Friday, March 29, 2013

Ketua Umno Bahagian Cheras menyifatkan perbuatan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang meletak gambarnya pada poster sebuah program anjuran parti tersebut sebagai perbuatan khianat dan berniat jahat. - KLPOS, 29 MAC 2013



alt

Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menyifatkan perbuatan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang meletak gambarnya pada poster sebuah program anjuran parti tersebut sebagai perbuatan khianat, berniat jahat dengan tujuan untuk mencemar reputasi dan kredibiliti beliau.

Beliau memberi tempoh seminggu bermula pada Khamis kepada PKR Pahang untuk memohon maaf secara terbuka kerana meletak gambarnya pada poster sebuah program anjuran parti pembangkang itu.

Syed Ali berkata beliau kesal, kecewa dan dukacita atas tindakan tidak bertanggungjawab PKR Pahang yang dengan sengaja memuatkan gambarnya pada satu poster ceramah/pidato Lahad Datu yang dijadualkan di Markas PKR Ranting Indera Mahkota 2, Kuantan malam Jumaat ini.

"Saya beri tempoh seminggu untuk mereka membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi media cetak dan elektronik, jika tidak saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terbabit," katanya dengan nada tegas.

Beliau yang setiausaha badan perhubungan Umno/BN Wilayah Persekutuan berkata poster itu turut dipaparkan dalam laman sesawang pahangdaily.blogspot.com.

"Sesungguhnya saya, secara sedar atau tidak, tidak ada kaitan dan tidak pernah terbabit dalam apa jua program anjuran pembangkang khususnya PKR Pahang, kerana jiwa dan perjuangan saya adalah untuk Umno, Barisan Nasional (BN) dan Malaysia.

"Perbuatan khianat dan tidak bertanggungjawab itu pada hemat saya, jelas bermotifkan politik dengan sengaja melakukan hasutan, provokasi dan cuba memecahbelahkan perpaduan di kalangan anggota Umno dan BN khususnya ketika bahang pilihan raya umum (PRU) ke-13 semakin hampir," tegas beliau.


sumber : KLPOS


Semakin terdesak Anwar dan PKR ...





1 comments:

Anonymous said...

Mungkin pelandok dua serupa- macam juga vedeo sex Anuar, 99.99% confirm Anuar tapi bukan dia kata nya hehehe