Nasi Lemak Pun LAGI MAHAL Daripada MELAYU DAP
DAP ANGGAP MELAYU 'ANGGOTA 50 SEN' - BEKAS NAIB PENGERUSI
Bekas Naib Pengerusi DAP Kebangsaan Zulkifli Mohd Noor menyifatkan kepimpinan parti itu melihat penyertaan orang Melayu dalam DAP sebagai "anggota 50 sen" yang tidak membawa kepentingan.
Katanya perkara itu dapat dilihat dengan jelas dalam pemilihan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) tahun lepas, apabila semua calon Melayu kalah.
"Bagi mengaburi mata rakyat dan menunjukkan DAP sebuah parti berbilang bangsa, tiga atau empat anggota Melayu diangkat menjadi pemimpin parti tetapi itu sekadar satu pembohongan," katanya dalam sidang media, di sini Khamis.
Katanya bagi menguji dakwaan itu, beliau akan sekali lagi bertanding pada pemilihan semula CEC yang dijadualkan 29 Sept ini.
Saya ingin melihat ketelusan perwakilan dalam menterjemah ideologi 'Malaysian Malaysia' semasa pemilihan itu kelak, katanya.
Zulkifli yang kalah dalam pemilihan yang diadakan Disember, berkata beliau juga akan berkempen dalam pemilihan kali ini.
"Selama 26 tahun dalam parti, saya tidak pernah sekalipun berkempen untuk sebarang pemilihan, tetapi kali ini saya akan berkempen demi menguji ketelusan parti dalam memperjuangkan ideologi itu," katanya.
Beliau juga mendakwa berdasarkan perjumpaannya dengan anggota DAP di beberapa kawasan di Kedah dan Perak, mereka mahu Lim Guan Eng melepaskan jawatan sebagai Setiausaha Agung DAP dan tidak bertanding pada pemilihan semula CEC.
"Bagi mereka Lim gagal menjalankan tanggungjawab dalam mengemudi proses pemilihan pada Disember lepas hingga melibatkan campur tangan ROS (Pendaftar Pertubuhan) dan hampir-hampir DAP dibatalkan," katanya.
SUMBER : BERNAMA
Cukup rendah martabat MELAYU dimata parti DAP sehinggakan hanya bernilai 50 SEN. Nasi lemak bungkus di kedai mamak pun lebih mahal dari harga MELAYU DAP.
Salah sebenarnya nilai 50 SEN MELAYU DAP jika dibandingkan dengan harga nasi lemak ...
Jika mengikut logik dan rasional, harga 50 SEN MELAYU DAP ini sebenarnya tergolong didalam harga 'Wang Pengeras' yang dibayar untuk masuk ke dalam tandas di pusat membeli-belah di sekitar ibu negara.
Bukan salah ibu mengandung. Salah puak-puak MELAYU ini yang menyertai DAP. Bukan puak-puak MELAYU DAP ini tidak tahu PARTI KESAYANGAN mereka inilah yang 'non-stop' mempertikaikan Artikel 152 dan 153 Perlembagaan Persekutuan.
Sudahlah Anti-Islam dan Anti-Melayu, berdehemnya Karpal 'GULA-GULA HACKS' Singh boleh menyebabkan PAS membuat U-TURN terhadap ketetapan perlaksanaan Hukum Hudud.
Mahu tunggu apa lagi MELAYU DAP ...
Cukup-cukuplah diperbodohkan dan dihina sepanjang menyertai parti RACIST dan CHAUVINIST ini. Tunku Abdul Aziz Ibrahim pun lebih tahu NILAI HARGA DIRI beliau lebih mahal dari harga 50 SEN dan harga nasi lemak.
Apakah MELAYU DAP ini mahu menunggu sehingga ke liang lahad DICOP dan DITABALKAN sebagai MELAYU BERTARAF 50 SEN ? Nasi lemak pun lagi mahallah Yeop ...
1 comments:
MEMANG BENAR, MARUAH ORANG MELAYU YANG PRO DAP LEBIH MURAH DARI NASI LEMAK BAHKAN TIADA NILAI LANGSUNG......MEREKA SEKEJI KEJI BANGSA, MEREKA SEBANGSAT BANGSAT BANGSA, MEREKA SEJAHAT JAHAT BANGSA,TIDAK TERKECUALI MANUSIA SUCI DALAM PAS YANG RELA DIPERBODOH DAP DAN REDHA DENGAN KEJAHATAN DAN TIPU HELAH DAP.....KEMBALILAH KE PANGKAL JALAN.
Post a Comment