Thursday, April 15, 2010

Malam tadi jam 8.30 malam, Selasa 13 April 2010, pasukan UMWM telah meninjau pengumuman calon untuk PENIPU RAKYAT yang berlangsung di Pusat Komuniti Rakyat Serendah.

Dianggarkan hampir 3,500 ke 5,000 rakyat berkumpul ( yang rata ratanya orang luar, lebih kurang 75% ) bagi menyaksikan calon pilihan PENIPU RAKYAT. Pelbagai gelagat penyokong penyokong PKR, PAS dan DAP dilihat. Nampak cukup meriah, macam pesta FUNFAIR. Namun yang pelik adalah MENGAPA TIADA BENDERA PAS BERKIBAR DI PUSAT KOMUNITI SERENDAH ??? Yang terlihat hanyalah panji panji PKR ( PARTI KENCING RAKYAT ) dan DAP (DUMBASS ANARCHIST PARTY ). Itupun hanyalah panji panji DAP dari Pekan Kerling.



Upacara dimulakan dengan pidato pidato SAMPAH dari Bekas Menteri Kesihatan Dato Dr Chua Jui Meng, Dr Xavier, Pengerusi PKR Sabah, DS Nizar, Ketua AMK Shamsul (Kencing Dalam Seluar) Iskandar @ SAM, Saifuddin Nasution, Khalid (Memang Tergagap gagap) Gagap. Hanya pidato DS Nizar dan Saifudin Nasution yang nampak lebih tersusun dan bersemangat yang mana selebihnya main cukup syarat.

Pidato pidato yang disampaikan kesemuanya lebih menjerumus kepada USAHA USAHA UNTUK PENIPU RAKYAT KE PUTRAJAYA UNTUK MERAMPAS TAMPUK KUASA. Cukup menggelikan hati kerana pilihanraya ini adalah Pilihanraya Kecil peringkat Parlimen Hulu Selangor. Rata rata pidato yang disampaikan langsung tidak menyentuh isu isu berkaitan Hulu Selangor !!!!

Amat memeranjatkan kerana LIM KIT SIANG, LIM GUAN ENG & KARPAL SINGH tidak hadir pada hari pengumuman calon. Yang hadir hanyalah Timbalan Pengerusi DAP, TAN SENG GIAW. UMWM agak musykil kerana THREE STOOGES ini sentiasa hadir pada hari pengumuman calon untuk PENIPU RAKYAT. Apakah sudah ada tanda protes atau tidak puas hati dikalangan PENIPU RAKYAT terhadap calon pilihan ANWAR 'AL JUBURI' IBRAHIM???

Sebelum ketibaan ANWAR 'AL JUBURI' IBRAHIM bagi mengumumkan calon pilihan, upacara diteruskan dengan pidato 5 minit dari TAN SENG GIAW seolah olah mengingatkan KHALID GAGAP tentang isu isu berkaitan tanah dan kerja kerja tak siap oleh Kerajaan Negeri Selangor. Agak pelik kenapa persoalan sebegitu timbul pada malam penamaan calon. TAN SENG GIAW secara jujur menyatakan HARAPAN UNTUK MENANG MUNGKIN KURANG 50% sambil menyeru petugas petugas untuk bekerja keras menggempur kubu BN di Bukit Beruntung.

TUAN GURU HAJI HADI meneruskan pidato 5 minit sambil mengingatkan PENIPU RAKYAT supaya bekerja lebih keras untuk menolak dakyah dan permainan jahat BN. Namun apa cukup menggamit perhatian UMWM adalah ucapan TUAN GURU HAJI HADI tidak bersemangat dan hambar. Mimik muka beliau sewaktu berucap menimbulkan seribu persoalan. Apa yang menghairankan apabila beliau berkata "BN PERLU MENGEMUKAKAN CALON PENUH KREDIBILITI DAN DITERIMA RAKYAT SEKIRANYA MAHU MENCAPAI KEMENANGAN".



Ucapan TUAN GURU HAJI HADI agak simbolik kerana UMWM berasa ianya sebagai 'Silent Signal' buat BN sekiranya mahu menang. Apakah TUAN GURU HAJI HADI juga sudah menunjukkan 'silent protest' untuk calon pilihan PENIPU RAKYAT.

Ketibaan ANWAR 'AL JUBURI' IBRAHIM menyemarakkan semangat penyokong penyokong PELIWAT TEGAR ini dan disambut dengan lagu 'FINAL COUNTDOWN' dari kumpulan Europe. Cukup sadis kerana lagu yang dimainkan seolah olah mengatakan ini merupakan 'Final Attempt' bagi PENIPU RAKYAT untuk menang.

UMWM sempat bertanya sekeliling mengenai calon pilihan para penyokong PENIPU RAKYAT. Majoriti pilihan adalah kepada Dr. Haliley sebagai calon pilihan kerana ura ura sudah bertiup kencang yang beliau adalah calon terbaik untuk mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Tepat jam 11.30 malam, calon pilihan PENIPU RAKYAT diumumkan. Agak memeranjatkan apabila ANWAR 'AL JUBURI' IBRAHIM mengumumkan DATUK ZAID IBRAHIM sebagai calon pilihan untuk kerusi Parlimen Hulu Selangor. Beliau mengatakan "ZAID ADALAH CALON TEPAT KERANA BELIAU SANGGUP MELEPASKAN JAWATAN MENTERI SEBAGAI MEMPERTAHANKAN PRINSIP DAN BERTEPATAN DENGAN SEMANGAT RAKYAT". ANWAR 'AL JUBURI' IBRAHIM juga menyatakan ZAID adalah calon tempatan kerana sudah lama bermastautin di Selangor walaupun berasal dari Kelantan.



Pada waktu ini sudah kelihatan ramai pak pak serban dan kopiah meninggalkan PUSAT KOMUNITI SERENDAH sambil merungut tidak puas hati dengan calon yang diletakkan. Dianggarkan lebih kurang 1,000 ke 1,500 rakyat beredar sebagai tanda protes dan tidak puas hati. Kebanyakan penyokong resah kerana ZAID dianggap 'Liabiliti' dan 'Bullet' untuk BN menyerang PENIPU RAKYAT.


Penyokong penyokong mula meninggalkan Pusat Komuniti Serendah sewaktu pengumuman calon.

UMWM teringat ucapan pidato Saifuddin Nasution yang jelas menyatakan calon yang dipilih adalah ELOK dan CERDIK. CERDIK mungkin terlihat pada ZAID IBRAHIM kerana beliau adalah 'Lawyer', pemilik ZAID & CO dan tokoh korporat.

Namun ELOK, agak sukar ditafsirkan kerana beliau sememangnya TENAT.

TENAT dari segi kes politik wang sewaktu didalam UMNO tewas menjadi Ketua Bahagian UMNO Kota Bharu.

TENAT kerana beliau adalah 'Lawyer' yang kaya raya hasil dari produk DEB dengan pendapatan sebanyak RM 2,000,000 setahun hasil dari urusan urusan Kerajaan berkaitan dengan kes kes penswastaan Kerajaan dan lain lain keperluan 'conveyancing' Kerajaan. Namun dengan TENATnya berkata beliau tidak kaya dan berpendapatan sederhana.

TENAT kerana beliau paling lantang menolak HUDUD dan melabelkan PAS sebagai PARTI ISLAM SEMPIT. Ahli ahli PAS tentu masih ingat lagi dengan kronologi peristiwa ini.

TENAT kerana beliau juga dilabelkan sebagai KAKI MINUM dan KAKI MABUK.

UMWM teringatkan filem Pendekar Bujang Lapok,

MAMBANG OOO MAMBANG !!!
MAMBANG BERASAL DARI GUNUNG SI MAMBANG !!!
BERDAMPINGLAH DENGANKU WAHAI SIMAMBANG !!!

MAMBANG MABUK MINUM BRANDI !!!

TENAT MEMANG TENAT ....

0 comments: