Monday, April 19, 2010


Setelah selesai penamaan calon, calon BN P Kalamanathan dikenalkan kepada penduduk Kuala Kubu Bharu oleh Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pejabat Bahagian UMNO pada jam 12.oo tengah hari.

Amat memeranjatkan kerana Timbalan Presiden MIC, Datuk G Palanivel hadir pada hari suai kenal calon BN. Ketibaan beliau disambut sorakan dan tepukan gemuruh para hadirin.

G Palanivel meluru naik ke pentas dan dipeluk oleh P Kalamanthan. Suasana SEMANGAT SETIAKAWAN dan SEMANGAT PERMUAFAKATAN tampak pada kedua dua pemimpin MIC ini.



Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat tangan kedua dua tangan pemimpin sebagai tanda isyarat kemenangan BN semakin hampir dicapai.

Ia juga jelas menunjukkan bahawa PENIPU RAKYAT terjerat dengan kata kata BOHONG dan NISTA mereka bahawa G Palanivel TIDAK AKAN TURUN PADANG membantu P Kalamanathan untuk memenangi kerusi Parlimen Hulu Selangor.



Tan Sri Muhyiddin Yassin juga turut mengundang isteri P Kalamanathan untuk naik ke pentas sebagai tulang belakang kekuatan P Kalamanathan.

Sesungguhnya, PENIPU RAKYAT SEMAKIN MENGGELUPUR dan SEMAKIN TENAT dalam meraih kemenangan.

0 comments: