Sunday, July 28, 2013

UMNO seharusnya sudah mampu membuka mata dengan kemenangan Tengku Zaihan dalam PRK Kuala Besut yang baru berlalu. Pertambahan majoriti undi orang Melayu adalah disebabkan tidak berlakunya unsur-unsur POLITICAL ANIMAL dalam UMNO.


Selalunya SUMBANG MAHRAM dikaitkan dengan penderaan seksual oleh bapa ke atas anak terutama ketika mereka masih kecil adalah suatu perbuatan yang tidak berperikemanusiaan dan zalim.

Bapa adalah penaung dan pelindung kepada isteri dan anak-anak. Jika bapa bersikap seperti 'haruan makan anak', ke mana dan dengan siapa anak hendak berlindung?

Tidak banyak jauh bezanya perlakuan SUMBANG MAHRAM dalam REALITI KEHIDUPAN jika dibandingkan dengan REALITI POLITIK dalam parti UMNO. Atau lebih tepat lagi perlakuan POLITICAL ANIMAL dalam parti politik.

UMNO seharusnya sudah mampu membuka mata dengan kemenangan Tengku Zaihan dalam PRK Kuala Besut yang baru berlalu. Pertambahan majoriti undi orang Melayu adalah disebabkan tidak berlakunya unsur-unsur POLITICAL ANIMAL dalam UMNO. Tidak ada sabotaj dalaman parti telah memungkinkan kemenangan bermakna bagi UMNO.

Siapa Tengku Zaihan didalam UMNO ? Bukanlah beliau mempunyai sebarang jawatan dan kedudukan penting dalam UMNO Besut, hanyalah seorang calon muda dari kalangan professional yang diketengahkan dan ditawarkan untuk berkhidmat kepada rakyat Kuala Besut.

Tidak kedengaran suara SUMBANG MAHRAM dari mana-mana ahli untuk memboikot calon yang ditampilkan. Inilah salah satu faktor dan resipi kejayaan yang memberikan kemenangan kepada UMNO pada PRK Kuala Besut.

Bukan sukar sebenarnya untuk UMNO melakukan perubahan. Barangkali UMNO perlu belajar dari kekalahan calon-calon UMNO Selangor sewaktu Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu. Kekalahan calon yang nyata akibat perlakukan SUMBANG MAHRAM dalam UMNO Selangor.

Terlalu takutkan kepada bayang-bayang sendiri untuk mengenengahkan pemimpin dari golongan muda, professional, berilmu dan berani telah menguburkan UMNO di Selangor. Masih ramai yang mengalami sindrom POLITICAL ANIMAL dalam UMNO Selangor, terlalu sayangkan kerusi empuk dan jawatan yang belum tentu boleh dibawa kedalam kubur.

Rakyat Selangor mahukan perubahan dalam tampuk kepimpinan UMNO. Sudah tiba masanya lebih ramai dikalangan mereka yang berani membela maruah BANGSA dan ISLAM perlu diketengahkan. Jika tidak, rakyat terutamanya orang Melayu-Islam akan tetap beralih kepada pembangkang.

Rakyat Selangor perlu DIPIKAT kembali dengan ahli UMNO yang penuh dengan idea dan hujah kreatif, berani mempertahankan dasar yang dibawa. Tidak perlu lagi diketengahkan dengan calon atau ahli yang hanya mempunyai daya berfikir berpolitik dalam bahagian sahaja.

Banyak pengajaran yang mampu diperolehi dengan kemenangan UMNO di PRK Kuala Besut. Bukan sekadar UMNO Selangor, UMNO secara khususnya perlu mengketengahkan KEMBALI pemimpin pelapis yang bercirikan seperti Tengku Zaihan untuk berada di saf kepimpinan. Jangan sampai timbul lagi isu KESUKARAN rakyat setempat memberi undi kepada UMNO.

Yang memilih ADUN atau Ahli Parlimen adalah rakyat keseluruhan bukan hanya Ahli UMNO sahaja. Tdak perlu lagi ada perlakuan SUMBANG MAHRAM dalam UMNO. Titik noktah ...



0 comments: