Wednesday, March 30, 2011


RM10 Ribu.. RM20 Ribu.. RM100 Ribu?? Ish3.... Kaya betul Pemimpin2 PAS alaf baru hari ini. Itu semua tawaran2 yang dijangka sedang dirancang oleh mereka untuk diberikan kepada mana2 blogger Pro Kerajaan yang sanggup bekerjasama dengan mereka sebagai persediaan menjelang Pemilihan Muktamar PAS Jun ini.

Ianya sedang dirancang rapi dan perlaksanaan dan pemilihan blogger2 Pro Kerajaan akan ditentukan selepas Pilihanraya Sarawak. Perkara ini terbongkar apabila salah seorang blogger Pro Pembangkang menceritakan hal ini kepada Melayu CinDia.

Pemimpin2 PAS dikatakan tidak akan menggunakan khidmat blogger Pro Pembangkang yang dilihat tidak mampu lagi menghasilkan kualiti dari aspek isu dan penulisan artikel malah memilih bulu dan membunuh karier seseorang Pemimpin PAS.

Melayu CinDia mendapat tahu perancangan beberapa Pemimpin PAS ini telahpun diketahui hampir kesemua blogger Pro Pembangkang dan bermula hari ini, Blogger Pro Pembangkang telahpun memulakan ugutan berbentuk gambar dan penulisan artikel agar Pemimpin2 PAS tidak akan mendapat khidmat seperti yang dirancang.

Malah, Anwar Ibrahim dikatakan turut memberi sokongan terhadap mereka sebagai pengajaran terhadap pemimpin2 PAS tersebut. Melayu CinDia akan mengupas isu dan membongkar strategi terbaru ini esok. Sebelum ini blogger Pro Pembangkang telah menikmati kemewahan setiap bulan hasil pemberian Pemimpin2 PAS dan PKR sebagai insentif agar blogger2 ini dapat meneruskan Perang CyWAR yang ternyata mampu menggoyangkan BN berdasarkan keputusan PRU 12. Posted by Melayu Cindia

0 comments: