Thursday, April 22, 2010


Saudara Ezam Mohd Nor mendedahkan sebenarnya ANWAR IBRAHIM adalah boneka ZIONIST dan ISRAEL. Beliau kelihatan 'confident' berkata masih mengumpul setiap bukti bukti yang pasti mengaitkan ANWAR dengan pemimpin pemimpin ZIONIST.

Saudara Ezam berkata 'dossier' atau maklumat akan diserahkan kepada ahli ahli Parlimen hari ini. Salah satu maklumat yang akan diserahkan adalah sewaktu ANWAR menjadi Pengerusi Foundation for The Future (FFF) satu surat bertarikh 1 Oktober 2006 ditujukan kepada kounselor Bank Dunia pada ketika itu, Robin Cleveland untuk teman wanita Paul Wolfowitz (Shaha Ali Riza) dipinjamkan ke yayasan FFF.

Surat itu jelas membuktikan ANWAR menjadi boneka ZIONIST semata mata untuk menutup skandal Paul Wolfowitz yang merupakan arkitek perang Iraq.

Saudara Ezam juga berkata beliau tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan mana mana mahkamah dan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi menyiasat dakwaan beliau.

Saudara Ezam juga mendedahkan bahawa ANWAR sebagai hipokrit kerana sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1990, ANWAR telah menggunakan khidmat pelobi YAHUDI iaitu Pusat Polisi Asia Pasifik (APPC) untuk menaikkan imejnya di persada antarabangsa.

Saudara Ezam juga menyatakan ANWAR telah menerima sejumlah besar peruntukan dari APPC bagi menaikkan imejnya.

0 comments: