Friday, March 22, 2013

"Dakwaan itu palsu," - MONETARY AUTHORITY OF SINGAPORE, 22 MAC 2013


Video kontroversi mendakwa penyelewengan membabitkan Ketua Menteri Sarawak dan keluarganya serta dakwaan mereka menyembunyikan hasil haram itu di Singapura, menerima reaksi tegas daripada Monetary Authority of Singapore.

Akhbar tempatan, The Straits Times melaporkan bank pusat itu berkata, dakwaan sting video bahawa kerajaan Singapura merahsiakan maklumat kewangan daripada pihak berkuasa Malaysia adalah palsu.



Katanya, Singapura menyediakan laporan penuh seperti yang diminta Malaysia bagi tujuan cukai dan kedua-dua negara mempunyai hubungan kerja yang baik berhubung percukaian.

"Dakwaan itu palsu," kata bank berkenaan.

"Bertentangan dengan dakwaan dalam video itu, Singapura setakat ini menyalurkan maklumat penuh yang dipohon Malaysia bagi tujuan percukaian."



Jahanam lagi hasrat pembangkang untuk KENAKAN Ketua Menteri Sarawak, Pehin Taib Mahmud. 

Firasat GWM, permainan wayang Global Witness Film ini sebenarnya dirancang oleh saudara Pehin Taib, Norlia and Fatimah (anak kepada bekas Yang DiPertuan Negeri Sarawak, Tun Rahman Yakub).

Perlu diingat, suami kepada Norlia adalah Dato Justin Jingut, yang juga merupakan orang kuat Anwar Ibrahim di Sarawak.



Maklumat mengenai siapa di belakang tadbir dan dalang Global Witness Film ini bakal terbongkar tidak lama lagi ...



2 comments:

Anonymous said...

TERBAIK! BONGKAR JANGAN TAK BONGKAR! PEMBANGKANG HANYA TAHU NAK CARI SALAH TAPI KANTOI.

Anonymous said...

Ini semua kerja Pakatan Rakyat. Mereka tahu Pakatan Rakyat tak boleh menang PRU13 jika pilihanraya berjalan dgn lancar dan bebas di Sabah dan Sarawak. Itulah sebabnya Pembangkang telah mengadakan pencerobohan pengganas Sulu dan adakan Global Witness Film dgn bantuan pihak luar yg memang berminat nak takluk Malaysia dari dulu lagi.