadi Negara kebajikan kepada rakyat?.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak bersetuju dengan pandangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala bahawa negara boleh bankrap jika diteruskan pemberian subsidi kepada rakyat.Beliau berkata, kesan jangka panjang terhadap Malaysia jika subsidi diteruskan adalah akan menjadi negara ini miskin apabila banyak wang dikeluarkan untuk membantu rakyat manakala pendapatan pula berkurangan.
''Saya fikir untuk menyampaikan mesej kepada orang ramai, Idris telah membesar-besarkan perkara ini kerana bagi saya Malaysia tidak akan bankrap sebaliknya hanya akan menjadi miskin," katanya.Malaysia merupakan antara negara yang memberi subsidi tertinggi kepada rakyatnya iaitu berjumlah RM74 bilion pada 2009.Dr. Mahtahir berkata, bagi memastikan Malaysia tidak menjadi miskin, kerajaan perlu mengurangkan pemberian subsidi kepada rakyat tetapi ia hendaklah dilakukan secara beransur-ansur dan bukannya mendadak.
Kepada bapak –bapak menteri cubalah berfikir sebelum membuka mulut, jangan kejar publisiti yang akhirnya negara huru-hara.