Friday, December 16, 2011


Political assasination atau pembunuhan karier politik sebenarnya sudah tidak asing lagi dalam parti PAS. Ibarat lagu dan irama yang tidak mungkin dipisahkan. Ibarat media Harakah yang tidak mampu dipisahkan dengan iklan-iklan ubat kuat!

Khalid Samad dan Mahfuz Omar sudah bergembira dan bertepuk tangan melihat 'bashing party' mereka menjadi. Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa hanya menunggu masa dan ketika untuk dikapankan dalam keranda milik PAS.

Tiba pula giliran Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali untuk membenamkan terus kedua-dua pemimpin pro ulama ini tujuh kaki kedalam tanah dan ditalqinkan secepat mungkin.



"Ingin saya dedahkan, dalam rekod di Pejabat Agung PAS Pusat dan Pejabat Perhubungan PAS Selangor, Nasharudin setelah tidak terpilih sebagai Timbalan Presiden PAS, beliau telah dilantik sebagai AJK PAS Pusat yang dilantik, tetapi sepanjang masa selepas dilantik hingga kini, tidak ada sekalipun beliau menghadiri mesyuarat PAS Pusat.

"Sementara Hassan Ali dari sudut di pusat kadang-kadang hadir kadang-kadang tidak, tetapi di peringkat Selangor, sekalipun beliau tidak hadir (mesyuarat).



Ketidakhadiran Nasharudin Mat Isa dan Hasan Ali dalam mesyuarat PAS Pusat dan Negeri dijadikan alasan konkrit mengapa kedua-duanya tidak terpilih sebagai 'winnable candidate' bagi pilihanraya umum kelak.

Alasan yang lebih konkrit lagi adalah dengan mengaitkan kedua-dua pemimpin tersebut dengan agenda musuh politik PAS, UMNO. Dua alasan yang cukup kuat, ponteng mesyuarat dan menjadi talibarut UMNO, cukup untuk dijadikan satu plot filem.



Plot cerita sudah menarik, pelakonnya sudah ada, krew-krew filem hanya menunggu isyarat dari tuan pengarah untuk memulakan penggambaran filem box office pertama PAS, tajuk filem juga cukup hebat ... 'Membogelkan Dua Petualang Parti PAS'

Namun tuan pengarah tidak muncul di set penggambaran, Nik Aziz yang dilantik sebagai pengarah filem hilang entah ke mana. Selaku produser filem, Mustafa Ali semakin pening dengan gelagat Nik Aziz. Wang yang dilaburkan sudah terlalu banyak. Gaji tuan pengarah tidak pernah tidak dibayar.

Akhirnya muncul setiausaha Nik Aziz memberitahu tuan pengarah tidak dapat hadir di set penggambaran dan membongkar rahsia tuan pengarah ...


Laaaaa ... kaki ponteng juga rupanya tuan pengarah Nik Aziz, makan gaji buta!

Full article ... click NABI PASLU KAKI PONTENG MESYUARAT


Filem fitnah pertama keluaran parti PAS sudah rosak. Agenda mahu menguburkan dua petualang PAS sudah terkubur. Rahsia sudah terbongkar!

Aneh, kerana Mustafa Ali tidak pernah membangkitkan ketidakhadiran dan kegagalan Nik Aziz menghadirkan diri pada mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS? Majlis Syura Ulama semakin tenat dan menghadapi banyak masalah kerana tidak ada mesyuarat dibuat.

Agak tidak adil mahu menghukum Nasharudin Mat Isa dan Hasan Ali dengan alasan paling bobrok tidak hadir pada mesyuarat Pusat dan Negeri. Walhal Mursidul Am PAS sendiri adalah kaki ponteng mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS?

Jika diikutkan logik dan budibicara, Nik Aziz juga tidak layak untuk dipilih sebagai 'winnable candidate' PAS. Keadilan perlu ditegakkan, jika tidak parti akan dipandang sebagai mengamalkan 'favouritism' dan 'nepotism'. Ini bukan ciri-ciri sebuah parti Islam, Ini ciri-ciri parti sekular.



Beranikah Mustafa Ali membangkitkan persoalan sewajarnya Nik Aziz juga tidak patut diletakkan sebagai calon PAS pada pilihanraya umum yang bakal diadakan? Berani atau tidak? Ada telor ke Bro ...


2 comments:

Anonymous said...

Bila depa nak mesyuarat asyik sibuk ceramah jer...kutip duit tax free tuuu...

Anonymous said...

sebenarnya puak PAS yang terperangkap dalam agenda DAP dan Anwar... sudah nampak alamat PAS akan bungkus dalam PRU nanti...