Wednesday, March 13, 2013







Kepulangan jenazah wira negara, Allahyarham Koperal Ahmad Hurairah Ismail, 24, ke kampung halamannya di Bayu Lalang di sini pada pukul 11.20 pagi ini dari Lahad Datu, Sabah, disambut dalam suasana hiba ahli keluarga, saudara-mara, rakan taulan dan penduduk kampung di situ.

Ibu bapa Allahyarham, Ismail Hussin, 55, dan Rahmah Mahat, 50, juga dilihat tidak dapat menahan kesedihan dan menangis teresak-esak sebaik sahaja melihat sekujur tubuh anak mereka yang terkorban dalam Ops Daulat pada pukul 10.45 pagi semalam.

Korban Ops Daulat 252

Kediaman keluarga Allahyarham mula dikunjungi orang ramai sejak awal pagi ini sebaik sahaja berita mengenai tragedi yang melanda Ahmad Hurairah tersebar dan diketahui umum.

Panglima Tentera Darat, Tan Sri Zainal Abidin yang turut mengiringi ketibaan jenazah Allahyarham telah menyerahkan Jalur Gemilang yang membaluti keranda Allahyarham kepada bapanya sebagai simbolik Ahmad Hurairah adalah wira negara.

Perjalanan kira-kira 500 meter jenazah Allahyarham untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bayu Lalang turut diiringi dengan tangisan oleh kebanyakkan ahli keluarga yang datang.

 Korban Ops Daulat 268

Jenazah Allahyarham telah dikebumikan di tanah perkuburan itu pada pukul 12.50 tengah hari ini dengan diiringi adat istiadat ketenteraan.


0 comments: