Wednesday, September 25, 2013


Dalam tempoh dua minggu yang lalu, cukup heboh di warung dan kedai kopi apabila Mukhriz Mahathir melakukan KEJUTAN apabila menawarkan diri untuk bertanding jawatan nombor tiga parti. Makcik-makcik pun tumpang sekaki sok-sek, sok-sek bergosip mengenai anak mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir ini.

Bukan calang-calang lawan beliau, Mukhriz bakal berhadapan dengan ketiga-tiga penyandang, Hishammuddin Hussien, Shafie Apdal dan Zahid Hamidi. Ditambah lagi dengan bekas Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam dan pengerusi Felda, Isa Samad. Kesemua adalah calon 'heavyweight'.

Ramai yang skeptikal dengan hasrat Mukhriz bertanding jawatan Naib Presiden UMNO. Mengapa Mukhriz tidak bertanding sahaja bagi jawatan Majlis Tertinggi UMNO. Apa ni nak langgar orang lama, Mukhriz naik tak ikut tangga [ dah ada lif, buat apa nak naik tangga ].

SKEPTIKAL ini sememangnya sudah sinonim dengan UMNO. Hatta sesiapa sahaja yang bertanding dalam apa juga jawatan dalam UMNO pun akan dipandang skeptikal. Inilah yang digelarkan sebagai TIPIKAL UMNO. Bagaimana mahu MEREMAJAKAN UMNO jika masih terpalit dengan SINDROM TIPIKAL UMNO ?

Apa yang perlu dilihat oleh 146,500 KINGMAKER UMNO ini ...


Penting bagi calon Naib Presiden UMNO ini memiliki imej BERSIH ... MR CLEAN lah kata orang. Pemilik jawatan ini perlu [ atau dilihat ] BERSIH dari apa juga SKANDAL yang memudaratkan parti pada bila-bila masa. Perlu diingat, pembangkang cukup bijak mencipta PERSEPSI SKANDAL, lebih-lebih lagi bagi jawatan nombor tiga dalam UMNO. Nombor tiga inilah yang akan melompat menjadi nombor dua dan nombor satu.

Perlu diingatkan juga kepada 146,500 KINGMAKER UMNO ini bahawa jumlah pertambahan pengundi muda menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 [ PRU-14 ] kelak.

PRU-14 ini adalah LEBIH KRITIKAL berbanding dengan PRU-13. 146,500 KINGMAKER UMNO ini jangan tersilap pangkah akibat alahan SINDROM TIPIKAL UMNO.

Pemilik jawatan nombor tiga ini perlu memberi idea dan nafas baru kepada UMNO. No more 'Yes Man' semata-mata untuk mempertahankan 'status quo' ...

Artikel sebelum ini juga pernah menyentuh keperluan 146,500 KINGMAKER UMNO ini perlu melihat pemilihan kali ini bukan sekadar pemilihan 'ALA KADAR' barisan pemimpin tertinggi parti. Ruang lingkup pemilihan kali ini sebenarnya akan MELIBATKAN pemerhatian serius dan kritikal kumpulan PROFESIONAL MUDA dan ATAS PAGAR mengenai UMNO.

Ini soal kemampuan barisan NAIB PRESIDEN UMNO untuk menarik kembali dan memberi ruang kepada penyertaan kumpulan PROFESIONAL MUDA berusia dalam 40 tahun ke atas dan kumpulan ATAS PAGAR yang disifatkan sebagai "PENENTU KUASA HAYAT POLITIK UMNO" pada masa hadapan. Barisan kepimpinan NAIB PRESIDEN UMNO yang terpilih ini akan memberi 'reflection' atau cerminan kepada pemerhatian dan pandangan golongan di atas ini.


Suka atau tidak, UMNO sebenarnya masih ketinggalan dari segi barisan pelapis muda bagi peringkat kepimpinan tertinggi jika dibandingkan dengan parti pembangkang. Cukuplah sekadar menyebut nama-nama pemimpin pembangkang seperti Nik Nazmi Nik Ahmad, Rafizi Ramli, Salahuddin Ayub yang puratanya dibawah lingkungan usia 50 tahun.

Memang benar, perlu ada keseimbangan golongan muda dan golongan tua dalam UMNO. Namun, tidak terjentikkah telinga dan hati 146,500 KINGMAKER UMNO ini melihatkan barisan pelapis muda dalam parti pembangkang. Puak-puak ini diangkat sebagai Pengarah Strategi, Pengarah Komunikasi untuk parti dalam linkungan usia yang cukup muda.

UMNO ? Question mark tu bang ...

Barangkali, dari satu sudut keperluan mengapa Mukhriz perlu diberi ruang dan peluang adalah kerana kemampuan beliau menerajui UMNO dan BN untuk menawan kembali Kedah dari tangan PAS, PRU12 [ Parlimen - 4, DUN - 14 ], PRU13 [ Parlimen - 10, DUN - 21 ]. BN berjaya mengekalkan kemenangan PRU 12 di 14 kerusi DUN di samping berjaya merampas 7 kerusi yang sebelum ini milik PAS, seterusnya merampas Kedah kembali. Fact is fact, fakta adalah fakta.

Ini adalah trek rekod yang perlu dilihat dan dinilai oleh 146,500 KINGMAKER UMNO. Jika Mukhriz [ jika ditakdirkan ] terpilih sebagai Naib Presiden UMNO, kita yakin beliau tidak akan lokek untuk memberi pandangan, berkongsi idea dan strategi terbaik untuk merampas kembali Selangor dan Kelantan dari tangan pembangkang. Jika ingin menilai dari segi calon yang boleh BEKERJA dan EFEKTIF, jawapannya sudah tersedia.

Kita juga yakin bahawa Mukhriz boleh menjadi pemimpin yang sayangkan parti dan berani memperjuangkan hak orang Melayu. Tidak semudah untuk bersikap apologetik apabila melibatkan hak orang Melayu. Jika tidak sayangkan parti dan orang Melayu, mana mungkin beliau terpaksa menegur dengan cara berhemah kepimpinan Pak Lah agar mengundurkan diri demi UMNO dan orang Melayu. Rasanya tidak perlulah mengulas begitu panjang insiden keputusan teruk PRU-12 yang hampir-hampir meranapkan UMNO ...

Ada juga suara akar umbi yang agak skeptikal dengan Mukhriz Mahathir "Apa jasa dia pada UMNO selama ini, layakkah beliau diangkat sebagai Naib Presiden"?

PEMIMPIN BERJIWA BESAR AKAN SENTIASA MEMPUNYAI SIKAP POSITIF

Soal jasa seseorang pemimpin terhadap parti sebenarnya cukup subjektif. Ukuran dan had bagaimana yang menentukan seorang pemimpin itu telah berjasa kepada UMNO payah untuk diberi 'benchmark'. 10 tahun ? 20 tahun ? 30 tahun ? Tun Dr Mahathir pun terpaksa mengambil masa lebih daripada 30 tahun untuk dilihat telah berjasa kepada UMNO. Begitu juga dengan Dato Seri Najib yang masih dalam lingkungan dua penggal menjadi Presiden UMNO, apakah Dato Seri Najib tidak mempunyai jasa terhadap parti selama ini ?

'Benchmark' yang bagaimana untuk dilihat sebagai sudah berjasa kepada UMNO ? Mukhriz Mahathir pun baharu bergiat aktif dalam politik lebih kurang dalam 10 hingga 12 tahun. Itu pun DIHALANG oleh Tun Dr Mahathir untuk tidak bergiat aktif dalam politik sewaktu Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri agar tidak berlaku 'conflict of interest'.

Merampas Kedah dari tangan pembangkang sudah boleh dianggap sebagai jasa beliau sedikit sebanyak terhadap parti [ walaupun bukan beliau seorang sahaja yang melakukannya tanpa bantuan akar umbi ].

Apa yang penting adalah 146,500 KINGMAKER UMNO ini tidak boleh terpengaruh dengan apa jua bentuk TAWARAN, JANJI dan IKRAR semata-mata. Pilihlah calon yang benar-benar BOLEH BEKERJA dan EFEKTIF kalau mahu UMNO TERUS HIDUP. Jangan bercakap soal PEREMAJAAN UMNO kalau 146,500 KINGMAKER UMNO ini masih mengidap SINDROM TIPIKAL UMNO.

Perlu diingat, UMNO memerlukan sokongan kritikal dari kumpulan PROFESIONAL MUDA berusia 40 tahun ke atas dan golongan ATAS PAGAR. Golongan inilah yang akan menjadi "PENENTU KUASA HAYAT POLITIK UMNO" pada masa hadapan.


Mukhriz Mahathir sebagai Naib Presiden UMNO ? Terpulanglah kepada 146,500 KINGMAKER UMNO ini ...



16 comments:

Anonymous said...

yessss !

Anonymous said...

Itu bekas Menteri Amaran should not be elected...jadi punching bag oppo aja.Tak kisahlah kalau dia cousin PM pun kita tengok performance kalau nak berjaya dan demokratik.

Anonymous said...

Si lembab tu kasi turun la.. Sama gak dua org yg x bersih tu..

Anonymous said...

Dah kema tangkap main duit pun ada hati nak masuk tanding
Tp x pa. Itu hak dep

So kepada 146000 yg undi tu., jgn jadi bodoh x bertempat. Pilih betul2

Kalau Melayu kena halau, hampa juga yg salah

JGN PILIH AUWW !
JGN PILIH HAMBA DUIT !

Anonymous said...

Amat bersyukur, beliau memang layak

Anonymous said...

Bertanya perihal 3 NP yang penyandang. Banyak mana sumbangan mereka-mereka kepada agama, melayu dan Negara. Yang pasti ada sorang yang menengek sebagai passenger dan gagal melaksanakan kerja dengan baik, dari dulu sampai lah sekarang. Baru-baru ni ajer kah yang sorang ni berkokok pasal nak masuk dalam surat khabar dan TV. Jangan persoal apa sumbangan Mukhriz selama ini kerana beliau tidak diberi peluang. Fikirkan pula apa yang Mukhriz boleh buat sekiranya beliau diberi peluang sebagai NP. Jom kita undi Mukhriz dan cakap "TIDAK" kepada sorang penyandang NP yang kuat amaran dan hebat cakap-cakap rhetoric.

Anonymous said...

mampus umno kalau mukriz dipilhe

Anonymous said...

Anon 7.25pm..aku rasa ko yg perlu mampos..sbb tak perlu disimpan org yg mcm ko ni..24jam hati busuk..pundek punya orang..

Anonymous said...

Mukhriz kecermelangannya tak da apa yang boleh di sebut. Idea idea yang bernas tak pernah pun dengar.

Keupayaan akalnya masih lagi menjadi tandatanya.

Bandingkan dengan ayahnya mungkin 1/20 keupayaan. Harap ayah bantu di segi idea dari belakang lah nampaknya.

Tengok dari gambar atas tu gambar berdiri macam nak lepas kentut tapi tak lepas tu... ada gaya juga la he he he

Anonymous said...

Harapkan bersih jer otak bongok ramai... bersepah

Mau ada kewibawaan dan bersih. Tu jarang...

Anonymous said...

Ini yang akan berlaku jika Mukhriz menang jawtan Naib Presiden. Dr M bapa mukhriz akan menekan Najib untuk melepaskan jawatan PM. Ini kerana Dr M mempunyai semua fail2 menteri semasa era beliau menjadi PM.
Cara yang paling mudah untuk Dr M menekan Najib agar berundur ialah dengan menuduh Najib seorang pemimpin yang tidak bermoral dengan menggangu isteri orang. Umum mengetahui yang Rosmah adalah isteri sesaorang sebelum Najib berkawin dengannya. Dengan pengunduran Najib maka Mahudin akan dilantik menjadi PM. Kekosongan jawatan TPM akan diberi kepada mereka yang menang jawatan Naib Presiden. Salah seorang ialah Mukhriz. Jika Mukhriz menang maka Mukhriz akan dilantik kejawatan senator dan dengan itu akan dilantik menjadi TPM. Ini kerena kesemua calon Naib Presiden mempunyairekod yang tidak bergitu baik. Semua rekod itu ada ditangan Dr M. Dengan permainan politik sedemikian maka dendam Dr M pada Khairy terbalas dan karier politik Khairy akan berkubur. Bilamana Mukhriz menjadi PM maka senang unutk DR M menguasai segala apa yang diinginkan selama ini. Terutama menguasai syarikat gergasi kerajaan seperti PETRONAS, PROTON, KTM , MAS dan segala saluran media. Itu cita2 besar oranh yang bernama Mahathir Mohamad.


The Clairvoyant said...

Anon 8.30 pm. Kau ingat UMNO ni politburo parti kominis ke? Cuba terangkan teori kau kaedah macam mana TDM nak sack Najib. Kau ingat TDM macam Lee Kwan Yew atau Lim Kit Siang? Atau kau lupa atau kau memang proksi pada manusia terkutuk bernama Anwar bin Ibrahim?

bluk said...

anon 8:30 sedang mnunjukkn skil mainan persepsi yg dplajarinya dr yahudi dn dwarisi oleh parti pmbangkang.jgn tkjut bila cerita fiksyen ke seluruh umno mnjelang PAU.tp jgn ssiapa lupa,kalo ALLAH da takdirkn mukriz naik xda siapa pon dpt halang dn kalo ALLAH takdirkn mukriz tewas pon xda siapa dpt mghalang.so anon 8:30,bullshit with ur propaganda

Anonymous said...

betulkah 146,500 kingmaker ini bijak mengundi?

dulu top 3,000 tak bijak

Anonymous said...

ingat umno ni pkr ke? ha3

Anonymous said...

8.30,
Bangang......ingat orang Melayu UMNO bodoh macam orang PKR..asyik kena tipu....PAS...rela dikeldaikan olih DAP dan PKR.