Friday, September 27, 2013





KENYATAAN MEDIA PENDAFTARAN PERTUBUHAN BERHUBUNG PENIPUAN LIM GUAN ENG

Pendaftar Pertubuhan [ ROS ] di sini ingin menerangkan sekali lagi tentang isu Pemilihan CEC DAP khasnya untuk pemahaman semua yang terlibat secara langsung dalam hal ini memandangkan tindakan pemimpin DAP yang mendukacitakan.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng harus belajar membaca dan memahami apa yang telah dinyatakan oleh ROS mengenai pemilihan semula CEC DAP.


ROS tidak pernah menyatakan yang DAP tidak boleh mengadakan 'Special Congress' tetapi hanya telah mengingatkan DAP supaya mengikut peruntukan-peruntukan dalam Undang-undang tubuhnya sendiri semasa mengadakan pemilihan semula tersebut.

Dalam hal ini penghantaran Notis Panggilan kepada ahli dalam tempoh 10 minggu sepertimana yang tercatat di dalam Undang-undangnya harus di patuhi.


Harus ditekankan disini bahawa DAP telah menghadapi tindakan undang-undang oleh ahli-ahlinya sendiri dan ini tidak ada kaitan sama sekali dengan ROS, memandangkan ahli-ahlinya sendiri telah membawa perkara mengenai pemilihan CEC DAP yang tidak teratur ke muka pengadilan.

Adalah tidak wajar ROS dikaitkan dalam hali ini memandangkan tindakan ini daripada akar umbinya sendiri.

Namun demikian, Seksyen 18C, Akta Pertubuhan menyatakan hal ehwal parti adalah muktamad dan konklusif serta tidak boleh dibawa ke mahkamah tetapi ini tidak bererti ROS tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan demi menegakkan kebenaran khasnya bila hak alhinya terjejas.


Akta Pertubuhan 1966 [ Akta 335 ] adalah suatu Akta yang telah diluluskan oleh Parlimen dan semua pihak harus menghormatinya dan ROS yang bertanggungjawab dalam menguatkuasakannya.

DATO' ABDUL RAHMAN BIN OTHMAN
Pendaftar Pertubuhan Malaysia
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia




ARTIKEL BERKAITAN :

Kesilapan Kiraan Undi CEC Amat Memalukan DAP - Karpal
Salah Kira Undi : Rakyat Disajikan TAKTIK SIAL DIVERSION DAP ... 'Rocket Jahanam Style'
Guna Logo PAS : Nik Aziz, Hadi Awang SETUJU CIUM TAPAK KAKI LIM KIT SIANG



5 comments:

Anonymous said...

Terubat sedikit kegusaran setelah lama diperhatikan seolah-olah kerajaan lambat bertindak atau seperti bacul dengan pemimpin PR.. Syabas ROS kerana bertegas.....ini yang rakyat mahu tengok.

Anonymous said...

Dorang ingat hal ni macam main Poker. Dorang nak gempak ROS. ROS nak gempak apa pasal ROS tidak ada niat atau motif untuk menjatuhkan DAP.

ROS sekadar menguatkuasakan undang undang secara lurus bendul. Dah keretapi tentu bergerak atas rel. Yang ko pergi baring di rel tu memang cari nahas la.

Tak puashati bawak ROS ke mahkamah. TAk yah bising bisng kat luar nak gempak gempak.

Anonymous said...

All the Chinese community in Malaysia, especially those vote for DAP and the PR, should feel insulted being conned by DAP - the so called democratic, integrity, transparent, bla...bla...bla DAP proved to be otherwise. Sorry guys, you are worth probably 5 sen by DAP for believing in their false hypocrisy.

yanmaneee said...

100% real jordans for cheap
yeezy boost 350 v2
supreme
yeezy boost 700
kobe 11
lebron 16
coach outlet
golden goose
balenciaga trainers
balenciaga shoes

Anonymous said...

off white shoes
off white outlet
golden goose
jordan retro
kd 12
fear of god hoodie
supreme new york
goyard outlet
bape hoodie
off white hoodie outlet